Tuesday, October 25, 2011
.:Malam tadi:.
kami nak dinner malam tadi..
dhia tibe2 angkat tangan..
nak bace doa rupenyer..
aku pun angkat la same..
dhia bace doa makan!!!
alhamdulillah...
aku cakap..pandai..
sengih2 die..
dah lepas makan pun dok la bace doa makan tu..
hehehe...
pastu die nyanyi lagu justin bibir plak..
baby..baby..baby..ooo...
baby..baby..baby..ooo...
hehehe..comey sangat...
tapi sebutannyer aku dengar cam bab* jer..
puas nak suh die sebut baby..
die duk dengar abah die nyanyi la yg die ikut tu..
note : hampir semua lagu2 kat iklan tv die tau.. rase cam kelakar plak..
.:First time:.
sepanjang kawen & sepanjang hidup..
ni la pertama kalinyer aku masak masakan ni..
ketam masak lemak cili api
Monday, October 24, 2011
.:Minum petang @ Umai:.
jd bile petang tu teringat umai..
so ajak hubby gi minum petang kat umai..
lepas asar kami gerak..alah..dekat jer pun dari umah..
sampai2 terus order..
cucur udang, lempeng kelapa, air bandung & limau asamboi..
beef grill steak hubby order jugak..
cucur udang - sedap tp tak de udang pun
model tak berbayar..
Total cost : RM28
Friday, October 21, 2011
.:Sempat:.
lunch hour tadi aku sempat gunting & cuci rambut kat saloon..
ok gak hargenyer..
RM30..
aku wat kat saloon atas pasar presint 8..
situ jer yg aku slalu gi pun..

nak tengok???

