..:TQ 4 Being My Followers:..

Tuesday, April 26, 2016

.:Taska tutup:.


Taska tutup start ari ni sampai Jumaat (26/4/2016 - 29/4/2016)
Due to HFMD (Jangkitan kaki tangan dan mulut)

Mama nak cuti sayang plak cuti..
nak tak nak terpakse la bawak adam dan adwa ke ofis..
Nasib baik jugak bos baru belum masuk..
Tangguh sampai 9/5/2016..

Friday, April 15, 2016

.:Bf Journey:.


Syukur alhamdulillah..
Adam dah 10 bulan 10 hari ari ni..

Masih menyusu badan dan dah campur fm..
Mintak maaf yer adam..
Sebab x dapat fully bf kan adam..
Masih lg punca yg sama dengan abang & kakak die..
nipple crack.. 
lg menyakitkan dan x elok untuk direct bf adam sebab crack tu berdarah & sedikit nanah..

x kesampaian jugak nak fully bf kan adam setahun..
tapi alhamdulillah, masih dpt susukan die selang2 ari..
bile luke baik terus df adam..




bersilang kaki die..
 

Wednesday, April 13, 2016

.:Penafian saman polis.. Saman pun boleh nafi2?:.




Baru kene saman PPj, tetiba aritu abah aku call kate aku dapat surat sama Polis..
adoi la..
Pastu cakap kat hubby, terus hubby check online..
Memang sah ade satu saman..
Bertarikh 17/3/2016 jam 12.00 tengahari kat pekan semenyih, kajang..

Cam pelik jer..
aku keje kot time tu, bile plak aku keluar gi sane??

Hubby kate nanti kite gi balai polis untuk dapatkan kepastian..
So sabtu lepas terus kami ke balai polis putrajaya..
Pastu terus bgtau yg itu bukan kereta aku sebab aku keje time tu..
Polis tu suh aku buat report salah guna no. kenderaan dan buat surat nafi saman..
hantar ke bukit aman terus..
Aduhai..tak kan sampai ke bukit aman kot..
Polis tu kate boleh pos..nasib baik....
Nasib baik tak ramai orang mase nak buat report..
Selesai buat repot dan print terus mintak alamat untuk nak pos surat  tu..

Ni aku baru settle faks kan ke pejabat ketua trafik pasukan tu..
Mudah-mudahan settle la..
Kalo tak kene bayar RM150 tu..
dah la bukan aku yg buat salah, tetibe kene bayar plak kan??

 ni surat nafi saman aku..


Nama penuh
Alamat .....
.........................
.........................
.........................                                                                                                      13 April 2016

_____________________________________________________________________________________

Ketua Trafik Pasukan
Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman
50560 KUALA LUMPUR


Tuan,

NOTIS SAMAN ....................................

Dengan hormatnya saya merujuk kepada notis saman No. Rujukan : ....................... di atas kesalahan abai isyarat lalulintas bagi kereta bernombor pendaftaran .................. di Pekan Semenyih pada 17 Mac 2016 jam 12.00 tengahari.

2.         Sehubungan dengan itu saya ingin membuat penafian bahawa kenderaan yang dirujuk dengan aduan kesalahan tersebut adalah bukan kenderaan milik saya.  Ini kerana pada tarikh dan masa saman dikeluarkan saya masih berada dalam waktu bekerja. Saya bekerja di Putrajaya. 

3.         Untuk makluman tuan juga, saya tidak pernah memandu keluar dari kawasan Putrajaya pada tarikh tersebut dan ingin mengesahkan bahawa kenderaan milik saya tidak terlibat dengan aduan kesalahan di dalam notis saman tersebut.  Disini saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat siasatan lanjut berkenaan perkara ini seterusnya menarik balik saman ini.

4.         Bersama-sama ini disertakan salinan geran kenderaan, salinan saman, salinan repot polis dan salinan punch kad sebagai bukti yang saya berada di pejabat untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Yang benar,



……………………
(Nama                        )
(No. I/C                     )

Monday, April 4, 2016

.:Sesemut aka kebas:.


Kisah Adwa yg pertama kali kene sesemut..
Bahagian kaki..
Die tido dalam kete, maybe kaki terhimpit..
Dah sampai umah, suh die turun dari kete..
Die turun sambil terjengket2 kaki berjalan..
Pastu nangis pulak..

