..:TQ 4 Being My Followers:..

Tuesday, April 30, 2013

.:Update cirit birit Adwa:.


alhamdulillah keadaan adwa beransur baik..
semalam die dah tak nangis mase cuci poo poo die..
cirit birit pun dah kurang..
merah still ade tp kesan die jer..
dah tak pedih..
alhamdulillah..


Monday, April 29, 2013

.:Adwa : Cirit birit:.


sejak ari jumaat lepas adwa cirit birit..
sampai la ke ari ni..
sampai merah punggung & anu die..
mesti nangis bile cuci..
pedih kan??

makan minum still ok..
alhamdulillah..
takut jugak kalo die dehidrat..

aku rase berpunce die makan ubat..
minggu lepas kan adwa demam, batuk & selsema..
aku bg makan ubat..
aku agak sebab tu yg die kene cirit-birit..
aku dah berenti bg ubat2 tu kat adwa..
tp still lg cirit birit tu..

lum bawak gi klinik lg..
ingat pas balik keje nak bawak adwa ke klinik kalo still tak ok lg..

aku jumpe info ni mase BW td..

MAKLUMAT PENTING JIKA ANAK CIRIT-BIRIT

Antara sebab-sebab berlakunya cirit-birit adalah makanan yang diambil oleh kanak-kanak telah tercemar oleh kuman-kuman samada semasa penyediaan makanan tersebut atau kerana makanan tersebut telah dihinggapi lalat. Namun terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan cirit-birit.

1. Antara faktor-faktor cirit-birit

a. Makanan tercemar
b. Puting dan botol susu yang tidak bersih
c. Ibu yang menyusu bayi makan jamu
d. Paranteral diarrhea

2. Apakah parentral diarrhea?

Parentral diarrhea adalah satu simptom cirit-birit yang berlaku semasa kanak-kanak mengalami demam viral beserta dengan batuk berkahak. Kebiasaannya kanak-kanak tidak pandai untuk mengeluarkan kahak daripada kerongkong/mulut apabila batuk. Apabila kanak-kanak batuk dan kahak terkeluar daripada kerongkong ke dalam mulut, kanak-kanak biasanya akan menelan kahak tersebut. Disebabkan kahak mengandungi virus/kuman maka virus/kuman ini boleh menyebabkan cirit-birit apabila ia masuk ke dalam saluran penghadaman.

3. Apakah yang perlu saya lakukan jika anak saya mengalami cirit birit?

Perkara UTAMA yang perlu diambil perhatian jika seseorang kanak-kanak mengalami cirit-birit adalah tahap hidrasi/ kandungan air dalam badan kanak-kanak berkenaan, adakah ianya telah berkurangan atau tidak. Jika kadar kandungan air di dalam badan mereka berkurang atau mereka mengalami dehidrasi, keadaan ini amat berbahaya. Kanak-kanak memang amat terdedah mengalami dehidrasi berbanding dengan orang dewasa kerana saiz badan mereka yang kecil.

4. Bagaimana saya ingin mengetahui samada anak saya yang mengalami cirit-birit mengalami dehidrasi atau tidak?

Tanda-tanda dehidrasi adalah seperti berikut:

4.1 Bagi bayi:

a. Ibu-ibu boleh merasa bahagian ubun-ubun bayi mereka. Jika ubun-ubun terasa lekuk, ini menandakan bayi telah mengalami dehidrasi/kekurangan air.

b. Bayi lemah dan tidak aktif seperti biasa.

c. Bibir kering, lidah kering

4.2 Bagi kanak-kanak yang telah tertutup ubun-ubun mereka:

a. Bibir kering dan berkeruping

b. Lidah kering (nampak warna keputihan pada lidah dan air liur yang kurang)

c. Kanak-kanak kelihatan lemah, tidak aktif seperti biasa. Mereka tidak akan berminat untuk bermain seperti biasa.

JIKA TERDAPAT TANDA-TANDA SEPERTI DI ATAS, ANDA HARUS MEMBAWA ANAK ANDA SEGERA KE JABATAN KECEMASAN HOSPITAL UNTUK RAWATAN SUSULAN IAITU MEMASUKKAN AIR BANTUAN MELALUI SALUR DARAH.

5. Adakah terdapat ubat yang boleh menghentikan cirit-birit?

Rawatan cirit-birit bagi kanak-kanak adalah sangat berbeza daripada orang dewasa. Jika bagi orang dewasa, apabila mereka mengalami cirit-birit, para doktor akan memberikan ubat kepada mereka untuk menghentikan simptom tersebut. Namun, bagi kanak-kanak, amat berbahaya jika diberikan ubat untuk menghentikan cirit birit tersebut. Ini kerana jika ubat diberikan kepada kanak-kanak untuk menghentikan cirit-birit, kuman-kuman di dalam usus mereka akan meresap ke dalam salur darah. Ini akan lebih memudaratkan keadaan kanak-kanak tersebut. Jadi, para ibu bapa dikehendaki amat berhati-hati di dalam perkara ini.

