..:TQ 4 Being My Followers:..

Tuesday, August 25, 2009

Penempatan Baru

sedang aku tengah melayan mate aku (ngantuk), tibe2 kak hajar dtg bg memo...aku yg tengah dalam kemamaian (hehehe...) bace la memo tu... memo tu bertajuk "ARAHAN PUSINGAN KERJA PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED N17".
maknenyer aku dah dapat bos (b4 dis aku duk pool)...tak tau nak kate...hepi ade, risau pun ade... hepi sebab dah dapat bos n risau sebab duk pool leh wat sesuka ati (tengok anak kat nursery bile2 mase..hehehe...) ni dah ade bos kene la jage disiplin kan???ye la...takut bos ngamuk lak bile aku slalu tak de kat tempat...tp tak pe, kene la bgtau bos awal2 ek...
Mudah-mudahan bos aku ni, memahami la....aminnn...jangan ler bos aku tu bengisssss!!!!
huhuhuhu...

Monday, August 24, 2009

Buang EBM


sedih tul aku...pagi2 lg aku dah buang stok ebm aku...banyak plak tu... 23 oz ok...
bekal dhia utk 3 ari...huhu...gini kisahnye...
jumaat lepas aku bawakkan ebm utk dhia dlm 4 bungkus (4 oz setiap satu)..cos aku ngt kat nursery dah tak de stok... pastu pg tadi mase dtg nursery, tengok nursery gelap..rupenye tak de elektrik....sampaikan peti ais tu dah tak sejuk langsung...mestila stok ebm tu dah tak elok kan...aku tak nak bg risiko kat anak aku..tak pasal2 anak aku kene diarea... jd aku buang je la stok ebm tu...aku kire2 ade 23 oz sumernye...cam nak nangis aku...buka senang nak simpan stok ebm sebanyak itu bg aku yg tak berapa banyak susu ni....

pg tadi pulak, mase aku dlm perjalanan ke ofis, tibe2 aku perasan meter tempreture kete aku naik mendadak...ape kes plak ni???sib baik ler ofis dekat...sampai je parking, aku kuar je dr kete aku dengan bunyi kat enjin...pastu air menitik laju...ni sah bocor ni... aku call ler hubby aku suh tengokkan... then hubby aku pun kate bocor gak...hubby aku kate nanti nak balik br isi balik air kat tank tu... esok g keje ngan abg..kate hubby aku...so, weekend ni la baru anta workshop...mane dan nak anta time weekdays kan... tu ler kisah aku pagi ni...
Gambar stok ebm aku...

Friday, August 21, 2009

Kebaikan HALBA


jumpe artikel ni dalam blog....

Rasulullah saw bersabda :-
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan HALBA nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ".

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.
Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas.
Baginda mengesyorkan agar Saad makan HALBA dan Korma Ajwa'.
Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :-
" Gunakanlah Halba sebagai ubat "
-------------------------------------------------------------

::
::
KEGUNAAN HALBA

1. Diminum sebagai teh untuk a)Melancarkan haid
b)Menghilangkan kembung, sebu dan senak c)Pencuci perut
d)Menguatkan jantung e)Menghilangkan lender tekak
f)Melegakan sakit kepala & migrain
g)Membuang angin h)Menyembuhkan buasir i)Senggugut
j)Merangsang rahim k)Kegemukan l)Kurang berat badan
m)Mengawal kencing manis n)Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba & Madu a)Kurangkan ketagihan rokok dan dadah b)Anemia

3. Untuk anak-anak yang baligh a)Kecergasan b)Kekuatan badan
c)Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu a)Banyakkan air susu

5. HALBA juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. HALBA merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad [Hippocrates] iaitu bapa perubatan Yunani.

