Memang tengah alami sekarang..
Dah 2 3 ari dah..
Kesakitan makin terasa bila nak bangun dari duduk..
Mungkin sebab aku ade angkat benda2 berat sebelum ni..
Aku google & aku jumpe ni..
Tips Legakan Pelvic Pain Atau Kesakitan Pelvis Semasa Hamil
Sesetengah wanita mengalami kesakitan pelvis (pelvic pain) semasa hamil. Anda mungkin menganggap pelvic pain atau kesakitan pelvis ini adalah perkara biasa yang tidak membahayakan kerana ia tidak membahayaka bayi anda. Walaubagaimananapun pelvic pain atau kesakitan pelvis ini mungkin mengganggu keselesaan anda menjalankan aktiviti harian dan memberikan anda rasa sakit pada tahap-tahap tertentu. Ini kadang-kadang dipanggil pregnancy-related pelvic girdle pain (PRGP) atau symphysis pubis dysfunction (SPD). Mari dapatkan informasi berkaitan rawatan dan tips mengatasi pelvic pain atau kesakitan pelvis semasa hamil.
Tanda-tanda Kesakitan Pelvis Semasa Hamil
- sakit di atas tulang kemaluan di bahagian hadapan tengah
- sakit di satu atau kedua-dua belah belakang anda
- sakit di kawasan di antara faraj dan dubur anda (perineum)
Sakit juga boleh dirasai di paha anda, dan sesetengah wanita merasa atau mendengar bunyi klik atau krek di kawasan pelvis.
Kesakitan adalah paling ketara ketika:
Anda juga mungkin merasa sukar untuk mengangkangkan kaki, sebagai contoh apabila anda keluar dari kereta.
Terdapat rawatan untuk membantu, dan teknik untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika anda mendapat nasihat yang betul dan rawatan awal, PPGP biasanya boleh diuruskan dan simptom boleh dikurangkan. Bagi sesetengah kes, simptom dapat diatasi sepenuhnya. Kebanyakan wanita dengan PPGP boleh melahirkan bayinya secara normal.
Dianggarkan PPGP atau SPD kerana ia kadang-kadang tidak dapat dipastikan, tidak memberi kesan kepada wanita hamil tersebut sehinggalah ke tahap yang tertentu. Ia tidak diketahui dengan tepat mengapa sakit pelvis memberi kesan kepada sesetengah wanita, tetapi ia dianggap dikaitkan dengan beberapa isu, termasuk kecederaan pelvis sebelum ini, sendi pelvis bergerak tidak sekata, berat badan ibu dan bayi atau kedudukan bayi.
- berjalan
- menaiki tangga
- berdiri di atas satu kaki (contohnya apabila anda memakai pakaian atau menaiki tangga)
- beralih sisi ketika baring
Anda juga mungkin merasa sukar untuk mengangkangkan kaki, sebagai contoh apabila anda keluar dari kereta.
Terdapat rawatan untuk membantu, dan teknik untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika anda mendapat nasihat yang betul dan rawatan awal, PPGP biasanya boleh diuruskan dan simptom boleh dikurangkan. Bagi sesetengah kes, simptom dapat diatasi sepenuhnya. Kebanyakan wanita dengan PPGP boleh melahirkan bayinya secara normal.
Siapa Yang Mungkin Mengalami Kesakitan Pelvis Semasa Hamil?
Dianggarkan PPGP atau SPD kerana ia kadang-kadang tidak dapat dipastikan, tidak memberi kesan kepada wanita hamil tersebut sehinggalah ke tahap yang tertentu. Ia tidak diketahui dengan tepat mengapa sakit pelvis memberi kesan kepada sesetengah wanita, tetapi ia dianggap dikaitkan dengan beberapa isu, termasuk kecederaan pelvis sebelum ini, sendi pelvis bergerak tidak sekata, berat badan ibu dan bayi atau kedudukan bayi.
Faktor-faktor yang boleh membuat seorang wanita lebih cenderung mengalami PPGP termasuk:
Mendapat diagnosis seawal mungkin boleh membantu mengurangkan kesakitan kepada tahap paling minimum dan mengelakkan kesakitan untuk jangkamasa panjang. Rawatan oleh ahli fisioterapi biasanya dengan menekan secara lembut atau atau menggerakkan sendi yang terjejas. Ia boleh membantu membantu bahagian yang sakit bergerak seperti biasa.
Jika anda merasa sakit di sekitar bahagian pelvis anda, beritahu doktor anda supaya anda boleh dirujuk kepada ahli fisioterapi yang berpengalaman dalam merawat masalah sendi pelvis jika perlu. Masalah-masalah ini tidak cenderung untuk menjadi lebih baik sepenuhnya sehinggalah bayi dilahirkan. Tetapi rawatan dari ahli fisioterapi yang berpengalaman boleh mengurangkan simptom ini semasa hamil.
