Ada
satu DOA yang amat mudah dan pendek yang paling senang untuk diamalkan
oleh ibubapa untuk anak-anak mereka tetapi sering ibubapa terlepas
pandang oleh itu marilah kekawan kita cuba mengamalkan DOA yang sangat
mujarab ini...DOA yang mujarab itu adalah
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA...(sebutkan nama penuh anak)
Ya
itu sahaja baris doanya mudahkan? kita semua selalu terlepas pandang
akan keistimewaan doa ini.Mari kita catatkan mengapa doa initerlalu
istimewa untuk anak-anak kita.
Ibubapa
hendaklah menjiwai doa itu sedalam-dalamnya semasa ia diucapkan buat si
anak kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam
kehidupan seharian anak-anak itu.
Mari kita tengok makna terkandung dari ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLA HIWABARAKATUH.
1-ASSALAM : SEJAHTERA
Awal-awal
lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak-anak kita pada
hari itu.Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu
itu.
2-WARAHMATULLA : RAHMAT ALLAH
Kita
mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam
kehidupan seharian mereka.Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat
kita harapkan di dalam hidup kita ini.
3-WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita
selalu mendoakan anak-anak kita diberikan berkat oleh Allah dalam
setiap amalannya,perbuatannya dan apa sahaja yang berkaitan dengan
dirinya, itulah yang kita mahu untuk keberkataan dirinya.
Waktu yang lebih bagus
lagi untuk mengucapkannya buat anak-anak adalah ketika mengejutkan dia
bangun dari tidur.Bayangkanlah celik-celik mata sahaja sudah memperolehi
doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna dan indah untuknya.Selain
dari itu waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah dan bila-bila
masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak-anak.
Jiwailah
salam dan doa,hayatilah setiap rangkai maksudnya dan tunjukkanlah
dengan kasih sayang dan cinta buat si anak.Senyumlah dengan penuh kasih
sayang pada mereka ketika kita mengucapkannya.Semoga anak-anak kita
sentiasa sejahtera dalam rahmat Allah dan sentiasa diberikan keberkataan
dalam hidup mereka oleh Allah.
Semoga mata kita akan terbuka dan memahami betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.Doa yang sama kita ucapkan kepada kekawan apabila kita memberikan salam InsyaAllah diberkati selalu.
Semoga mata kita akan terbuka dan memahami betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.Doa yang sama kita ucapkan kepada kekawan apabila kita memberikan salam InsyaAllah diberkati selalu.
Petikan Hadis : Imran Bin Hussin melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki
datang
mendekati Nabi Muhammad SAW .Lelaki itu berkata, "Assalamualaikum"Nabi
Muhammad SAW berkata,"Dia mendapat 10 pahala" Kemudian datang pula
seorang yang lain dan berkata "Assalamualaikum warahmatullah"Nabi
Muhammad SAW berkata,"Dia mendapat 20 pahala"kemudian datang lagi
seorang yang lain,"Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh."Nabi
Muhammad SAW berkata,"Dia mendapat 30 pahala"
3 comments:
hmmm first time tau... selama cuti sekolah ni anak2 dok kat rumah.. pastu kita balik ja.. buka pintu bagi salam ja... nanti depa jawab... tak pun depa sorok blakang pintu atau blakang tirai...
memnag simple dan harus diperaktikkan... terima kasih...
assalamualaikum.....
simple kan..nak praktik kat jasmin la.. :)
Post a Comment