nak kene pancung ngan laki letak gambar sendiri....
dah siap potong rambut aku sempat lg singgah pasar beli nasik kerabu (tak mo cili) + air asam boi (tak mo ais)
nasi kerabu = RM5.50 - air asam boi = RM1.20
mase nak balik ternampak pulak hubby jalan kaki nak balik ofis bersama kawan2..
sempat lg aku lambai tangan kat die... hehehe...
.:The Garden Cafe, Alamanda:.
makanan pun ok..
sesuai harga ngan tempat yg cantik ni..
tamaknyer die..sampai 4 air die nak ..ish..ish..ish..
eh..cantikkan gelas tu..rase nak bawak balik jer..
kek import dari SR..
belated besday aku & apai...
thanks kak chi & buddy..
.:Sempat tak??:.
ingat nak gi potong rambut tengahari ni la..
lunch hour nanti..
sempat tak ek??
sebab esok ade hal..
ahad takut kedai tutup..
tapi kedai mane aku nak pegi???
hhmm..
Thursday, October 20, 2011
.:Fakta dan Punca Sebenar Tak Ade Orang Yg Tolong Budak Yg Kene Langgar Di China Tu:.
kite rasekan mereka zalim dan kejam..
tapi td aku ade bace kat blog Fiza..
die dapat info ni dari blog anneraini..
meh bace sesame..
note : budak yg kene langgar tu dah meninggal pun semalam..
.:Nyanyuk la pagi2:.
dah sampai parking baru teringat susu dhia tertinggal kat umah..
pastu ingat dalam kul 10 nak balik amek..
nak naik ofis tp aku leh plak tertekan button turun..
bile lif sampai aku terus naik..tak perasan..
pastu pelik, apesal turun G plak ni???
sampai jer ofis teringat plak henpon tengah cas lupe nak amek..
so aku terus balik la amek benda2 yg tertinggal tu..
dah balik amek benda2 yg tinggal tu masuk lif..
nak turun patut aku tekan la G tp aku tekan 8 plak..
eh ape kene la aku pgi ni???
hhmm...
Wednesday, October 19, 2011
Tuesday, October 18, 2011
.:Selesai sudah:.
abis dah satu ari kursus..
esok tinggal satu ari..
seronok kursus ni..
tak ngantuk sebab banyak praktikal..
plus makan pun best..
hehehehe..
minum pagi - mihun goreng & sanwich & air nescafe/teh o
lunch - nasi putih, kari daging, ikan masak sambal, ulam2 & tembikai & air org kawen (sirap)
minum petang (huh..siap minum petang tu) - bubur kacang itam makan ngan roti & kek pisang & air nescafe/teh o
best kan??
.:nak potong rambut:.
boring dah rambut panjang..
kelumumur & rambut gugur tak pernah berakhir..
kali ni nak potong rambut pendek plak..
senang skit nak jaga..
tak sabar nak tunggu weekend..
.:Kursus:.
ari ni & esok kursus..
lega sebab kursus kat ofis jer..
so tak perlu la meninggalkan anak & suami ..
alhamdulillah..
tp masih kurang 2 ari lg kursus utk tahun ni..
tak mo kursus jauh2..
nak kursus kat ofis jer..
hehehe..
aci tak??
Monday, October 17, 2011
.:ade cite tp tak de mood:.
ari ni diserang kemalasan mengupdate blog..
mungkinkah kerana esok aku akan menghadiri kursus??
meybe yes maybe not..
tp mmg sampai sekarang mood tu belum mari..
marilah mood..marilah mood..
come to meeee.....
Friday, October 14, 2011
.:wah..improvement:.
tak la sempurna cam mama lipat..(sempurna ker?)
tp kire ok la lipatannyer dari gulung2 jer..
Thursday, October 13, 2011
.:Kite ajar die, die ajar kite balik:.
abah ajar dhia pasal warne in english sebab dhia dah pandai dlm bahase melayu..
ajar pakai remote astro..
abah : blue..
dhia : bukan la..biyu (biru)
abah : yellow..
dhia : bukan la..ening (kuning)
abah : green..
dhia : bukan la..ijao ( hijau)
abah : red..
dhia : bukan la..meyah (merah)
eh.eh..cam ne nak ajar..kalo die jer yg betul..
alahai anak..
Wednesday, October 12, 2011
.:Resepi sambal ikan bilis kentang:.
ade orang nak mintak tunjuk ajar wat sambal ikan bilis kentang ni..
ok, aku tunaikan..
- 4 biji kentang
- 1 cawan ikan bilis belah
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
- 2 sudu makan sos tiram
- 1-2 sudu makan madu (option)
Cara2:
1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges/bulat/panjang, goreng hingga perang dan ketepikan
2.Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
3.Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
4.Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang
harap2 dapat membantu yer..
.:45,000 orang muda muflis:.
bunyi cam kritikal kan??
itu mmg dah kritikal ..
mude2 lg dah muflis..
mase depan cam ner??
Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.
"Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup.
berita dipetik dr kosmo
note : alhamdulillah, setakat ni mampu lg kawal penggunaan kad kredit..slalu gune pun utk minyak.. yg paling penting bile gune kad kredit ni, kene pikir samada kite mampu tak nak bayar balik..
Tuesday, October 11, 2011
.:Aban ke abah???:.
dulu betul sebutan dhia panggil "abah"..
tp sekarang nape dah jd "aban"???
nape dhia??
nape??
adekah sebab dhia slalu dengar mama panggil abang..
abis tu, takkan mama nak panggil abah dhia abah jugak????
dhia dah pandai bgambar..
tgk la senyuman dhia tu..
nmpk sumer gigi dhia..
siap peluk leher abah tu.. hehehe...
note : semalam sedang aku menumbuk bawang didapur, tibe2 dhia datang tegur aku..katenyer "wat pe tu?"..alahai..comeynyerrr...
.:Restoran Cekik Darah:.
berita dari kosmo
KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini terkejut apabila dia mendakwa dikenakan bayaran sebanyak RM17.50 untuk segelas teh o ais dan sepinggan nasi berlaukkan ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal.
Menurut pelanggan itu yang cuma ingin dikenali sebagai Ashraf, dia singgah ke restoran tersebut untuk makan tengah hari semalam.
“Saya pertama kali pergi ke kedai makanan itu dan pada saya ia hanya kedai biasa sahaja cuma bahagian dalam mempunyai ruang khusus untuk pendingin hawa.
“Selepas ambil makanan, saya makan di bahagian luar restoran ini. Kemudian semasa saya ingin membayar makanan, saya diberitahu kena bayar RM4 untuk segelas teh o ais dan RM13.50 untuk makanan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Ashraf yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat pengurusan bangunan memberitahu, restoran itu tidak kelihatan seperti sebuah restoran bertaraf lima bintang atau terdapat di hotel.
“Walaupun saya pernah makan di tempat-tempat yang eksklusif dan membayar pada harga yang tinggi untuk perkhidmatan yang disediakan tetapi saya tidak rasa restoran ini bertaraf eksklusif dan pada pandangan saya biasa sahaja dan tiada yang istimewa,” ujarnya.
Harga segelas teh o ais di kebanyakan restoran ialah RM1 hingga RM1.70 manakala sepinggan nasi ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal pula RM5 hingga RM8.
note : sebulan leh beli bmw la kalo meniage care cam tu.. nak untung banyak jer tak kire org lain..teruk betul..aku pun banyak kali gak kene..Monday, October 10, 2011
.:Dhia nampak hantu???:.