Thursday, August 20, 2009

alhamdulillah

masalah besar yg melanda aku (susu badan kurang) semakin ok...susu pun dah bertambah balik.. aku tengok dhia minum sebelah pun dah cukup n aku sendiri rase susu aku penuh (tak le sampai bengkak)..alhamdulillah...
dhia lum pun 5 bulan, takkan dah tak de susu kan??cam pelik plak aku ari tu... ke aku ade tersalah mkn ke atau terkurang makan..hehehe... nak kate tak cukup air?aku minum 3 liter lebih sehari..takkan tu pun kurang kot?? hairan bin ajaib tul...
tu yg kelam kabut try semua petua yg aku jumpe (yg senang wat n sedap)...ari tu gak suh hubby g kedai sensei, gi beli longan kering+gula batu+kurma merah...rebus semua sampai kembang buah longan tu..sib baik air tu sedap..hehehe.... petang semalam masak kobis bunge+brokoli+fish cake...malam tadi plak aku try minum air halba... sesudu halba aku biarkan rendam dalam segelas air panas, pastu buang halba tu n minum airnye...ok la jugak rasenyer....leh lg telan..
so sekarang ni tak tau mane satu yg berkesan...tak kesah lah...janji susu bertambah..
leh tambah stok susu... nak amalkan selalu petua2 tu...mudah-mudahan rezeki dhia banyak la(susu badan)...

Tuesday, August 18, 2009

Masalah besar....

aku ni tengah dalam masalah besar ni.... masalah aku ialah susu badan aku makin berkurangan...huhu..ape nak wat.... minggu ni dah start pose... sian kat anak aku kalo aku tak cukup susu...aku try cari n jengok2 kat blog2...banyak petua yg aku dapat. antaranye... cara2 nak banyakkan susu badan :

1. Halba dan jintan hitam
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

2.Lobak Putih
Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

3. Air Longan
Ramai ibu menyusu memberikan testimoni yang positif tentang kesan air longan kering dalam menambahkan susu badan. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.) - ni aku nak try..cam sedap jer... resepi aku... buah longan + gula batu + kurma merah pastu rebus)

4. Jantung pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

5.Makan banyak sayur-sayuran
Kali pertama diperkenalkan buah pic, bayi yang menyusu badan makan buah pic lebih banyak daripada bayi yang tidak menyusu badan -- jika ibunya makan banyak buah pic semasa menyusu."Kita tahu rasa-rasa daripada makanan ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu badan" - Julie A. Mennella, PhD, biopsychologist di Monell Chemical Senses Center in Philadelphia.Jadi jika anda mahu bayi anda suka sayur, anda yang menyusu, banyakkan makan sayur.

mudah-mudahan berjaye la petua2 ni semua...aminnn..

Monday, August 17, 2009

Jenis2 Susu Ibu


Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu foremilk (gambar kiri) dan hindmilk (gambar kanan).Apa pulak foremilk...hindmilk nih?
Ringkasnya, apabila baby mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat berperanan untuk menghilangkan dahaga.
Akhir penyusuan baby akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan sangat mengenyangkan sbb mengandungi kurang air berbanding foremilk dan lemak yang tinggi. Hindmilk ada kalori yg tinggi dan penting untuk beri tenaga serta tumbesaran baby.Kalau ikut mitos (kata org2 tua), sebelah kanan mknan, sebelah kiri air.Ini Salah, sbb kedua2 breast kita adalah makanan dan air dan kedua2nya ade foremilk yg menghilangkan dahaga dan hindmilk yg mengenyangkan.
Foremilk dan hindmilk ni kene seimbang kandungannya. kalau hindmilk lebih dan foremilk kurang boleh menyebabkan dehydration.kalau foremilk lebih dan hindmilk kurang, baby tak kenyang dan pembesarannya pun boleh terbantut.kalau baby meragam dan x puas hati, dia mungkin x menerima susu yang kaya dan berkrim atau hindmilk di hujung penyusuan.Cara terbaik perbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu.Cara ini dapat mempastikan yang baby menerima semua peringkat susu ibu iaitu foremilk dan hindmilk.Sebelah lagi, ibu boleh pam buat stok kalau baby xmo nyusu/ baby sudah kenyang.
Foremilk berwarna kebiruan dan kelihatan seperti air biasa.Hindmilk kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak.Baby perlukan Hindmilk untuk membolehkan berat badannya meningkat.Cara ini baik untk bantu baby yang kurang berat badan menambah berat badannya. Baby yang kurang berat badan sejak lahir memerlukan penyusuan yang kerap sepanjang waktu siang dan malam.