6. Apakah perkara yang paling penting untuk diberi perhatian jika anak saya cirit-birit?

Perkara yang paling penting adalah memastikan kanak-kanak tidak mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Pastikan anak anda kerap minum air dan minum air garam yang dibekalkan oleh doktor. Jika anak anda tidak gemar minum air garam yang dibekalkan oleh doktor memadai dengan memberikannya minum air masak dengan kerap bagi mengelakkan anak anda mengalami dehidrasi.

7. Bolehkah saya meneruskan pemberian susu kepada anak saya semasa dia mengalami cirit-birit?

Jika anda menyusukan bayi anda (breastfeeding), anda boleh meneruskan penyusuan seperti biasa dan dikerapkan penyusuan jika boleh.
Jika anak anda menyusu susu formula, dinasihatkan anda mencairkan sedikit kepekatan susu formula tersebut kerana susu formula boleh memburukkan keadaan cirit birit. Tambah keperluan air anak anda dengan air masak atau air garam yang dibekalkan oleh doktor.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika laluan najis (anus) anak saya melecet?

Cirit-birit memang boleh menyebabkan anus melecet kerana najis semasa cirit birit adalah lebih berasid daripada biasa. Pastikan anda segera membasuh najis selepas anak anda membuang air besar dan sapukan ubat (boleh didapati daripada klinik/farmasi) pada anusnya yang melecet.


.:kite kan adik beradik:.



bile kakak suap roti kat adik..
adik plak jenis pantang sua, die sedia nganga jer..
kakak jgn kedekut2 ngan adik yer..
makan same2 tau..



Friday, April 26, 2013

.:Adwa :Menonton TV:.


tengok tu..


.:sayangnyer:.


sepatutnye aku breakfes bihun goreng pagi ni..
tp boleh plak aku lupe pasal bihun goreng yg ade dlm kuali..
dah sampai ofis baru ingat..

masak petang semalam, ade belen ingat nak makan tuk breakfast..

memang tak de rezeki agaknyer..
nak balik amek mmg tidak lah..

jdnyer pg ni makan nasi lemak ayam pedas..

sayangnyer terbuang gitu saje..
petang dah konfirm lah basi dah..

Thursday, April 25, 2013

.:saye budak baru belajar:.


"saye budak baru blajar..
kalo salah tolong tunjukkan.."

jangan la kate saye belakang2..
kalo ade yg silap, sila bgtau saye..
tunjuk ajar saye..
boleh saye betulkan..
saye sedia belajar..

tu pun nasib baik saye dengar ape yg dikate pasal saye..
kalo tidak sampai bile2 die dok kate saye..

hhmm..

note : tersengih2 bile dapat tau aku dengar ape yg die kate..

Wednesday, April 24, 2013

.:tangan ayam?:.



dhia : mama, nak tgn ayam..
mama : ni bukan tangan ayam, ni kaki ayam..
dhia : ooo

(^_^)

Tuesday, April 23, 2013

.:Bile dhia giler pepel:.


nape ntah pepel jd pilihan..
sebelum2 ni suke pink..
skrg kalo diberi pilihan pink @ pepel, surely dhia pilih pepel..


baju pun nak bj pepel jer..
kalo nak beli baju baru utk die, tak perlu tanye..
sebab mesti die nak kaler pepel..
pepel jer cantik, kaler lain tak cantik..
minum pun nak pakai cawan pepel jer..


gitu la bile dah besar..
dah pandai pilih..
mengade je tau..

.:Bil TNB bulan ni:.


terkejut aku tengok..
naik menggiler..
slalu tak sampai RM100 pun..





.:Adwa demam : Aku EL:.


awal bulan ari tu dhia demam..
semalam adwa plak demam..
sebenarnyer adwa start demam ari jumaat petang sampaila pg td..
pg td kul 4.30 pg aku terjage..
nak betulkan kedudukan adwa tido(lasak gak budak kecik ni tido)..
bile pegang badan adwa terasa panas la plak..
terus bawak die kluar bilik, bukakkan baju  dan basahkan kepale & badan..
bg die minum susu, selesai minum susu terus bg ubat demam..
budak bertuah ni plak x padan demam, melasak jer kejenyer..
terus peluk die, pakse tido (kejam mama die)..
sib baik tido..

pastu aku bangun nak mandi, rase kepale die, berpeluh2 kepale & badan die..
alhamdulillah..
lega skit..

cume skrg ni batuk & flu..
agak teruk jugak batuk die..
nak kene carik madu..
org kate berkesan utk batuk..
nak bg ubat jer, sian plak die..

4.30 pagi semalam



lebar senyum die..

