..:TQ 4 Being My Followers:..

Monday, March 16, 2015

.:Char kuew tiau paling sedap di dunia:.


Heheheh..
Itu ikut tekak aku lah..

Chefnyer tak lain dan tak bukan biras aku..


     
                                              Dulu die penah bukak gerai char kuew tiau..
Memang terbaik yg pernah aku makan..
2 pinggan aku makan..
yumm.yum..


Hubby pun nak asah skill masak die..


Masak kat depan umah jer..
Ade gak jiran2 datang makan & bawak balik..
Hehe..


.:BSP Test, review BSP kali ke- 4 & check up 27 weeks:.

11/3/2015 - Ujian BSP

walau ade satu bacaan sedikit rendah, tapi still ok..

8.00 am : 4.3
11.00 am : 3.1
3.00 pm : 5.8
8.30 pm : 4.3

Bacaan jam 11.00 am tu memang rendah (bacaan hypo adelah bawah 3)
Tapi badan aku tak gigil atau alami ape2 simptom hypo..

Nurse kate maybe bacaan gula aku dah normal..
tu yg jadi macam tu..

Mudah-mudahan betul ape yg nurse tu kate..
Aminn..

12/3/2015 - Review BSP, Check-up, Pakar Dietetik

BSP direview oleh nurse lagi..
Bacaan yg rendah tu nampaknyer tak memberi masalah..
Alhamdulillah..
Result check -up untuk ari ini..

Urin Alb/sugar : Neg/Blue
Hb : tak ambik
Weight : 69.55 kg
BP : 100/68
Nadi : 75
Edema : -/-
Tinggi rahim : 28 cm
Jantung : 143bpm

Nurse bagi tarikh untuk BSP seterusnya..
Pada 25/3/2015..
BSP test dan juga HBA1C sekali..
Dan 26/3/2015 review..

Hampir terlupa, aku kene suntikan kancing gigi sekali..
2 3 ari baru hilang bisanye..
Si Adwa plak rajin betul menepuk2..
Adoilah..
 
Habis jumpe nurse, tunggu utk jumpe dokter plak..
Biasenye kalo jumpe dokter, adelah untuk scan baby..
Tapi kali ni dapat dokter yg berat mulut..
Diam jer, tanye sepatah, jawab sepatah..
Kalo tak tanye, die diam jer..
Hhmm..nasib lah..
Malas nak tanye banyak, aku pun diam jer lah..
Malang kalo dapat dokter yg camni..

Yang penting baby sihat dan sempurna..
Aminn..

Abis jumpe dokter kene jumpe pakar dietetik plak..
Die tanye, aku ikut tak jadual pemakananan yg die cadangkan tu..
Iaitu ibu mengandung kene makan 6 kali sehari utk membekalkan kalori yg cukup utk baby dan ibu..
Memang jarang sangat la aku ikut kan?? Mane nak sempat..

Die kate itu punca berat aku naik tak konsisten..
Sepatutnye dah trimester ke-3 ni berat naik 500gram seminggu..
Tapi berat aku naik sikit sangat..

Ok lah..pasni kene makan 6 kali sehari untuk baby..
(^_^)

Note : Kaki dah mule lenguh..maybe sebab dah tak mampu tampung berat badan yg hampir2 mencecah 70 kg (baru 7 bulan)..
Berat akhir sebelum bersalinkan Adwa 3 tahun lepas adelah 70.4kg..
Huhuhu...

Wednesday, March 11, 2015

.:BSP : Bacaan rendah & bacaan tinggi:.


Ari ni kali ke-4 amik BSP..

Tapi result hhmm..

Yg kul 8 tu ok..normal..
Tapi yg kul 11 tu..
Pelik..


Padahal aku breakfast makan kuew tiau goreng tu..
Maybe tak cukup utk badan aku ni..

Result yg kali-3 tu aku ingat dah rendah dah..
Memang padan lah 3.4 sebab aku makan terlalu sikit..
Dah rase gigil2 tangan dah mase tu..

Tapi yg ari ni memang pelik la..
3.1..hampir2 hypo (bawah 3 adelah hypo)..
Aku tak de lah gigil2 macam sebelum ni..
Cume ade la rase lapar tu..

Tak memasal kene buat BSP lg minggu depan..
(Mintak dijauhkan..)

Tapi nurse kate mungkin gula dalam badan aku dah normal & tak de kencing manis lagi..tu yg result macam tu..
Mintak-mintak gitu lah..

