Wednesday, October 12, 2011
.:Resepi sambal ikan bilis kentang:.
ade orang nak mintak tunjuk ajar wat sambal ikan bilis kentang ni..
ok, aku tunaikan..
- 4 biji kentang
- 1 cawan ikan bilis belah
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
- 2 sudu makan sos tiram
- 1-2 sudu makan madu (option)
Cara2:
1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges/bulat/panjang, goreng hingga perang dan ketepikan
2.Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
3.Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
4.Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang
harap2 dapat membantu yer..
.:45,000 orang muda muflis:.
bunyi cam kritikal kan??
itu mmg dah kritikal ..
mude2 lg dah muflis..
mase depan cam ner??
Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.
"Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup.
berita dipetik dr kosmo
note : alhamdulillah, setakat ni mampu lg kawal penggunaan kad kredit..slalu gune pun utk minyak.. yg paling penting bile gune kad kredit ni, kene pikir samada kite mampu tak nak bayar balik..
Tuesday, October 11, 2011
.:Aban ke abah???:.
dulu betul sebutan dhia panggil "abah"..
tp sekarang nape dah jd "aban"???
nape dhia??
nape??
adekah sebab dhia slalu dengar mama panggil abang..
abis tu, takkan mama nak panggil abah dhia abah jugak????
dhia dah pandai bgambar..
tgk la senyuman dhia tu..
nmpk sumer gigi dhia..
siap peluk leher abah tu.. hehehe...
note : semalam sedang aku menumbuk bawang didapur, tibe2 dhia datang tegur aku..katenyer "wat pe tu?"..alahai..comeynyerrr...
.:Restoran Cekik Darah:.
berita dari kosmo
KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini terkejut apabila dia mendakwa dikenakan bayaran sebanyak RM17.50 untuk segelas teh o ais dan sepinggan nasi berlaukkan ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal.
Menurut pelanggan itu yang cuma ingin dikenali sebagai Ashraf, dia singgah ke restoran tersebut untuk makan tengah hari semalam.
“Saya pertama kali pergi ke kedai makanan itu dan pada saya ia hanya kedai biasa sahaja cuma bahagian dalam mempunyai ruang khusus untuk pendingin hawa.
“Selepas ambil makanan, saya makan di bahagian luar restoran ini. Kemudian semasa saya ingin membayar makanan, saya diberitahu kena bayar RM4 untuk segelas teh o ais dan RM13.50 untuk makanan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Ashraf yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat pengurusan bangunan memberitahu, restoran itu tidak kelihatan seperti sebuah restoran bertaraf lima bintang atau terdapat di hotel.
“Walaupun saya pernah makan di tempat-tempat yang eksklusif dan membayar pada harga yang tinggi untuk perkhidmatan yang disediakan tetapi saya tidak rasa restoran ini bertaraf eksklusif dan pada pandangan saya biasa sahaja dan tiada yang istimewa,” ujarnya.
Harga segelas teh o ais di kebanyakan restoran ialah RM1 hingga RM1.70 manakala sepinggan nasi ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal pula RM5 hingga RM8.
note : sebulan leh beli bmw la kalo meniage care cam tu.. nak untung banyak jer tak kire org lain..teruk betul..aku pun banyak kali gak kene..Monday, October 10, 2011
.:Dhia nampak hantu???:.

ntah la nak percaye ke tidak..
tp org kate budak2 ni tak menipu..
penah sekali tu dhia tibe2 peluk aku..
katenyer..
antu...antu....
aku dah..alamak...dhia ni plak kan..
aku pun cakap ngan hubby..
hubby kate..biar la..bukan die kaco kite pun..
wei..siyes aku adelah jenis manusia yg penakut ok..
aku try beranikan diri gi tempat yg dhia kate ade antu tu..
bilik solat..
bilik tu slalu gelap..
ye la..kate nak jimat letrik kan..
bilik mane yg tak pakai, tu aku matikan la lampu..
aku gi n pasangkan lampu..
panggil dhia..mane antu??mane antu??
dalam ati Allah jer yg tahu..sekali tibe2 "ia" muncul kan..
Alhamdulillah...tiade ape2..rupenyer cume dhia ni takut gelap..
bile nampak gelap, die kate la antu..
haiiissshhh..
first time dhia kate antu..antu tu dah meremang bulu roma aku tau..
seram wei..
.:Kupon Rasamas:.
sabtu lepas kami ke rasamas..
makan bayar pakai kupon separuh & cash separuh..
ye la..kupon tu dah nak expired..
sayang plak tak gune kan..
hehehe...
jenuh nak ngabiskan..
dhia kongsi nasi ngan hubby..
note : total RM38.05 utk sumer tu plus jus mangga & ice lemon tea plus gov. tax..
.:Carik Penyakit:.
lunch jumaat lepas..
beli jer kat pasar tani..
lupe plak bgtau pak cik tak mo cili..
walaupun cili tu sikit (kat tepi) tp wa ampunn..
sampai panas mate & berpeluh makan nasi kerabu ni...
plus kene cb sampai ari sabtu..
padan muke aku..
konon terer sangat makan cili api..
note : aku kalah ngan cili api..perut tak tahanhuhuhu...
