bunyi cam kritikal kan??
itu mmg dah kritikal ..
mude2 lg dah muflis..
mase depan cam ner??
Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.
"Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup.
berita dipetik dr kosmo
note : alhamdulillah, setakat ni mampu lg kawal penggunaan kad kredit..slalu gune pun utk minyak.. yg paling penting bile gune kad kredit ni, kene pikir samada kite mampu tak nak bayar balik..
2 comments:
tktnye..muda2 dh muflis..alhamdulillah sy x byk hutang..loan kete & asb je..
senyum - loan kete abis bulan ni & loan jpa (blajar) abis bulan ari tu..alhamdulillah..
Post a Comment