Reminder utk diri sendiri..
Breakfast kene minum air manis (2 sudu gula sahaja)

Rendah salah, tinggi lagilah salah kan..




Thursday, March 5, 2015

.:Pelvic Pain atau Kesakitan Pelvis semasa hamil:.


Memang tengah alami sekarang..
Dah 2 3 ari dah..

Kesakitan makin terasa bila nak bangun dari duduk..
Mungkin sebab aku ade angkat benda2 berat sebelum ni..

Aku google & aku jumpe ni..

Tips Legakan Pelvic Pain Atau Kesakitan Pelvis Semasa Hamil


Sesetengah wanita mengalami kesakitan pelvis (pelvic pain) semasa hamil. Anda mungkin menganggap pelvic pain atau kesakitan pelvis ini adalah perkara biasa yang tidak membahayakan kerana ia tidak membahayaka bayi anda. Walaubagaimananapun pelvic pain atau kesakitan pelvis ini mungkin mengganggu keselesaan anda menjalankan aktiviti harian dan memberikan anda rasa sakit pada tahap-tahap tertentu. Ini kadang-kadang dipanggil pregnancy-related pelvic girdle pain (PRGP) atau symphysis pubis dysfunction (SPD). Mari dapatkan informasi berkaitan rawatan dan tips mengatasi pelvic pain atau kesakitan pelvis semasa hamil.

Tanda-tanda Kesakitan Pelvis Semasa Hamil


PPGP adalah koleksi gejala tidak selesa yang disebabkan oleh salah jajaran (misalignment) atau kekakuan (stiffness) sendi pelvis anda sama ada di belakang atau hadapan pelvis anda. PPGP tidak berbahaya kepada bayi anda, tetapi ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk di sekitar bahagian pelvis anda dan membuat ia sukar bagi anda untuk bergerak. Setiap wanita mempunyai tanda-tanda yang berbeza, dan bagi sesetengah wanita, PPGP adalah lebih buruk daripada yang lain. Gejala PGGP adalah termasuk:


  • sakit di atas tulang kemaluan di bahagian hadapan tengah
  • sakit di satu atau kedua-dua belah belakang anda
  • sakit di kawasan di antara faraj dan dubur anda (perineum)

Sakit juga boleh dirasai di paha anda, dan sesetengah wanita merasa atau mendengar bunyi klik atau krek di kawasan pelvis.

Kesakitan adalah paling ketara ketika:

  • berjalan
  • menaiki tangga
  • berdiri di atas satu kaki (contohnya apabila anda memakai pakaian atau menaiki tangga)
  • beralih sisi ketika baring

Anda juga mungkin merasa sukar untuk mengangkangkan kaki, sebagai contoh apabila anda keluar dari kereta.

Terdapat rawatan untuk membantu, dan teknik untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika anda mendapat nasihat yang betul dan rawatan awal, PPGP biasanya boleh diuruskan dan simptom boleh dikurangkan. Bagi sesetengah kes, simptom dapat diatasi sepenuhnya. Kebanyakan wanita dengan PPGP boleh melahirkan bayinya secara normal.


Siapa Yang Mungkin Mengalami Kesakitan Pelvis Semasa Hamil?


Dianggarkan PPGP atau SPD kerana ia kadang-kadang tidak dapat dipastikan, tidak memberi kesan kepada wanita hamil tersebut sehinggalah ke tahap yang tertentu. Ia tidak diketahui dengan tepat mengapa sakit pelvis memberi kesan kepada sesetengah wanita, tetapi ia dianggap dikaitkan dengan beberapa isu, termasuk kecederaan pelvis sebelum ini, sendi pelvis bergerak tidak sekata, berat badan ibu dan bayi atau kedudukan bayi.



Faktor-faktor yang boleh membuat seorang wanita lebih cenderung mengalami PPGP termasuk:

  • pernah mengalami sakit belakang atau PGGP
  • pernah mengalami kecederaan pelvis, sebagai contoh akibat terjatuh atau kemalangan
  • mempunyai PPGP dalam kehamilan sebelumnya
  • kerja berat seperti mengangkat barang-barang berat


Bilakah Anda Perlu Mendapatkan Rawatan?