Jenis susu ibu :
1.Colostrum - Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir. Ia pekat kekuningan, kaya protein, antibodi dan vitamin juga mineral.
2.Transitional- Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
3.Susu matang - Lebih cair hampir kebiruan (foremilk) pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah (hindmilk).

MC lagi????

huhu..ape nak wat...aku kene sakit mate lg...
g klinik lita alis kat presint 9 dalam kul 9 am...sampai2 jer tengok ramai tul org yg tgh nunggu...
tunggu lebih kurang 2 jam, baru dapat jmp dokter (Dr. Intan)...die cek mate aku, tanye ade gatal2 ker, sakit sangat ker? aku pun jawab...gatal skit jer tp sakit n mate berair jer... memang merah tul mate aku sebelah kanan tau... pastu dr. bagi mc 2 ari n ubat2..kene RM40...dr. intan kate kalo tak baik ari isnin nanti leh datang balik, sambung cuti...hehe..bestnyer...ehehehe....
n ari ni bersamaan dengan ari isnin, mate aku masih lg merah tp tak semerah minggu lepas...yg masalahnyer sekarang..2 2 belah mate aku plak merah...huhuhu...mate yg sebelah kanan dah ok dah...yg sebelah kiri plak merah..cam ne ni ek???nak g klinik lg ker??nak g klinik nak kene tunggu 2 jam lg...malas tul..aku bab2 nunggu ni leh wat angin satu badan... tak pe la... try letak ubat yg dr. bagi..kalo makin merah gak, terpakse la g klinik gak...

Tuesday, August 11, 2009

manje....

senyum tunjuk gusi je la ek dhia...


Dhia ngan mama...melekat cam koala...bak kate abah dhia..hehe...

manjenyer..anak abah ler katekan...


manje ade makna tu....hehehe

Monday, August 10, 2009

Klinik n MC

jumaat lepas, aku g klinik, mase aku sampai tu dlm kul 7 lebih....
aku sakit mate so kene g kat kaunter khas tu...
lepas daftar kat kaunter khas tu, terus ler tunggu utk jmp doktor kat bilik 6...punye lame aku tunggu...sekali name aku dipanggil utk ke kaunter triage...aku g la..kat kaunter tu name aku ditukar ke bilik 4..tunggu lg...
lame gak menunggu, nak nangis pun ade...aku gi la tanye misi kat situ..sekali die check name aku lum tukar bilik lg..patut le tak panggil2 name aku...kene tunggu lg...tu pun lame lg tunggu tu...

akhirnye kul 12 lebih baru dpt jmp doktor tu...aku mintak ler mc...doktor tu tak bg.. die kate nak bg time slip jer..angin nyer aku..aku kate balik kat die..."dah setengah hari dah pun"..pastu dengan rela tak rela..die bg gak mc...puas ati aku...

giler lame tu aku kat klinik...sib baik aku tak bawak dhia... kalo tak sian plak kat dhia kene tunggu gak....

Wednesday, August 5, 2009

Dhia dah pandai ape???

kali ni aku saje nak share pasal anak aku...anak aku lum pandai lg meniarap..tapi kalo tiarapkan die, die dah kuat angkat kepale...pastu semalam, aku tiarapkan Dhia..ye la kesian..asyik baring jer kan..nak angkat slalu, x larat ler sayang oi...
pastu pelan2 die pusingkan badan die mengadap abah die...ditolak2 badan pakai kaki...tak lame pastu, tibe2 die angkat punggong..tinggi gak..amboiii...nak merangkak dah ker?? meniarap pun lum, takkan nak merangkak kan??sambil angkat punggong sambil membebel2 ler mulut Dhia...satu lg yg aku perasan, Dhia sekarang kalo nak tido, suke ckp sorang2...tak lame tu tido ler..cam tu pun leh ker?? tak pe anak, janji leh tido...hehehe...
Dhia skrg dah pandai MENGGIGIT...huhuhu...sib baik lum ade GIGI...smlm mase susukan Dhia tibe2 rase sakit kene gigit, aku jerit ler "adoi"...Dhia pandang aku... aku ckp, dhia jgn ler gigit mama, sakit tau...die pandang jer, pastu die lepaskan... alahai anak...sib baik ler lum ade gigi..kalo ade mau luke2 ler p****g aku...
ini antara aksi2 dhia angkat punggong..mini push up, bak kate apai...
tengah kuatkan kaki utk tolak punggong...
tengok tu...tinggi kan???hehehe...