ntah la nak percaye ke tidak..
tp org kate budak2 ni tak menipu..
penah sekali tu dhia tibe2 peluk aku..
katenyer..
antu...antu....
aku dah..alamak...dhia ni plak kan..
aku pun cakap ngan hubby..
hubby kate..biar la..bukan die kaco kite pun..
wei..siyes aku adelah jenis manusia yg penakut ok..
aku try beranikan diri gi tempat yg dhia kate ade antu tu..
bilik solat..
bilik tu slalu gelap..
ye la..kate nak jimat letrik kan..
bilik mane yg tak pakai, tu aku matikan la lampu..
aku gi n pasangkan lampu..
panggil dhia..mane antu??mane antu??
dalam ati Allah jer yg tahu..sekali tibe2 "ia" muncul kan..
Alhamdulillah...tiade ape2..rupenyer cume dhia ni takut gelap..
bile nampak gelap, die kate la antu..
haiiissshhh..
first time dhia kate antu..antu tu dah meremang bulu roma aku tau..
seram wei..
.:Kupon Rasamas:.
sabtu lepas kami ke rasamas..
makan bayar pakai kupon separuh & cash separuh..
ye la..kupon tu dah nak expired..
sayang plak tak gune kan..
hehehe...
jenuh nak ngabiskan..
dhia kongsi nasi ngan hubby..
note : total RM38.05 utk sumer tu plus jus mangga & ice lemon tea plus gov. tax..
.:Carik Penyakit:.
lunch jumaat lepas..
beli jer kat pasar tani..
lupe plak bgtau pak cik tak mo cili..
walaupun cili tu sikit (kat tepi) tp wa ampunn..
sampai panas mate & berpeluh makan nasi kerabu ni...
plus kene cb sampai ari sabtu..
padan muke aku..
konon terer sangat makan cili api..
note : aku kalah ngan cili api..perut tak tahanhuhuhu...
Friday, October 7, 2011
.:Sepahtu buang Sepah:.
suke sangat ngan meke ni..
lawaknyer sangat menjadi..
tp sayangnyer jodoh mereka tak panjang...

KUMPULAN Sepah yang dianggotai oleh Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jep), 26, Shahmira Muhamad (Shuib), 27, dan Mohd. Noor Murad (Mamat) 26, telah pun mengumumkan pembubaran kumpulan mereka pada Ogos lalu atas sebab peribadi, tambahan mereka bertiga kerap mendapat tawaran secara individu bukannya berkumpulan.
Ramai yang terkejut dengan berita pembubaran itu kerana menyifatkan jenama Sepah sudah cukup kuat apabila kumpulan itu menjadi juara untuk program Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak mengalahkan pelawak popular yang lain.
Belum pun reda dengan isu pembubaran kumpulan yang berasal dari Johor itu, baru-baru ini dua bekas ahli kumpulan Sepah, Jep dan Shuib mengumumkan mereka kini bergerak bersama di bawah nama Sepahtu. Ketiadaan Mamat dalam Sepahtu menjelaskan krisis yang berlaku ketika mereka masih dalam kumpulan Sepah.
"Sebenarnya ketika dalam program Raja Lawak musim ketiga lagi kumpulan kami (Sepah) bagai retak menanti belah dan ingin berpecah. Saya ingatkan ketika di atas pentas final saya ingin umumkan kami berpecah begitu juga halnya ketika program Maharaja Lawak, tetapi tidak adil untuk peminat yang mengundi kami, jadi saya diamkan sahaja masalah kami.
klik sini untuk berita penuh kosmo.online
Thursday, October 6, 2011
.:Raja Lawak, Raja Lalok:.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.
Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.
Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.
note: aku dapat agak tp tak pasti la betul ke tak kan?? korang aga sape???
.:KDrama - Babyfaced Beauty:.
aku mmg suke drama2 bergenre Romance & Comedy..
Babyfaced Beauty

Synopsis
Drama ni mengisahkan seorang wanita (Lee So Young) yang berusia 34 tahun tp berwajah babyface. Die bercita2 menjadi seorang fashion designer tp die hanya berkelulusan high school saje. Impiannyer tercapai untuk menjadi fashion designer bile die diterima di sebuah syarikat (The Style). Oleh kerana die berwajah babyface, orang lain menganggap die berusia 25 tahun dan berkelulusan universiti. Jadi die menggunakan identiti adiknyer untuk bekerja. Di pejabat pula die bertemu dengan Choi Jin Wook yang berusia 27 tahun. Kebetulan plak sebelum tu mereka pernah bertemu di pub dan berlaku satu incident yg menyebabkab Choi Jin Wook berdendam dengan So Young.
aku sangat suke sebab happy ending..dari mule sampai akhir drama ni si hero slalu wat aku tersenyum...klakar tgk memek muke die & soooo sweet la die tau..