Mendapat diagnosis seawal mungkin boleh membantu mengurangkan kesakitan kepada tahap paling minimum dan mengelakkan kesakitan untuk jangkamasa panjang. Rawatan oleh ahli fisioterapi biasanya dengan menekan secara lembut atau atau menggerakkan sendi yang terjejas. Ia boleh membantu membantu bahagian yang sakit bergerak seperti biasa.

Jika anda merasa sakit di sekitar bahagian pelvis anda, beritahu doktor anda supaya anda boleh dirujuk kepada ahli fisioterapi yang berpengalaman dalam merawat masalah sendi pelvis jika perlu. Masalah-masalah ini tidak cenderung untuk menjadi lebih baik sepenuhnya sehinggalah bayi dilahirkan. Tetapi rawatan dari ahli fisioterapi yang berpengalaman boleh mengurangkan simptom ini semasa hamil.


Rawatan Untuk Kesakitan Pelvis Semasa Hamil


Fisioterapi bertujuan untuk melegakan atau meringankan kesakitan, meningkatkan fungsi otot dan memperbaiki kedudukan dan kestabilan sendi pelvis anda. Aktiviti dalam fisioterapi adalah termasuk:


  • terapi manual untuk memastikan sendi pelvis, pinggul dan tulang belakang bergerak seperti biasa
  • latihan untuk menguatkan lantai pelvis (pelvic floor), perut, belakang dan otot pinggul
  • latihan di dalam air
  • nasihat dan cadangan termasuk posisi bersalin dan penjagaan bayi anda
  • melegakan kesakitan
  • mencadangkan peralatan sokongan jika perlu, seperti tongkat atau tali pinggang sokongan pelvis

Tips Legakan Kesakitan Pelvis Semasa Hamil

Fisioterapi anda mungkin mencadangkan tali pinggang sokongan pelvis untuk membantu meringankan kesakitan anda, atau tongkat untuk membantu anda bergerak. Mereka boleh membantu anda merancang hari anda supaya anda mengelakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan. Sebagai contoh,naik atau turun tangga bila perlu sahaja.

Selain itu anda boleh amalkan tips-tips di bawah:

  • Bergerak aktif tetapi hadkan dengan tahap kesakitan anda
  • Elakkan aktiviti-aktiviti yang membuat rasa sakit lebih teruk
  • Rehat apabila anda boleh
  • Dapatkan bantuan dengan kerja-kerja rumah daripada pasangan anda, keluarga dan rakan-rakan
  • Pakai kasut sokongan bertapak rata
  • Duduk ketika memakai baju- sebagai contoh tidak berdiri di atas satu kaki apabila memakai seluar 
  • Pastikan lutut anda rapat semasa masuk dan keluar dari kereta - letakkan beg plastik di tempat duduk untuk membantu anda berpusing (idea bernas!!)
  • Tidur dalam kedudukan yang selesa, misalnya mengiring dengan bantal di celah kaki anda
  • Cuba cara yang berbeza beralih di tempat tidur, misalnya mengiring dengan dengan lutut yang rapat anda bersama-sama dan menggerakkan punggung anda
  • Naik atau turun tangga satu demi satu, atau naik tangga secara mengundur
  • Jika anda menggunakan tongkat, galas beg kecil di belakang anda dengan barang yang sedikit
  • Jika anda mahu melakukan hubungan seks, pertimbangkan kedudukan yang berbeza 


Anda disarankan untuk mengelakkan atau mengurangkan aktiviti seperti:

  • berdiri di atas satu kaki
  • membongkok dan berpusing untuk mengangkat, atau membawa bayi dengan meletakkan beban di sebelah sahaja pinggul
  • menyilang kaki anda
  • duduk di atas lantai atau duduk bersimpuh
  • duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama
  • mengangkat bebanan berat seperti beg membeli-belah, pakaian yang basah atau kanak-kanak kecil
  • memvakum
  • menolak objek berat seperti troli pasar raya
  • membawa apa-apa dengan satu tangan (cuba menggunakan beg sandang kecil)

Aku ade borak ngan kawan aku yg same pregnant ngan aku..
Aku bgtau yg aku alami SPD ni..
Rupenyer die pun same..

Pastu die bgtau kat dokter mase die gi check-up..
Die kate, dokter naikkan skit perut die..
Baru lega sakit tu..
Mungkin sebab baby dah turun skit kot..

Aku ade dengar jugak, org kate baby tu dah turun skit ke bahagian bawah dan menekan..