Fisioterapi bertujuan untuk melegakan atau meringankan kesakitan, meningkatkan fungsi otot dan memperbaiki kedudukan dan kestabilan sendi pelvis anda. Aktiviti dalam fisioterapi adalah termasuk:
- pernah mengalami sakit belakang atau PGGP
- pernah mengalami kecederaan pelvis, sebagai contoh akibat terjatuh atau kemalangan
- mempunyai PPGP dalam kehamilan sebelumnya
- kerja berat seperti mengangkat barang-barang berat
Bilakah Anda Perlu Mendapatkan Rawatan?
Jika anda merasa sakit di sekitar bahagian pelvis anda, beritahu doktor anda supaya anda boleh dirujuk kepada ahli fisioterapi yang berpengalaman dalam merawat masalah sendi pelvis jika perlu. Masalah-masalah ini tidak cenderung untuk menjadi lebih baik sepenuhnya sehinggalah bayi dilahirkan. Tetapi rawatan dari ahli fisioterapi yang berpengalaman boleh mengurangkan simptom ini semasa hamil.
Rawatan Untuk Kesakitan Pelvis Semasa Hamil
Fisioterapi bertujuan untuk melegakan atau meringankan kesakitan, meningkatkan fungsi otot dan memperbaiki kedudukan dan kestabilan sendi pelvis anda. Aktiviti dalam fisioterapi adalah termasuk:
- terapi manual untuk memastikan sendi pelvis, pinggul dan tulang belakang bergerak seperti biasa
- latihan untuk menguatkan lantai pelvis (pelvic floor), perut, belakang dan otot pinggul
- latihan di dalam air
- nasihat dan cadangan termasuk posisi bersalin dan penjagaan bayi anda
- melegakan kesakitan
- mencadangkan peralatan sokongan jika perlu, seperti tongkat atau tali pinggang sokongan pelvis
Tips Legakan Kesakitan Pelvis Semasa Hamil
Fisioterapi anda mungkin mencadangkan tali pinggang sokongan pelvis untuk membantu meringankan kesakitan anda, atau tongkat untuk membantu anda bergerak. Mereka boleh membantu anda merancang hari anda supaya anda mengelakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan. Sebagai contoh,naik atau turun tangga bila perlu sahaja.
Selain itu anda boleh amalkan tips-tips di bawah:

- Bergerak aktif tetapi hadkan dengan tahap kesakitan anda
- Elakkan aktiviti-aktiviti yang membuat rasa sakit lebih teruk
- Rehat apabila anda boleh
- Dapatkan bantuan dengan kerja-kerja rumah daripada pasangan anda, keluarga dan rakan-rakan
- Pakai kasut sokongan bertapak rata
- Duduk ketika memakai baju- sebagai contoh tidak berdiri di atas satu kaki apabila memakai seluar
- Pastikan lutut anda rapat semasa masuk dan keluar dari kereta - letakkan beg plastik di tempat duduk untuk membantu anda berpusing (idea bernas!!)
- Tidur dalam kedudukan yang selesa, misalnya mengiring dengan bantal di celah kaki anda
- Cuba cara yang berbeza beralih di tempat tidur, misalnya mengiring dengan dengan lutut yang rapat anda bersama-sama dan menggerakkan punggung anda
- Naik atau turun tangga satu demi satu, atau naik tangga secara mengundur
- Jika anda menggunakan tongkat, galas beg kecil di belakang anda dengan barang yang sedikit
- Jika anda mahu melakukan hubungan seks, pertimbangkan kedudukan yang berbeza
Anda disarankan untuk mengelakkan atau mengurangkan aktiviti seperti:
- berdiri di atas satu kaki
- membongkok dan berpusing untuk mengangkat, atau membawa bayi dengan meletakkan beban di sebelah sahaja pinggul
- menyilang kaki anda
- duduk di atas lantai atau duduk bersimpuh
- duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama
- mengangkat bebanan berat seperti beg membeli-belah, pakaian yang basah atau kanak-kanak kecil
- memvakum
- menolak objek berat seperti troli pasar raya
- membawa apa-apa dengan satu tangan (cuba menggunakan beg sandang kecil)
Aku ade borak ngan kawan aku yg same pregnant ngan aku..
Aku bgtau yg aku alami SPD ni..
Rupenyer die pun same..
Pastu die bgtau kat dokter mase die gi check-up..
Die kate, dokter naikkan skit perut die..
Baru lega sakit tu..
Mungkin sebab baby dah turun skit kot..
Aku ade dengar jugak, org kate baby tu dah turun skit ke bahagian bawah dan menekan..
Betul atau tidak, aku x sure..
Minggu depan check-up aku tanye nurse dulu..
Bertahanlah yer..
No comments:
Post a Comment