Baru kene saman PPj, tetiba aritu abah aku call kate aku dapat surat sama Polis..
adoi la..
Pastu cakap kat hubby, terus hubby check online..
Memang sah ade satu saman..
Bertarikh 17/3/2016 jam 12.00 tengahari kat pekan semenyih, kajang..
Cam pelik jer..
aku keje kot time tu, bile plak aku keluar gi sane??
Hubby kate nanti kite gi balai polis untuk dapatkan kepastian..
So sabtu lepas terus kami ke balai polis putrajaya..
Pastu terus bgtau yg itu bukan kereta aku sebab aku keje time tu..
Polis tu suh aku buat report salah guna no. kenderaan dan buat surat nafi saman..
hantar ke bukit aman terus..
Aduhai..tak kan sampai ke bukit aman kot..
Polis tu kate boleh pos..nasib baik....
Nasib baik tak ramai orang mase nak buat report..
Selesai buat repot dan print terus mintak alamat untuk nak pos surat tu..
Ni aku baru settle faks kan ke pejabat ketua trafik pasukan tu..
Mudah-mudahan settle la..
Kalo tak kene bayar RM150 tu..
dah la bukan aku yg buat salah, tetibe kene bayar plak kan??
ni surat nafi saman aku..
Nama penuh
Alamat .....
.........................
.........................
......................... 13 April 2016
_____________________________________________________________________________________
Ketua Trafik Pasukan
Ibu Pejabat Polis
Bukit Aman
50560
KUALA LUMPUR
Tuan,
NOTIS
SAMAN ....................................
Dengan
hormatnya saya merujuk kepada notis saman No. Rujukan : ....................... di atas kesalahan abai isyarat lalulintas
bagi kereta bernombor pendaftaran .................. di Pekan Semenyih pada 17 Mac 2016
jam 12.00 tengahari.
2. Sehubungan dengan itu saya ingin
membuat penafian bahawa kenderaan yang dirujuk dengan aduan kesalahan tersebut
adalah bukan kenderaan milik saya. Ini
kerana pada tarikh dan masa saman dikeluarkan saya masih berada dalam waktu
bekerja. Saya bekerja di Putrajaya.
3. Untuk makluman tuan juga, saya tidak
pernah memandu keluar dari kawasan Putrajaya pada tarikh tersebut dan ingin
mengesahkan bahawa kenderaan milik saya tidak terlibat dengan aduan kesalahan
di dalam notis saman tersebut. Disini
saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat siasatan lanjut berkenaan
perkara ini seterusnya menarik balik saman ini.
4. Bersama-sama ini disertakan salinan geran
kenderaan, salinan saman, salinan repot polis dan salinan punch kad sebagai
bukti yang saya berada di pejabat untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
Yang benar,
……………………
(Nama )
(No. I/C )
4 comments:
Bahaya ni,salahguna no plat orang lain.kalau saman had laju mungkin ade bukti bergambar kn sis?boleh tengok kenderaan jenis ape yg guna plat yg sama tu...Wallahua'lam.semoga dipermudahkan urusan pembatalan saman.
klu had laju ke ... saman salah parking ape2 ke ..selalunye ada bukti bergambar mcm aku kena kat darusalam p9 tu .. hahaha jpj amik gambar aku masuk jln slh
ibuHasifHafiy - tu pasal berani buat penafian saman..kalo mmg salah kite, redha bayar je la..hehe..
eima - sebab x de gambar tu berani buat penafian tu..tp mmg bukan aku pun..buat ape nak bayar kalo bukan kite yg salah kan??
Post a Comment