..:TQ 4 Being My Followers:..

Friday, October 7, 2011

.:Sepahtu buang Sepah:.


suke sangat ngan meke ni..
lawaknyer sangat menjadi..
tp sayangnyer jodoh mereka tak panjang...



KUMPULAN Sepah yang dianggotai oleh Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jep), 26, Shahmira Muhamad (Shuib), 27, dan Mohd. Noor Murad (Mamat) 26, telah pun mengumumkan pembubaran kumpulan mereka pada Ogos lalu atas sebab peribadi, tambahan mereka bertiga kerap mendapat tawaran secara individu bukannya berkumpulan.

Ramai yang terkejut dengan berita pembubaran itu kerana menyifatkan jenama Sepah sudah cukup kuat apabila kumpulan itu menjadi juara untuk program Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak mengalahkan pelawak popular yang lain.

Belum pun reda dengan isu pembubaran kumpulan yang berasal dari Johor itu, baru-baru ini dua bekas ahli kumpulan Sepah, Jep dan Shuib mengumumkan mereka kini bergerak bersama di bawah nama Sepahtu. Ketiadaan Mamat dalam Sepahtu menjelaskan krisis yang berlaku ketika mereka masih dalam kumpulan Sepah.

"Sebenarnya ketika dalam program Raja Lawak musim ketiga lagi kumpulan kami (Sepah) bagai retak menanti belah dan ingin berpecah. Saya ingatkan ketika di atas pentas final saya ingin umumkan kami berpecah begitu juga halnya ketika program Maharaja Lawak, tetapi tidak adil untuk peminat yang mengundi kami, jadi saya diamkan sahaja masalah kami.


klik sini untuk berita penuh kosmo.online


Thursday, October 6, 2011

.:Raja Lawak, Raja Lalok:.

TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.


Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.

note: aku dapat agak tp tak pasti la betul ke tak kan?? korang aga sape???

.:KDrama - Babyfaced Beauty:.

review kdrama lagi..

aku mmg suke drama2 bergenre Romance & Comedy..

Babyfaced Beauty


Synopsis

Drama ni mengisahkan seorang wanita (Lee So Young) yang berusia 34 tahun tp berwajah babyface. Die bercita2 menjadi seorang fashion designer tp die hanya berkelulusan high school saje. Impiannyer tercapai untuk menjadi fashion designer bile die diterima di sebuah syarikat (The Style). Oleh kerana die berwajah babyface, orang lain menganggap die berusia 25 tahun dan berkelulusan universiti. Jadi die menggunakan identiti adiknyer untuk bekerja. Di pejabat pula die bertemu dengan Choi Jin Wook yang berusia 27 tahun. Kebetulan plak sebelum tu mereka pernah bertemu di pub dan berlaku satu incident yg menyebabkab Choi Jin Wook berdendam dengan So Young.

aku sangat suke sebab happy ending..dari mule sampai akhir drama ni si hero slalu wat aku tersenyum...klakar tgk memek muke die & soooo sweet la die tau..


Wednesday, October 5, 2011

.:Hadiah dah dapat:.


thanks pade mamamikael
sangat cantik adiah tu
and mama dhia sangat suke

aku menang contest ini

gambar yg membawa kepada kemenangan
chewahhh


.:Air tangan hubby:.


semalam petang rase teringin (bukan mengidam k) nak makan cekodok buatan hubby..
alhamdulillah, hubby nak buatkan..

dan hasilnyer...Tada!!!!!!
cekodok ni rase cam cekodok adabi segera tu..
lembut dan sedap..
hubby buh cili skit dalam cekodok tu..

makan plak ngan kari ikan semalam..
yummy...


note : time kasih yer abang..

.:Nak salahkan sape???:.

sape lg nak salahkan??
diri sendiri la..

sape suh careless???

huhuhu...
baru perasan pas tertinggal kat umah mase dah nak masuk parking ofis..
sib baik lum masuk lg..
akibatnyer patah balik umah..
akibatnyer lg, lambat ler punch kad..

sib baik bos memahami...

note: mintak maaf, kene teleng skit kepale nak tgk gambar punch kad aku...

Tuesday, October 4, 2011

.:Sayang Mama:.


tiap kali lepas mandikan dhia..
lepas lapkan badan dan balutkan badan dhia dgn towel..
dhia akan cakap...
"sayang mama" sambil peluk aku...
hhhmm..sejuk ati.....
(^_^)

.:juadah berbuka semalam:.

semalam aku pose..
waktu magrib sekarang awal..
korang perasan tak??
untuk mengelakkan kelam kabut, jdnyer aku masak nasik goreng jer..
alasan logik kan???? hehehe...

so aku punyer..
nasik goreng+telur mate kerbau +serunding daging pedas

bagi menghormati orang yg berpose, hubby pun tunggu azan magrib baru die makan..

hubby punye..
nasik goreng+telur mate kerbau+sos cili+cili jeruk+bawang goreng..

berapa banyak + la..

note: telur mate kerbau tu hubby yg goreng tau.. ape yg penting? KERJASAMA!!!!

.:huhuhu:.


huhuhu...
bos tak de ari ni..
ade tugas di luar...
huhhuhuhu...

note : dalam hati sape yg tau????? hehehe....


Monday, October 3, 2011

.:Dhia nynyi lagu alif aziz - lelaki seperti aku:.



sedang mama dhia memasak di dapur..
tibe2 dhia datang menyibuk..
senang ati dhia sebab sambil dhia jalan2 kat dapur dhia menyanyi...
butir katenyer kurang jelas..
tp yg mama dhia dapat tangkap adelah "banyak"..
bile mama suh dhia ulang nyanyi baru mama dapat tangkap...
rupenyer dhia nyanyi lagu alif aziz..

