..:TQ 4 Being My Followers:..

Friday, August 12, 2011

.:Kisah laki bini:.


bile suami tak paham ape yg isteri kate..sian plak kat suami..serba salah jadinyer...
cam ade kene mengena skit ngan ku ni...
hehehe...

sebelum to credit to : http://mypreggieland.blogspot.com

jom bace ni...

Laki talipon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet...
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....
Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?

-----------------------------------------------------------------
Laki talipon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------
Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------
Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?

---------------------------------------------------------------
Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

----------------------------------------------------------

Kesian lelaki... otak lurus sgt... xleh bengkang bengkok sket. HAHAHAHA

Thursday, August 11, 2011

.:Gi jugak:.

lunch hour tadi sempat gi sini..
gagahkan diri jalan dari utara opis sampai bpp..
gi ngan hubby..

ape yg aku rembat??
tudung selai..
brooch 2..
biskut butter 2 tin..

tu jer..
yang lain cam tak berminat jer..

.:Baby Dhia:.



dok belek gambar2 lame dhia dalam pc..
jumpe gambar ni...

comelnyerrrrr.....

.:Suspen:.



pg tadi blog tak leh sign in..
pastu tak leh nak comment blog lain..
bikin suspen jer..


Wednesday, August 10, 2011

.:Wordless Wednesday 10082011:.


sedap sangat la tu..

.:Berdarah!!!:.



lepas sahur pg td, aku betulkan posisi dhia tido..
sekali bile aku angkat, tengok banyak darah kat toto & muke dhia..
bile betul2 tengok, rupenyer hidung dhia berdarah..
banyak plak tu..
panik sekejap aku..
sib baik mase tu darah dah berenti..
tp dhia still tido..
hubby kate panas dalam tu..
sian dhia..dulu pun dhia penah alami hidung berdarah ni...
selalu kene time tido...
sian dhia..

.:Bil ASTRO dah NAIKKK!!!!!:.



benci la...
baru dapat bil semalam..
dari RM90 ke RM 101.65..
ape ni??????????????????

Tuesday, August 9, 2011

.:Menu Sepanjang minggu lalu:.



1 Ramadhan
-nasik
-sup ayam
-sayur kobis goreng
-kuih karipap & popia (param)


2 Ramadhan
-nasik
-Asam pedas ikan kembong + bendi
-telur dadar

3 Ramadhan
-nasik
-Kari telur
-ikan jaket goreng
-tauge + kucai goreng

4 Ramadhan
-nasik
-masak lemak cili padi ikan tongkol + kentang
- kobis goreng (mamak style)
-telur dadar
-cekodok bawang (hubby buat)

5 Ramadhan
-nasik
-Ayam masak sambal
-bendi masak pindang

6 Ramadhan
-nasik
- Sambal sotong
-Lala masak sos tiram
-Kangkung goreng belacan

7 Ramadhan
-nasik
-Ayam bakar
-Air asam
- sayur campur

8 Ramadhan
-nasik
-Ikan siakap stim
-Air asam
- peria + telur goreng
kuih karipap terlebih goreng..hehehe.. (segera)
-potato baked (org bagi)


tapi ari ni cuti masak nasik + lauk..
petang ni aku masak kuew tiau goreng & kuih karipap jer...
nak bg badan rehat skit...
(orang tak puase lagi penat dari orang puase...huhuhu)


.:Tempahan biskut raya ditutup:.



last day semalam..

alhamdulillah..tempahan biskut menggalakkan..
terima kasih banyak2 pade sape yg menempah itu..
Insyaallah, kalo tiade ape2 halangan, biskut akan sampai ke tangan anda minggu depan..
Insyaallah..
(^__^)



.:Abah aku dapat duit raye, aku pun dapat duit raye..alhamdulillah:.



mane aci kan??
abah aku jer dapat duit raye (abah aku orang FELDA)..
aku pun nak jugak..
& alhamdulillah... dapat jugak..
walaupun setengah bulan gaji..
at least ade la jugak dapat kan..
syukur pade Allah..
leh la spent lebih skit utk raye...


Monday, August 8, 2011

.:Biskut Raya:.



STILL AVAILABLE :

- CHOCOLATE CHIP - 4 BALANG
-CHOCOLATE CHIP W/O WALNUT - 1 BALANG AVAILABLE
- CONFLAKE WALNUT - 5 BALANG

sape cepat die dapat..
aku dah bukak order untuk raye..
untuk raye, abang aku wat 4 jenis biskut..
sebab ade yg tak mo walnut (jerawat) dalam biskut tu, abang aku tambah lg 2 biskut..