Tuesday, August 4, 2009

sakit mata

dari ptg semalam aku perasan yg mate dhia merah skit n bertaik...aku cume bersihkan jer la mate die...sebelum2 ni pun mmg slalu mate dhia bertaik...
then..pagi td aku tgk cam makin merah plak..aku risau takut merebak ke mate sebelah lg..ngat nak bawak dhia g klinik la..tibe2 dtg sorang budak ofis aku tanye anak aku sakit mate ker?aku kate, haah..mate anak merah ...then die tanye...susu badan ade kan?ade...die suh buh skit susu badan aku kat mate dhia...die pun wat cam tu bile anak die sakit mate..mujarab katenyer...
aku pun try ler letak mase aku tgk dhia kul 10 am td...pastu lunch hour aku g tgk dhia, cam dah ok skit mate...alhamdulillah..maknenyer..mmg mujarab ler ek susu ibu wat ubat sakit mate...

Monday, August 3, 2009

Shatavari Himalaya


actually aku dilanda kerisauan...sejak balik dari kampung (Sg. Petani), air susu badan aku cam dah berkurangan.... slalu kalo balik keje, aklo aku pam, dapat banyak gak...tapi sejak dari ari itu..dapat dlm 4 oz jer.. ade sekali aritu aku pam pagi2 pas dhia minum susu..cume dpt 2 oz jer...huhuhu...sedih giler...


aku tanye beberapa kwn2 aku yg masih breastfeed, cam ner nak banyakkan susu...ade yg kate mkn karet putih ler, kurma ler...macam2 lg..tapi tak gak bertambah susu aku ni...
last2 aku tanye kat sorang kakak ni...die kate die mkn satu pil ni, produk himalaya...ok katenyer...so aku pun nak try ler...
kebetulan semalam aku celebrate besday kat the mines...singgah kat guardian, cari ler pil ni...jmp plak..harga rm 43.90...ade less 15%..so dapat harga rm 37.30..ok ler tu...
nanti kite same2tgk hasilnyer k...

Benefits of Shatavari:

1.Shatavari is highly effective in improving fertility. It tones and nourishes female reproductive organs and regulates ovulation
2.Shatavari regulates hormonal secretion
3.Shatavari treats PMS symptoms by relieving pain and controlling blood loss.
4.Shatavari aids in lactation for nursing mothers
5.Shatavari relieves menopausal symptoms such as hot flashes. By producing estrogens it makes up for low estrogen levels in women who are menopausal or have had hysterectomies or oophorectomies
6.Shatavari is beneficial in amenorrhea, dysmenorrhea, leucorrhea and pelvic inflammatory diseases.
7.Shatavari increases the white blood count and stimulates macrophages which helps to combat candida.

Floria 09

KLCC
Pintu masuk

roses...cantik giler...

bunga

bunga lagi...
sabtu lepas, ari tak brape panas...ujan pagi...so cuace cam sejuk2 skit la...
hubby ajak g Floria 09...kebetulan adik ipar ade kat umah..ajak ler sekali...bukan slalu ade kan...kami g berempat...sampai jer sane masuk dlm tmpat bunga2 tu...ingat nak la amek2 gambar ngan Dhia..sekali Dhia tido...dari mule kami datang sampai ler balik Dhia tido... rugi betul...ngt nak la tunjuk kat Dhia bunge2 yg cantik tu...sekali hhhmm...tido... so..kami jer la yg bergambar...
Floria kali ni cam tak brape best cam yg dulu....dulu siap ade kereta berhias dr seluruh negeri kat malaysia ni...mmg meriah...kali ni tak de...cume gubahan2 bunga yg bentuk haiwan2 n taman2 yg dihias cantik jer...

ni landskap dr jabatan pertanian..

