Thursday, April 26, 2012
.:Cuaca kering, panas dijangka Mei hingga Sept:.
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan cuaca panas dan kering pada monsun barat daya yang akan melanda negara bermula Mei hingga September depan, tetapi ia tidak seteruk tahun-tahun sebelum ini.
Timbalan Ketua Pengarah Aplikasi JMM, Alui Bahari berkata, keadaan cuaca kini yang sering berubah-ubah dan tidak menentu adalah disebabkan berlakunya peralihan monsun dan dijangka kembali normal menjelang penghujung bulan ini.
"Keadaan suhu laut yang normal bagi monsun barat daya ini banyak mempengaruhi perubahan cuaca menjadikan keadaan panas kering bagi monsun kali ini dijangka tidak seteruk tahun-tahun lepas,” katanya di Forum Iklim Kebangsaan Monsun Barat Daya di sini semalam.
Beliau berkata, cuaca panas dan kering kali ini diramal mencapai suhu maksimum sehingga 34 darjah celsius dan suhu minimum adalah 23 darjah celsius.
Alui berkata, cuaca panas dan kering mampu mencetuskan keadaan berjerebu dan ia tidak dapat dielakkan, namun ia mampu dikurangkan sekiranya masyarakat tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka. – BERNAMA
sumber : kosmo
note : nak kene pasang ekon la kat umah nmpk gayenyer..
sungguh panas skng ni huhuhu....
ReplyDeletetp time peknen ni g panas rasa... waaaaaaa
lia - tu la..tp 2 3 ari ni rase ok skit..
ReplyDeletebetul tu.. anak2 pun kerap tak sihat lately...
ReplyDeleteIzan - ye la..budak2 kan antibodi tak brape kuat lg..
ReplyDeleteptt la mlm2 panas je ... cuaca kemain cam nk hujan tp tak hujan2 ....
ReplyDeletepagi2 pun air taks ejuk ..rileks je mandi tak gigil2....
hopefully kesihatan kite n anak2 sihat dan tak terjejas ngan cuaca ni