Friday, April 19, 2013

.:Flashlight Earpick:.



rupenyer benda alah ni murah jer..
aku beli RM1.90 jer pun..
kat giant seri kembangan sane..

mudah dan menjimatkan mase..
(^_^)

(entry tak de idea)

Thursday, April 18, 2013

:.Masakan sendiri:.


lauk weekend lalu..
simple tp sedap..
maklumlah masak sendiri..
menepati selera anak tekak sendiri..
sup cendawan tiram, lala goreng tom yam & ikan caru bakar..

yg paling best adelah lala tu..
sepinggan 1/2 kilotu, sekali hadap jer..
nyesal tak beli sekilo..
mase beli tu idup lg, fresh..
rase manis jer isi die..
masih terase2 lg..

yummy..

..:..Labels..:..

3rd pregnancy (27) 4rd pregnancy (2) Adam demam (1) Adam Mustaqim (14) Adli Mubasyir (1) Adwa (50) Adwa dah setahun (1) adwa punye (4) Adwa tak sihat (9) Aidiladha 2014 (1) air tangan suami (4) alamanda (3) Aloe Vera Gel (1) anak2 (24) anniversary (3) ape yg best (1) ape2 aje (80) Artis (1) award (1) Bangi (4) barang baru (18) batuk (1) BE (2) Bengkak susu (1) Besday Adam (2) Besday Adwa (3) besday aku (6) Besday Dhia (5) best fren (11) bf (13) Big Apple (1) Breastfeeding Journey (19) BSP (2) BSP review (7) BSP Test (5) Buah tangan (1) buddy (2) Buka puasa (5) Cabut Gigi (1) Cameron Highlands (1) cedera (2) Cendol (2) Char kuew tiau terbaik (1) Check up (19) Check up Adam (2) Check up Adwa (3) contest (12) cuace (13) Cuti-Cuti Malaysia (2) Cyberjaya (2) Dentist (3) dhia (234) dhia punye (21) Dhia tak sihat (4) DIY (1) Domino's (5) Drama Korea (10) dunia hiburan (2) Eksiden (2) Family (16) Family Day (2) Fesyen (1) floria (3) Gaji (2) GDM (3) Gigi Dhia (1) Give Away (1) Go.Lokal.Cafe (1) Hadiah (2) Hari pertama sekolah 2017 (1) herbaline (2) Hidung berdarah (1) Hilang (2) hobi (1) Home sweet home (1) Hospital (3) IC (1) Ikan (1) info (54) isi hati (101) jalan2 (22) Jambu (1) Jamuan (1) Jerebu (1) jerubu (2) JJCM (8) K-Pop (1) KAFA (1) Kajang (1) Kedah (5) kegilaan (1) kejadian (17) Kek (1) Kelahiran Adam mustaqim (1) Kerja (3) Kerjaya (2) kesihatan (26) Klinik (4) Klinik Gigi (1) Konvokesyen Dhia (1) kronologi kelahiran Dhia (1) Lagu Best (1) lambat bangun (1) lirik lagu (2) lunch date (4) macam2 Adwa (15) macam2 Dhia (1) macam2 hal (3) majlis (9) Majlis Adwa (3) makan luar (3) makan-makan (134) makan-makan kat ofis (2) Makanan feveret (1) Mama punye (2) masak-masak (72) MASALAH (1) Menang (2) MGTT (1) minat (1) mines (3) nak bg hadiah (2) nak tau.. (1) Nando's (1) Novel (1) ntah ape2 (6) nuffnang (7) ofis (17) order saje (1) Pasar Malam (1) pasar tani (6) PASTI (4) Penang (4) penyakit (20) perayaan (5) perkembangan adwa (15) Pertandingan Azan ALAMRIA (2) Petua (2) Pregnancy (46) Preparation (4) produk (12) Progress Adam (1) Promosi (3) Puri (1) Putrajaya (14) Ramadhan (6) Raya (4) Raya 2013 (2) resepi (6) result (1) Rezeki (3) rezeki ramadhan (1) Rezeki Syawal (1) Rojak (1) Rumah (2) Sakit pinggang (1) saman polis (1) Saman PPj (1) sekolah (2) Sekolah Dhia (2) Selamat Hari Raya (1) Seminar (2) seram (1) serdang (1) Sesemut (1) Set Berpantang (1) Setiausaha (2) Sg. Ramal (2) Shaklee (1) Sharing is Caring (9) shopping (5) Shopping online (3) Simpanan (1) Solid Food (3) souvenir (1) Stevia (1) suami saye (29) suke-suki (27) Susu Formula (3) TAFIST (2) tag (3) Tahun 1 (1) taska (17) things (1) Tragedi (1) Tudung (1) tukar template (1) tupperware (3) tutorial (1) TV drama (9) Umai (1) wordless wednesday (6) Zakat (1)