..:..Labels..:..

3rd pregnancy (27) 4rd pregnancy (2) Adam demam (1) Adam Mustaqim (14) Adli Mubasyir (1) Adwa (50) Adwa dah setahun (1) adwa punye (4) Adwa tak sihat (9) Aidiladha 2014 (1) air tangan suami (4) alamanda (3) Aloe Vera Gel (1) anak2 (24) anniversary (3) ape yg best (1) ape2 aje (80) Artis (1) award (1) Bangi (4) barang baru (18) batuk (1) BE (2) Bengkak susu (1) Besday Adam (2) Besday Adwa (3) besday aku (6) Besday Dhia (5) best fren (11) bf (13) Big Apple (1) Breastfeeding Journey (19) BSP (2) BSP review (7) BSP Test (5) Buah tangan (1) buddy (2) Buka puasa (5) Cabut Gigi (1) Cameron Highlands (1) cedera (2) Cendol (2) Char kuew tiau terbaik (1) Check up (19) Check up Adam (2) Check up Adwa (3) contest (12) cuace (13) Cuti-Cuti Malaysia (2) Cyberjaya (2) Dentist (3) dhia (234) dhia punye (21) Dhia tak sihat (4) DIY (1) Domino's (5) Drama Korea (10) dunia hiburan (2) Eksiden (2) Family (16) Family Day (2) Fesyen (1) floria (3) Gaji (2) GDM (3) Gigi Dhia (1) Give Away (1) Go.Lokal.Cafe (1) Hadiah (2) Hari pertama sekolah 2017 (1) herbaline (2) Hidung berdarah (1) Hilang (2) hobi (1) Home sweet home (1) Hospital (3) IC (1) Ikan (1) info (54) isi hati (101) jalan2 (22) Jambu (1) Jamuan (1) Jerebu (1) jerubu (2) JJCM (8) K-Pop (1) KAFA (1) Kajang (1) Kedah (5) kegilaan (1) kejadian (17) Kek (1) Kelahiran Adam mustaqim (1) Kerja (3) Kerjaya (2) kesihatan (26) Klinik (4) Klinik Gigi (1) Konvokesyen Dhia (1) kronologi kelahiran Dhia (1) Lagu Best (1) lambat bangun (1) lirik lagu (2) lunch date (4) macam2 Adwa (15) macam2 Dhia (1) macam2 hal (3) majlis (9) Majlis Adwa (3) makan luar (3) makan-makan (134) makan-makan kat ofis (2) Makanan feveret (1) Mama punye (2) masak-masak (72) MASALAH (1) Menang (2) MGTT (1) minat (1) mines (3) nak bg hadiah (2) nak tau.. (1) Nando's (1) Novel (1) ntah ape2 (6) nuffnang (7) ofis (17) order saje (1) Pasar Malam (1) pasar tani (6) PASTI (4) Penang (4) penyakit (20) perayaan (5) perkembangan adwa (15) Pertandingan Azan ALAMRIA (2) Petua (2) Pregnancy (46) Preparation (4) produk (12) Progress Adam (1) Promosi (3) Puri (1) Putrajaya (14) Ramadhan (6) Raya (4) Raya 2013 (2) resepi (6) result (1) Rezeki (3) rezeki ramadhan (1) Rezeki Syawal (1) Rojak (1) Rumah (2) Sakit pinggang (1) saman polis (1) Saman PPj (1) sekolah (2) Sekolah Dhia (2) Selamat Hari Raya (1) Seminar (2) seram (1) serdang (1) Sesemut (1) Set Berpantang (1) Setiausaha (2) Sg. Ramal (2) Shaklee (1) Sharing is Caring (9) shopping (5) Shopping online (3) Simpanan (1) Solid Food (3) souvenir (1) Stevia (1) suami saye (29) suke-suki (27) Susu Formula (3) TAFIST (2) tag (3) Tahun 1 (1) taska (17) things (1) Tragedi (1) Tudung (1) tukar template (1) tupperware (3) tutorial (1) TV drama (9) Umai (1) wordless wednesday (6) Zakat (1)