1. chocolate chip
2. chocolate chip w/o walnut
3. conflake walnut
4. conflake

walaupun tanpa walnut, abang aku akan lebihkan chip chocolate & conflae untuk biskut yg w/o walnut..oh yer..biskut adelah penuh balang ( kalo ade sesape yg nak tau brape biji biskut dalam sebalang tu)

PRICE??
RM22 sahaja

nak sample?? boleh, nanti aku antakan..
bagitau kat mane jer..
(area putrajaya sahaja yer)


.:dapat jugak makan:.


lame dah mencari...
cari kat pasar presint 8 tak pernah ade..
ari tu gi jusco baru jumpe..besar plak tu..
alhamdulillah..
petang sabtu aku masak untuk lauk berbuke ..
ape die???
ini die!!!!






















LALALALALALALALA....
alamak ..fokus sangat la plak....
aku wat masak sos tiram...
best!!!!


ade lg satu..
jumpe kat jusco jugak...















Fruit tart.. feveret aku ni...
saiz besar yer..
yg slalu aku makan tu saiz sekali suap..
ni plak saiz berkali2 suap.. (^__^)
& yang penting sedap & murah..
RM2.00 jer ko...
slalu yg saiz sekali suap tu RM1.20/RM0.80 seketul tau..


nak LAGI!!!!!

..:..Labels..:..

3rd pregnancy (27) 4rd pregnancy (2) Adam demam (1) Adam Mustaqim (14) Adli Mubasyir (1) Adwa (50) Adwa dah setahun (1) adwa punye (4) Adwa tak sihat (9) Aidiladha 2014 (1) air tangan suami (4) alamanda (3) Aloe Vera Gel (1) anak2 (24) anniversary (3) ape yg best (1) ape2 aje (80) Artis (1) award (1) Bangi (4) barang baru (18) batuk (1) BE (2) Bengkak susu (1) Besday Adam (2) Besday Adwa (3) besday aku (6) Besday Dhia (5) best fren (11) bf (13) Big Apple (1) Breastfeeding Journey (19) BSP (2) BSP review (7) BSP Test (5) Buah tangan (1) buddy (2) Buka puasa (5) Cabut Gigi (1) Cameron Highlands (1) cedera (2) Cendol (2) Char kuew tiau terbaik (1) Check up (19) Check up Adam (2) Check up Adwa (3) contest (12) cuace (13) Cuti-Cuti Malaysia (2) Cyberjaya (2) Dentist (3) dhia (234) dhia punye (21) Dhia tak sihat (4) DIY (1) Domino's (5) Drama Korea (10) dunia hiburan (2) Eksiden (2) Family (16) Family Day (2) Fesyen (1) floria (3) Gaji (2) GDM (3) Gigi Dhia (1) Give Away (1) Go.Lokal.Cafe (1) Hadiah (2) Hari pertama sekolah 2017 (1) herbaline (2) Hidung berdarah (1) Hilang (2) hobi (1) Home sweet home (1) Hospital (3) IC (1) Ikan (1) info (54) isi hati (101) jalan2 (22) Jambu (1) Jamuan (1) Jerebu (1) jerubu (2) JJCM (8) K-Pop (1) KAFA (1) Kajang (1) Kedah (5) kegilaan (1) kejadian (17) Kek (1) Kelahiran Adam mustaqim (1) Kerja (3) Kerjaya (2) kesihatan (26) Klinik (4) Klinik Gigi (1) Konvokesyen Dhia (1) kronologi kelahiran Dhia (1) Lagu Best (1) lambat bangun (1) lirik lagu (2) lunch date (4) macam2 Adwa (15) macam2 Dhia (1) macam2 hal (3) majlis (9) Majlis Adwa (3) makan luar (3) makan-makan (134) makan-makan kat ofis (2) Makanan feveret (1) Mama punye (2) masak-masak (72) MASALAH (1) Menang (2) MGTT (1) minat (1) mines (3) nak bg hadiah (2) nak tau.. (1) Nando's (1) Novel (1) ntah ape2 (6) nuffnang (7) ofis (17) order saje (1) Pasar Malam (1) pasar tani (6) PASTI (4) Penang (4) penyakit (20) perayaan (5) perkembangan adwa (15) Pertandingan Azan ALAMRIA (2) Petua (2) Pregnancy (46) Preparation (4) produk (12) Progress Adam (1) Promosi (3) Puri (1) Putrajaya (14) Ramadhan (6) Raya (4) Raya 2013 (2) resepi (6) result (1) Rezeki (3) rezeki ramadhan (1) Rezeki Syawal (1) Rojak (1) Rumah (2) Sakit pinggang (1) saman polis (1) Saman PPj (1) sekolah (2) Sekolah Dhia (2) Selamat Hari Raya (1) Seminar (2) seram (1) serdang (1) Sesemut (1) Set Berpantang (1) Setiausaha (2) Sg. Ramal (2) Shaklee (1) Sharing is Caring (9) shopping (5) Shopping online (3) Simpanan (1) Solid Food (3) souvenir (1) Stevia (1) suami saye (29) suke-suki (27) Susu Formula (3) TAFIST (2) tag (3) Tahun 1 (1) taska (17) things (1) Tragedi (1) Tudung (1) tukar template (1) tupperware (3) tutorial (1) TV drama (9) Umai (1) wordless wednesday (6) Zakat (1)