Betul atau tidak, aku x sure..
Minggu depan check-up aku tanye nurse dulu..

Bertahanlah yer..


.:Susu naik harga:.



Sejak Adwa tukar ke Dutch Lady, ni lah kali pertama Dutch Lady naik harga..
Bukan saja naik harga malah kuantiti jugak dikurangkan..
Sabor je lah kan??

Persediaan DL untuk GST kah??
Hmm..entah lah..

Tengah berkira2 nak tukarkan Adwa ke Susu Fernleaf..
Dah try bg minum, Adwa cam ok jer..


Tak macam mase tukar dari Anmum ke DL dulu..
Ade plak die kate susu DL tu basi..
Mungkin rase Anmum ngan DL tu beza sgt kot..
Aku buat susu Fernleaf, die minum jer..

Member kate, susu Fernleaf ni lagi sedap berkrim..
Mungkin sebab tu, Adwa ok jer kot..

Harga pun ok jugak..
Alhamdulillah..


Wednesday, March 4, 2015

.:Daftar Kemasukan Tahun 1 2016:.


Awalnyer daftar anak kan..
Bukan ape, takut penuh, baik cepat kan??

Dhia tahun depan dah darjah satu..
Macam tak percaya..
pejam celik, pejam celik, dah nak masuk sekolah rendah dah..
Alhamdulillah..

Daftar kat sekolah yang paling dekat ngan umah..


Mudah-mudahan dapat la sekolah tu..

Sape2 yg belum daftar, sila daftar cepat untuk mengelakkan masalah di kemudian hari..
Yang duduk di Putrajaya sahaja tau..
Klik bawah ni..



Thursday, February 26, 2015

.:Anak bujang aku:.



Dah 2 tahun 8 bulan usianya..
Banyak dah butir katenyer yg dah difahami..
walaupun kadang2 pakse die ulang ape yg die cakap sebab tak faham..
Hehe..

Tapi ayat yg paling menyentuh hati aku kan, bile die peluk dan kite tak peluk die balik (tepuk belakang)..
Tau ape anak bujang aku ni cakap??

Die akan cakap "tak sayang pun.."
dengan nada yg paling sedih..
Alahai anak.. 


Kalo ayat nak mintak susu pulak..
Die akan kate gini.. "Mama, nak susu tak?"
Mule2 dengar cam konfius plak..
Nape plak tanye, mama nak susu tak??
Rupenyer maksud die tu "Mama, nak susu boleh tak??"
Kelakar jer..
Ayat tonggang terbalik..


Lagi satu , anak bujang aku ni cukup pemalu..
Bile masuk lif, die happy sangat sampai melompat2, kadang2 nyanyi..
Tapi bile ade org lain masuk, die akan senyap dan pandang bawah jer..
Lagi2 kalo org tu tegur, jangan harap ko nak tengok muke die..



Minggu lepas kan aku balik kampung..
Sekali tu Mak tok die mandikan die..
Dalam bilik air tu die pandang bawah jer sampai sudah mandi...
Hahaha..ngan mak tok pun kamu malu ker??

Jangan kate mak tok, ngan adik lelaki aku pun same..
Pagi tadi nak pakaikan die baju, adik aku duk kat sofa sebelah die..
Die sampai tak nak bukak tuala tu sebab malu ngan adik aku..
Parah sunggoh la kamu nak..

Kawan baik & kawan gaduh kakak die..





ADWA MUHAIMIN BIN MAZLANIZAM..


Semoga membesar jadi anak yang soleh yer..
Anak yg boleh mendoakan mama & abah nanti..
Anak yg buat mama & abah bangga..

Jangan besar cepat-cepat sangat yer sayang..

.:BSP Test, review BSP kali ke- 3 & check up:.


24/2/2015 - Ujian BSP

Disebabkan ade satu bacaan yg tinggi mase ujian BSP tu, aku diminta untuk ulang buat ujian BSP..
Oleh kerana aku balik kampung sampai isnin, make ari selasa lah aku buat ujian tu..

Dan syukur pada Allah bacaan adelah cantik..
walau ade satu bacaan sedikit rendah, tapi still ok..

8.00 am : 4.4
11.00 am : 3.4 
3.00 pm : 4.1
8.30 pm : 4.6

Bacaan jam 11.00 am tu agak rendah sampai badan aku dah nak gigil gara2 makan sikit sangat..
NUrse kate kalo bawah 3 dah kira hypo (kurang gula dalam darah)
Susah jugak yer..
Makan sikit tak boleh, makan banyak lagilah tak boleh..