"memang tak ada lelaki seperti aku tapi yang lebih baik BANYAK"

hahaha..tang banyak jer clear..

bile mama tanye betul ke dhia nyanyi lagu ni, dhia cume tersipu2 malu..
hahahahaha...

note : dhia dah semakin bijak sekarang..alhamdulilah.. walaupun seorang anak kecil tp mampu membuatkan kami suami isteri senyum dan ketawa...

.:Nando's:.

impian tercapai..
hahah..impian makan leh kire ker??
tak kesah la, janji tercapai jugak impian nak makan kat nando's..
thanks to my buddy..
tu lum aku ngidam ngandung lg tu...
sabar lah yer wahai buddyku sayang..
(^__^)

dah macam duta nando's plak..

aku punyer..
1/4 chicken with coleslow & old style chips
sedappppp...
prefer ni lg dari KR..
kalo ikut tekak aku ler..

ice lemon tea...pun sedap..
katenyer bottomless tp sampai ke sudah tak tambah2 pun..
ke ari jumaat tak de bottomless???

ingat nak makan tutti fruity lepas makan nando's tapi tiada berkesempatan..
tak pe..next date..
hehehehe...

.:Makan ape semalam?:.

lunch semalam wat sup tulang rusuk..
ulam & sambal belacan
ikan goreng (for dhia)
masak simple jer

sup tulang..



ade plak pisang terlebih masak kat dapur..
petang tu aku watkan pengat pisang..
campur keledek skit & biji sagu..
sedap..
pisang tu plak ade rase masam2..
memang sedap..

pengat pisang

..:..Labels..:..

3rd pregnancy (27) 4rd pregnancy (2) Adam demam (1) Adam Mustaqim (14) Adli Mubasyir (1) Adwa (50) Adwa dah setahun (1) adwa punye (4) Adwa tak sihat (9) Aidiladha 2014 (1) air tangan suami (4) alamanda (3) Aloe Vera Gel (1) anak2 (24) anniversary (3) ape yg best (1) ape2 aje (80) Artis (1) award (1) Bangi (4) barang baru (18) batuk (1) BE (2) Bengkak susu (1) Besday Adam (2) Besday Adwa (3) besday aku (6) Besday Dhia (5) best fren (11) bf (13) Big Apple (1) Breastfeeding Journey (19) BSP (2) BSP review (7) BSP Test (5) Buah tangan (1) buddy (2) Buka puasa (5) Cabut Gigi (1) Cameron Highlands (1) cedera (2) Cendol (2) Char kuew tiau terbaik (1) Check up (19) Check up Adam (2) Check up Adwa (3) contest (12) cuace (13) Cuti-Cuti Malaysia (2) Cyberjaya (2) Dentist (3) dhia (234) dhia punye (21) Dhia tak sihat (4) DIY (1) Domino's (5) Drama Korea (10) dunia hiburan (2) Eksiden (2) Family (16) Family Day (2) Fesyen (1) floria (3) Gaji (2) GDM (3) Gigi Dhia (1) Give Away (1) Go.Lokal.Cafe (1) Hadiah (2) Hari pertama sekolah 2017 (1) herbaline (2) Hidung berdarah (1) Hilang (2) hobi (1) Home sweet home (1) Hospital (3) IC (1) Ikan (1) info (54) isi hati (101) jalan2 (22) Jambu (1) Jamuan (1) Jerebu (1) jerubu (2) JJCM (8) K-Pop (1) KAFA (1) Kajang (1) Kedah (5) kegilaan (1) kejadian (17) Kek (1) Kelahiran Adam mustaqim (1) Kerja (3) Kerjaya (2) kesihatan (26) Klinik (4) Klinik Gigi (1) Konvokesyen Dhia (1) kronologi kelahiran Dhia (1) Lagu Best (1) lambat bangun (1) lirik lagu (2) lunch date (4) macam2 Adwa (15) macam2 Dhia (1) macam2 hal (3) majlis (9) Majlis Adwa (3) makan luar (3) makan-makan (134) makan-makan kat ofis (2) Makanan feveret (1) Mama punye (2) masak-masak (72) MASALAH (1) Menang (2) MGTT (1) minat (1) mines (3) nak bg hadiah (2) nak tau.. (1) Nando's (1) Novel (1) ntah ape2 (6) nuffnang (7) ofis (17) order saje (1) Pasar Malam (1) pasar tani (6) PASTI (4) Penang (4) penyakit (20) perayaan (5) perkembangan adwa (15) Pertandingan Azan ALAMRIA (2) Petua (2) Pregnancy (46) Preparation (4) produk (12) Progress Adam (1) Promosi (3) Puri (1) Putrajaya (14) Ramadhan (6) Raya (4) Raya 2013 (2) resepi (6) result (1) Rezeki (3) rezeki ramadhan (1) Rezeki Syawal (1) Rojak (1) Rumah (2) Sakit pinggang (1) saman polis (1) Saman PPj (1) sekolah (2) Sekolah Dhia (2) Selamat Hari Raya (1) Seminar (2) seram (1) serdang (1) Sesemut (1) Set Berpantang (1) Setiausaha (2) Sg. Ramal (2) Shaklee (1) Sharing is Caring (9) shopping (5) Shopping online (3) Simpanan (1) Solid Food (3) souvenir (1) Stevia (1) suami saye (29) suke-suki (27) Susu Formula (3) TAFIST (2) tag (3) Tahun 1 (1) taska (17) things (1) Tragedi (1) Tudung (1) tukar template (1) tupperware (3) tutorial (1) TV drama (9) Umai (1) wordless wednesday (6) Zakat (1)