Aku : Nape Adwa nangis?
Adwa : Kaki Adwa ade semut..
Aku pun tengok kaki Adwa ingat die kene gigit semut..
Aku : Mane ade..
Adwa : Kat dalam kaki..(sambil nangis)
Aku dah terbarai gelak dah..
Tapi sebab nak suh die benti nangis dan kebetulan plak mmg kat keliling kaki die ade semut kecil2..
Aku : Tu tengok..semut dah keluar dah..tu la, Adwa banyak sangat makan gule2..
LAin kali jangan makan gule2 banyak2 yer..
Adwa angguk kepale je..
Adwa pun berhenti nangis sambil pijak2 semut kecik tu..
Sorry yer semut..

Itulah kisahnyer seorang budak yang pertama kali kene sesemut..

(^_^)


..:..Labels..:..

3rd pregnancy (27) 4rd pregnancy (2) Adam demam (1) Adam Mustaqim (14) Adli Mubasyir (1) Adwa (50) Adwa dah setahun (1) adwa punye (4) Adwa tak sihat (9) Aidiladha 2014 (1) air tangan suami (4) alamanda (3) Aloe Vera Gel (1) anak2 (24) anniversary (3) ape yg best (1) ape2 aje (80) Artis (1) award (1) Bangi (4) barang baru (18) batuk (1) BE (2) Bengkak susu (1) Besday Adam (2) Besday Adwa (3) besday aku (6) Besday Dhia (5) best fren (11) bf (13) Big Apple (1) Breastfeeding Journey (19) BSP (2) BSP review (7) BSP Test (5) Buah tangan (1) buddy (2) Buka puasa (5) Cabut Gigi (1) Cameron Highlands (1) cedera (2) Cendol (2) Char kuew tiau terbaik (1) Check up (19) Check up Adam (2) Check up Adwa (3) contest (12) cuace (13) Cuti-Cuti Malaysia (2) Cyberjaya (2) Dentist (3) dhia (234) dhia punye (21) Dhia tak sihat (4) DIY (1) Domino's (5) Drama Korea (10) dunia hiburan (2) Eksiden (2) Family (16) Family Day (2) Fesyen (1) floria (3) Gaji (2) GDM (3) Gigi Dhia (1) Give Away (1) Go.Lokal.Cafe (1) Hadiah (2) Hari pertama sekolah 2017 (1) herbaline (2) Hidung berdarah (1) Hilang (2) hobi (1) Home sweet home (1) Hospital (3) IC (1) Ikan (1) info (54) isi hati (101) jalan2 (22) Jambu (1) Jamuan (1) Jerebu (1) jerubu (2) JJCM (8) K-Pop (1) KAFA (1) Kajang (1) Kedah (5) kegilaan (1) kejadian (17) Kek (1) Kelahiran Adam mustaqim (1) Kerja (3) Kerjaya (2) kesihatan (26) Klinik (4) Klinik Gigi (1) Konvokesyen Dhia (1) kronologi kelahiran Dhia (1) Lagu Best (1) lambat bangun (1) lirik lagu (2) lunch date (4) macam2 Adwa (15) macam2 Dhia (1) macam2 hal (3) majlis (9) Majlis Adwa (3) makan luar (3) makan-makan (134) makan-makan kat ofis (2) Makanan feveret (1) Mama punye (2) masak-masak (72) MASALAH (1) Menang (2) MGTT (1) minat (1) mines (3) nak bg hadiah (2) nak tau.. (1) Nando's (1) Novel (1) ntah ape2 (6) nuffnang (7) ofis (17) order saje (1) Pasar Malam (1) pasar tani (6) PASTI (4) Penang (4) penyakit (20) perayaan (5) perkembangan adwa (15) Pertandingan Azan ALAMRIA (2) Petua (2) Pregnancy (46) Preparation (4) produk (12) Progress Adam (1) Promosi (3) Puri (1) Putrajaya (14) Ramadhan (6) Raya (4) Raya 2013 (2) resepi (6) result (1) Rezeki (3) rezeki ramadhan (1) Rezeki Syawal (1) Rojak (1) Rumah (2) Sakit pinggang (1) saman polis (1) Saman PPj (1) sekolah (2) Sekolah Dhia (2) Selamat Hari Raya (1) Seminar (2) seram (1) serdang (1) Sesemut (1) Set Berpantang (1) Setiausaha (2) Sg. Ramal (2) Shaklee (1) Sharing is Caring (9) shopping (5) Shopping online (3) Simpanan (1) Solid Food (3) souvenir (1) Stevia (1) suami saye (29) suke-suki (27) Susu Formula (3) TAFIST (2) tag (3) Tahun 1 (1) taska (17) things (1) Tragedi (1) Tudung (1) tukar template (1) tupperware (3) tutorial (1) TV drama (9) Umai (1) wordless wednesday (6) Zakat (1)