Soalan : SELEPAS bersalin, bolehkah saya mandi wajib atau saya perlu menunggu sehingga selesai berpantang?
Jawapan : ANTARA sebab mandi wajib bagi wanita ialah keluar haid, bersalin (wiladah) dan keluar darah nifas (Haji Mohamed bin Jusoh 1990: 26).
Mandi wajib kerana keluar haid dan keluar darah nifas disepakati oleh semua di mana syaratnya ialah putus atau kering darah haid atau nifas.
Berkenaan bersalin, mazhab Maliki, Hanafi dan Shafie berpendapat wajib mandi apabila melahirkan anak. Mazhab Hanbali berpendapat tak wajib apabila tidak keluar darah.
Dengan itu anda boleh terus mandi wajib selepas bersalin kerana melahirkan anak. Sekiranya ada darah nifas, anda sekali lagi perlu mandi wajib apabila kering darah nifas atau habis pantang.
sharing is caring
4 comments:
thanks for the info
ekin - ur most welkom..ade org yg tak tau pasal ni..
mmg ada yg x tau... mcm ada kawan, masuk anak ke-2 baru dia tau hu3...
oo mcm tu.. thanks for sharing the info.
Post a Comment