..:TQ 4 Being My Followers:..

Tuesday, December 18, 2012

.:Doa Pendek Untuk Anak2:.


Ada satu DOA yang amat mudah dan pendek yang paling senang untuk diamalkan oleh ibubapa untuk anak-anak mereka tetapi sering ibubapa terlepas pandang oleh itu marilah kekawan kita cuba mengamalkan DOA yang sangat mujarab ini...DOA yang mujarab itu adalah

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA...(sebutkan nama penuh anak)
Ya itu sahaja baris doanya mudahkan? kita semua selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini.Mari kita catatkan mengapa doa initerlalu istimewa untuk anak-anak kita.
Ibubapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam-dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak-anak itu.

Mari kita tengok makna terkandung dari ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLA HIWABARAKATUH.

1-ASSALAM : SEJAHTERA
 Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak-anak kita pada hari itu.Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2-WARAHMATULLA : RAHMAT ALLAH
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka.Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan di dalam hidup kita ini.

3-WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita selalu mendoakan anak-anak kita diberikan berkat oleh Allah dalam setiap amalannya,perbuatannya dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, itulah yang kita mahu untuk keberkataan dirinya.
Waktu yang lebih bagus lagi untuk mengucapkannya buat anak-anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur.Bayangkanlah celik-celik mata sahaja sudah memperolehi doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna dan indah untuknya.Selain dari itu waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah dan bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak-anak.

Jiwailah salam dan doa,hayatilah setiap rangkai maksudnya dan tunjukkanlah dengan kasih sayang dan cinta buat si anak.Senyumlah dengan penuh kasih sayang pada mereka ketika kita mengucapkannya.Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera dalam rahmat Allah dan sentiasa diberikan keberkataan dalam hidup mereka oleh Allah.
Semoga mata kita akan terbuka dan memahami betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.Doa yang sama kita ucapkan kepada kekawan apabila kita memberikan salam InsyaAllah diberkati selalu.

Petikan Hadis : Imran Bin Hussin melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki
datang mendekati Nabi Muhammad SAW .Lelaki itu berkata, "Assalamualaikum"Nabi Muhammad SAW berkata,"Dia mendapat 10 pahala" Kemudian datang pula seorang yang lain dan berkata "Assalamualaikum warahmatullah"Nabi Muhammad SAW berkata,"Dia mendapat 20 pahala"kemudian datang lagi seorang yang lain,"Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh."Nabi Muhammad SAW berkata,"Dia mendapat 30 pahala"

sumber : MAMA MASZULL

 

3 comments:

AzieYaH said...

hmmm first time tau... selama cuti sekolah ni anak2 dok kat rumah.. pastu kita balik ja.. buka pintu bagi salam ja... nanti depa jawab... tak pun depa sorok blakang pintu atau blakang tirai...

Ayu azmir said...

memnag simple dan harus diperaktikkan... terima kasih...

qaseh johanna said...

assalamualaikum.....
simple kan..nak praktik kat jasmin la.. :)

..:..Labels..:..

3rd pregnancy (27) 4rd pregnancy (1) Adam demam (1) Adam Mustaqim (11) Adwa (46) Adwa dah setahun (1) adwa punye (4) Adwa tak sihat (9) Aidiladha 2014 (1) air tangan suami (4) alamanda (3) Aloe Vera Gel (1) anak2 (24) anniversary (3) ape yg best (1) ape2 aje (78) Artis (1) award (1) Bangi (4) barang baru (18) batuk (1) BE (2) Bengkak susu (1) Besday Adam (1) Besday Adwa (3) besday aku (6) Besday Dhia (5) best fren (11) bf (13) Big Apple (1) Breastfeeding Journey (19) BSP (2) BSP review (7) BSP Test (5) Buah tangan (1) buddy (2) Buka puasa (5) Cabut Gigi (1) Cameron Highlands (1) cedera (2) Cendol (1) Char kuew tiau terbaik (1) Check up (19) Check up Adam (2) Check up Adwa (3) contest (12) cuace (13) Cuti-Cuti Malaysia (2) Cyberjaya (2) Dentist (3) dhia (233) dhia punye (21) Dhia tak sihat (4) DIY (1) Domino's (5) Drama Korea (10) dunia hiburan (2) Eksiden (2) Family (16) Family Day (2) Fesyen (1) floria (3) Gaji (2) GDM (3) Gigi Dhia (1) Give Away (1) Hadiah (2) herbaline (2) Hidung berdarah (1) Hilang (2) hobi (1) Home sweet home (1) Hospital (3) IC (1) Ikan (1) info (55) isi hati (100) jalan2 (22) Jambu (1) Jamuan (1) Jerebu (1) jerubu (2) JJCM (8) K-Pop (1) KAFA (1) Kajang (1) Kedah (5) kegilaan (1) kejadian (17) Kek (1) Kelahiran Adam mustaqim (1) Kerja (3) Kerjaya (2) kesihatan (26) Klinik (4) Klinik Gigi (1) Konvokesyen Dhia (1) kronologi kelahiran Dhia (1) Lagu Best (1) lambat bangun (1) lirik lagu (2) lunch date (4) macam2 Adwa (15) macam2 Dhia (1) macam2 hal (3) majlis (9) Majlis Adwa (3) makan luar (3) makan-makan (134) makan-makan kat ofis (2) Makanan feveret (1) Mama punye (2) masak-masak (72) MASALAH (1) Menang (2) MGTT (1) minat (1) mines (3) nak bg hadiah (2) nak tau.. (1) Nando's (1) Novel (1) ntah ape2 (6) nuffnang (7) ofis (17) order saje (1) Pasar Malam (1) pasar tani (6) Penang (4) penyakit (20) perayaan (5) perkembangan adwa (15) Petua (2) Pregnancy (46) Preparation (4) produk (12) Progress Adam (1) Promosi (3) Puri (1) Putrajaya (14) Ramadhan (6) Raya (4) Raya 2013 (2) resepi (6) result (1) Rezeki (3) rezeki ramadhan (1) Rezeki Syawal (1) Rojak (1) Rumah (2) Sakit pinggang (1) saman polis (1) Saman PPj (1) sekolah (2) Sekolah Dhia (2) Selamat Hari Raya (1) Seminar (2) seram (1) serdang (1) Sesemut (1) Set Berpantang (1) Setiausaha (2) Sg. Ramal (2) Shaklee (1) Sharing is Caring (9) shopping (5) Shopping online (3) Simpanan (1) Solid Food (3) souvenir (1) Stevia (1) suami saye (29) suke-suki (27) Susu Formula (3) TAFIST (2) tag (3) Tahun 1 (1) taska (16) things (1) Tragedi (1) Tudung (1) tukar template (1) tupperware (3) tutorial (1) TV drama (9) Umai (1) wordless wednesday (6) Zakat (1)