ALOR SETAR - Kegembiraan seorang bapa menghidangkan juadah istimewa, cendawan busut untuk keluarganya membawa padah apabila kesemuanya dikejarkan ke hospital petang kelmarin akibat keracunan.
Mangsa yang masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini ialah Mahdzir Baharom, 53, serta tiga anaknya iaitu Siti Nor Hidayah, 22, Siti Nor Baizuri, 17, dan Syafiqah, 13.
Sementara isteri Mahdzir, Faridah Yusof, 50, dibenarkan pulang ke rumah lewat malam kelmarin apabila keadaannya yang tidak serius.
Mahdzir ketika ditemui di wad HSB berkata, dia tidak menyangka tindakannya mengutip dan memasak cendawan busut atau turut dikenali sebagai cendawan tahun untuk hidangan tengah hari mengakibatkan dia sekeluarga terlantar di hospital.
"Saya nampak cendawan ini tumbuh segar di tepi sungai, kira-kira 200 meter dari rumah dan terus mengutipnya kerana cendawan ini hanya tumbuh setahun sekali pada musim hujan sahaja.
"Kemudian, saya bawa pulang kira-kira 500 gram cendawan tahun itu, bersihkan dan goreng dengan cili," katanya di sini semalam.
Menurutnya, dia merupakan orang pertama menjamah hidangan iaitu kira-kira pukul 11.30 pagi sebelum keluar berniaga ais kacang di sekitar Kota Sarang Semut, dekat sini pada pukul 2 petang.
sumber : kosmo
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
8 comments:
tah cendawan ape die amik ... tu sebab aku tak brani mkn mende kutip2 tepi jalan nih....heeee
ek.. x tau plak cendawan tu b'racun.
dulu ms kecik2 atuk ida slalu bwk blk. msk tumis cili sedap sangat..
eima - die kate cendawan busut..tp kalo cendawan busut slalu kat kawasan busut..ni plak die amek tepi sungai..entah la..
lovely - cendawan busut mmg x beracun , leh makan..mungkin rupe cendawan tu cam cendawan busut gaknyer..mmg sedap cendawan busut..
cendawan, emm memang kekadang kite xleh nak beza cendawan ni beracun ke tak...tapi arwah opah kite penah kate..kalu cendawan tu cantik ade kaler2..xleh makan, beracun katenye..
penah makan tak cendawan sisir(org perak panggil shisho)sedap masak rendang @ masak lemak cili api..best tuh...
lin pun suke makan cendawan busut ni.. tumis cili.. erm... maveles.....
Cendawan sisir ni tumis ngn cili pastu last sekali pecah telur... sedap ooo....
hayatun - ooo..cendawan cantik x leh makan ek??
x suke makan cendawan sisir...
mamawafiq - sedap kan lin..tp org slalu wat sup jer..dap.. susah nak dapat skrg ni..
Post a Comment