Makenyer makan berpada2..

25/2/2015 - Review BSP & Check-up

Direview oleh nurse sahaja..
Lagipun turn aku jumpe nurse dah pukul 1..
Doktor pun dak keluar kot..

Review BSP sekali ngan check-up adik baby jugak..
bagus jugak yer sebab 2 minggu sekali adik baby kene check..

Urin Alb/sugar : Neg/Blue
Hb : 11.6
Weight : 69.4 kg
BP : 111/69
Nadi : 88
Edema : -/-
Tinggi rahim : 25 cm
Jantung : 150 bpm

Result semua ok..
Alhamdulillah...

Oleh kerana ujian BSP kali ni keputusan ok, maka aku diberi rehat seminggu..
Rehat la sangat kan...
Ulang ujian BSP pada 11/3/2015..
(^_^)

.:Suke tengok cerita hantu:.


Dari dulu memang suke tengok cerita hantu..
tapi yg peliknye, bile time hantu keluar mesti aku pandang belah lain (tak nak tengok hantu)..

Paling tak suke bile hantu keluar secara mengejut...
Puas kene sumpah seranah hantu tu..
Hehehe..
Tapi kalo hantu cantik, aku tengok la jugak hantu tu..
(^_^)


Monday, February 16, 2015

.:Review BSP & check up - 24 weeks:.


Nak kate review tak review sangat la..
Sebab tak jumpe dokter pun..

Disebabkan ade satu bacaan BSP test yg spoil, minggu depan ari Selasa terpakse repeat BSP..
Dan Rabu datang lagi untuk review BSP..



Huh..
Ginilah dugaan org ade GDM ni..
Kadang-kadang tinggi & kadang2 normal..

Terus rase nak cepat-cepat bersalin..
Penat wei ulang-alik gi klinik..
Sib baik hubby rajin nak tolong hantar gi klinik..
Terubat la sikit kepenatan tu..

Resul Check-up ari ni..

Urin Alb/sugar : Neg/Blue
Hb : x ambik
Weight : 69 kg
BP : 104/59
Nadi : 86
Edema : -/-
Tinggi rahim : 24 cm
Jantung : 150 bpm

Nurse kate BP aku rendah skit..
Tp still ok kate die..

Nak dengar bunyi jantung adik baby punye la susah..
sampai 2 nurse yg buat..
Aktif sangat die..
Menendang2 mase nurse nak dengar jantung die..
Hehe..

Dan disebabkan aku GDM, jadi start esok dah kene mula kire pergerakan baby..
Nurse siap bagi contoh lagi..
Bagus tul nurse ni


Malam ni balik Kedah..
Balik raye.. (^_^)
Nampak gayenyer tak leh la makan dengan enjoynyer sebab balik cuti kene buat BSP..
Huhuhu..


Friday, February 13, 2015

.:Result BSP ari ni:.


Belum habis buat lagi BSP utk ari ni..
Kene test lg sekali malam ini..

Tapi result petang ni (3.00 pm) adelah sangat2 mengecewakan..
Maunyer tak kecewa..
Result pagi & tengahari adelah sangat cantik..
Tapi bile petang..hancur lebur.. Pakai ink merah lagi..
huaaaaaaa...


Salah sape???
Salahkan diri sendiri sebab makan tak beringat..

Tak pe..ade satu peluang lagi...
Tengok result kul 8.30 malam ni plak..

Tapi result ok atau tak ok, mesti kene buat sampai bersalin kan??
So bersabarlah duhai hati..
(Ayat nak sedapkan ati sendiri)

Wednesday, February 11, 2015

.:Stevia:.



Aku kan ade GDM..
So kalo boleh aku nak elakkan gula ringkas..

Pakar pemakanan kate kalo pemanis stevia ni boleh minum..
Aku pun carikkan la..
Tengok kat online org jual mahal2..
RM 60 ade..RM70 pun ade..
Ke memang mahal ek??
Nasib jumpe yg murah..
RM10 jer..
Tp die jenis serbuk..

Aku ingatkan rase cam gula putih atau gula perang..
Rupenyer lain benar rasenyer..
Kate pemanis semulajadi kan??
Memang semulajadi la rase die..

Manis die rase kat hujung2 jer..
Tapi mmg pelik lah sebab aku tak biase..

