fuh..tak tau la nak kate ape..
sepatutnyer sbg bapak kene la jage anak..
ni die plak makan anak tu..
yang anak pun tak leh nak pikir ker??
oh DUNIA!!!
nak tau ape yg aku bebelkan??
jom bace ni..
KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.
Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.
Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.
Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.
Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.
Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.
13 comments:
dunia semakin ke penghujungnya...Allahu Alam
ya allahhh apa yg mereka fikirkan ha .. erghhhhhhhh benci dgn perilaku mcm nie !!! .... huhuhuh
haruan mkn anak..bertaubatla si ayah!!..
cikmot - seram bile bace cite cam ni..
ieda - tu la kak.. bapak ngan anak same tak betul..
mama tims - bukan bapak jer yg salah... 2 2 pun salah..
hmm...sian kt bdk 3 org tu?ayh ke atuk???uishhh...pelik2,hbs tu slame nie sorok kt mane bdk 3 org tu?mak die xtau ke?
NOR - tu la..x tau nak panggil ape..panggil bapak la kot..eh..entah ler.. susah nak pikir..
mmg 2 2 tak de otak.. mungkin mak die dah bercerai ngan bapak die kot..tak plak tulis dalam paper tu.. kalo duk serumah ngan mak die, takkan la mak die nak diamkan sajer...
ish..entah ler..
ish,x paham manusia zaman sekarang..dah makin terpesong..
astaghfirullah..
Jijik!! Dah akhir zaman ni macam2 kejadian yang tak masuk akal.
macamni pny org pon ade ke..??
haishh..buat scr haram ade anak smp 3..!!
ya ALLAH...kurniakan lah zuriat pada hamba-MU ini...semarakkanlah cinta pada hubungan yg halal ini..aminn..
**ssguhnya..ini dugaan kehidupan..
astagfirullahalazim..
dunia akhir zaman ni macam2 berlaku
dunia akhir zaman, macam2 kan..
Post a Comment