..:TQ 4 Being My Followers:..

Thursday, November 4, 2010

.:3 liter setiap hari:.


air bagus tuk badan..
tp ade org kate minum air banyak jd buncit..
pandai jer..

bace artikel ni...

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandasperkara baik dan ia dianggap . Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronikhanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air ialah apabila anda .

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

ni botol air kat ofis..

aku minum 2 botol per day..

contain 1.5 liter..

x abis kat opis, aku sambung kat umah..

tp harus dihabiskan before 8.00 pm..


-SHARING IS CARING-


note : bukan sahaje boleh kurangkan berat badan malahan untuk kesihatan juga..


4 comments:

cik dah ganu kiter said...

erm bgusla boleh minum 3 liter sehari..amalkan selalu..

idah kat opis 2 mug air putih 1 mug air manis..kat umah x kire plk tp sahih la x ckp 3 liter..

health-beauty-slimming said...

minum air byk2 ni elok,yg penting air kosong bukan yg manis,kalau banyak minum air,kulit makin cantik dan sistem penghadaman makin baik.

.:Yana:. said...

idah - janji cukup kandungan air dalam badan..tp kalo kurangkan minum manis lg bagus..

.:Yana:. said...

health-beauty-slimming - mmg bagus minum banyak tp kalo malam x elok minum banyak air..sebaik-baiknyer before 8pm kene abiskan 3 liter tu..
(^__^)

..:..Labels..:..

3rd pregnancy (27) 4rd pregnancy (2) Adam demam (1) Adam Mustaqim (14) Adli Mubasyir (1) Adwa (50) Adwa dah setahun (1) adwa punye (4) Adwa tak sihat (9) Aidiladha 2014 (1) air tangan suami (4) alamanda (3) Aloe Vera Gel (1) anak2 (24) anniversary (3) ape yg best (1) ape2 aje (80) Artis (1) award (1) Bangi (4) barang baru (18) batuk (1) BE (2) Bengkak susu (1) Besday Adam (2) Besday Adwa (3) besday aku (6) Besday Dhia (5) best fren (11) bf (13) Big Apple (1) Breastfeeding Journey (19) BSP (2) BSP review (7) BSP Test (5) Buah tangan (1) buddy (2) Buka puasa (5) Cabut Gigi (1) Cameron Highlands (1) cedera (2) Cendol (2) Char kuew tiau terbaik (1) Check up (19) Check up Adam (2) Check up Adwa (3) contest (12) cuace (13) Cuti-Cuti Malaysia (2) Cyberjaya (2) Dentist (3) dhia (234) dhia punye (21) Dhia tak sihat (4) DIY (1) Domino's (5) Drama Korea (10) dunia hiburan (2) Eksiden (2) Family (16) Family Day (2) Fesyen (1) floria (3) Gaji (2) GDM (3) Gigi Dhia (1) Give Away (1) Go.Lokal.Cafe (1) Hadiah (2) Hari pertama sekolah 2017 (1) herbaline (2) Hidung berdarah (1) Hilang (2) hobi (1) Home sweet home (1) Hospital (3) IC (1) Ikan (1) info (54) isi hati (101) jalan2 (22) Jambu (1) Jamuan (1) Jerebu (1) jerubu (2) JJCM (8) K-Pop (1) KAFA (1) Kajang (1) Kedah (5) kegilaan (1) kejadian (17) Kek (1) Kelahiran Adam mustaqim (1) Kerja (3) Kerjaya (2) kesihatan (26) Klinik (4) Klinik Gigi (1) Konvokesyen Dhia (1) kronologi kelahiran Dhia (1) Lagu Best (1) lambat bangun (1) lirik lagu (2) lunch date (4) macam2 Adwa (15) macam2 Dhia (1) macam2 hal (3) majlis (9) Majlis Adwa (3) makan luar (3) makan-makan (134) makan-makan kat ofis (2) Makanan feveret (1) Mama punye (2) masak-masak (72) MASALAH (1) Menang (2) MGTT (1) minat (1) mines (3) nak bg hadiah (2) nak tau.. (1) Nando's (1) Novel (1) ntah ape2 (6) nuffnang (7) ofis (17) order saje (1) Pasar Malam (1) pasar tani (6) PASTI (4) Penang (4) penyakit (20) perayaan (5) perkembangan adwa (15) Pertandingan Azan ALAMRIA (2) Petua (2) Pregnancy (46) Preparation (4) produk (12) Progress Adam (1) Promosi (3) Puri (1) Putrajaya (14) Ramadhan (6) Raya (4) Raya 2013 (2) resepi (6) result (1) Rezeki (3) rezeki ramadhan (1) Rezeki Syawal (1) Rojak (1) Rumah (2) Sakit pinggang (1) saman polis (1) Saman PPj (1) sekolah (2) Sekolah Dhia (2) Selamat Hari Raya (1) Seminar (2) seram (1) serdang (1) Sesemut (1) Set Berpantang (1) Setiausaha (2) Sg. Ramal (2) Shaklee (1) Sharing is Caring (9) shopping (5) Shopping online (3) Simpanan (1) Solid Food (3) souvenir (1) Stevia (1) suami saye (29) suke-suki (27) Susu Formula (3) TAFIST (2) tag (3) Tahun 1 (1) taska (17) things (1) Tragedi (1) Tudung (1) tukar template (1) tupperware (3) tutorial (1) TV drama (9) Umai (1) wordless wednesday (6) Zakat (1)