Tapi memang x kene ngan selera aku..
HHmm..

So sekarang aku menghadkan gula ringkas aku..
Cume sesudu kecil gula sahaja dan sekali dalam sehari..
Aku tak leh berpisah dengan indocafe..
Ketagih wei..



..:..Labels..:..

3rd pregnancy (27) 4rd pregnancy (2) Adam demam (1) Adam Mustaqim (14) Adli Mubasyir (1) Adwa (50) Adwa dah setahun (1) adwa punye (4) Adwa tak sihat (9) Aidiladha 2014 (1) air tangan suami (4) alamanda (3) Aloe Vera Gel (1) anak2 (24) anniversary (3) ape yg best (1) ape2 aje (80) Artis (1) award (1) Bangi (4) barang baru (18) batuk (1) BE (2) Bengkak susu (1) Besday Adam (2) Besday Adwa (3) besday aku (6) Besday Dhia (5) best fren (11) bf (13) Big Apple (1) Breastfeeding Journey (19) BSP (2) BSP review (7) BSP Test (5) Buah tangan (1) buddy (2) Buka puasa (5) Cabut Gigi (1) Cameron Highlands (1) cedera (2) Cendol (2) Char kuew tiau terbaik (1) Check up (19) Check up Adam (2) Check up Adwa (3) contest (12) cuace (13) Cuti-Cuti Malaysia (2) Cyberjaya (2) Dentist (3) dhia (234) dhia punye (21) Dhia tak sihat (4) DIY (1) Domino's (5) Drama Korea (10) dunia hiburan (2) Eksiden (2) Family (16) Family Day (2) Fesyen (1) floria (3) Gaji (2) GDM (3) Gigi Dhia (1) Give Away (1) Go.Lokal.Cafe (1) Hadiah (2) Hari pertama sekolah 2017 (1) herbaline (2) Hidung berdarah (1) Hilang (2) hobi (1) Home sweet home (1) Hospital (3) IC (1) Ikan (1) info (54) isi hati (101) jalan2 (22) Jambu (1) Jamuan (1) Jerebu (1) jerubu (2) JJCM (8) K-Pop (1) KAFA (1) Kajang (1) Kedah (5) kegilaan (1) kejadian (17) Kek (1) Kelahiran Adam mustaqim (1) Kerja (3) Kerjaya (2) kesihatan (26) Klinik (4) Klinik Gigi (1) Konvokesyen Dhia (1) kronologi kelahiran Dhia (1) Lagu Best (1) lambat bangun (1) lirik lagu (2) lunch date (4) macam2 Adwa (15) macam2 Dhia (1) macam2 hal (3) majlis (9) Majlis Adwa (3) makan luar (3) makan-makan (134) makan-makan kat ofis (2) Makanan feveret (1) Mama punye (2) masak-masak (72) MASALAH (1) Menang (2) MGTT (1) minat (1) mines (3) nak bg hadiah (2) nak tau.. (1) Nando's (1) Novel (1) ntah ape2 (6) nuffnang (7) ofis (17) order saje (1) Pasar Malam (1) pasar tani (6) PASTI (4) Penang (4) penyakit (20) perayaan (5) perkembangan adwa (15) Pertandingan Azan ALAMRIA (2) Petua (2) Pregnancy (46) Preparation (4) produk (12) Progress Adam (1) Promosi (3) Puri (1) Putrajaya (14) Ramadhan (6) Raya (4) Raya 2013 (2) resepi (6) result (1) Rezeki (3) rezeki ramadhan (1) Rezeki Syawal (1) Rojak (1) Rumah (2) Sakit pinggang (1) saman polis (1) Saman PPj (1) sekolah (2) Sekolah Dhia (2) Selamat Hari Raya (1) Seminar (2) seram (1) serdang (1) Sesemut (1) Set Berpantang (1) Setiausaha (2) Sg. Ramal (2) Shaklee (1) Sharing is Caring (9) shopping (5) Shopping online (3) Simpanan (1) Solid Food (3) souvenir (1) Stevia (1) suami saye (29) suke-suki (27) Susu Formula (3) TAFIST (2) tag (3) Tahun 1 (1) taska (17) things (1) Tragedi (1) Tudung (1) tukar template (1) tupperware (3) tutorial (1) TV drama (9) Umai (1) wordless wednesday (6) Zakat (1)