Thursday, January 30, 2014

.:Novel & Drama : PROJEK MEMIKAT SUAMI:.


Tengah giler melayan drama ni kat astro..
Tak cukup dengan itu..
lunch hour pun masih nak tengok tiap2 ari kat sini..
walaupun baru episod 6..
hehehe..

Walaupun dah habis bace novel die tp masih nak tengok dramanyer..

sangat comel heroinnyer..


Aiman hakim aka Zahrain - Hero
Emma Maembong aka Nawwal Husna - Heroin

Adaptasi Novel


Sinopsis Novel

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.


“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin


Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.


“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna


“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla


Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?


“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin


Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Wednesday, January 22, 2014

.:Kasut Getah : Kegilaan Sekarang:.


Kegilaan aku ler..
sebab comel & selesa..

Sebelum ni aku just pakai wedges jer..
sebab kaki jenis lebar depan..
tak selesa pakai kasut tutup..
Tapi pakai yg ni ok plak..
Mungkin sebab getah kot..

Brand Monobo..
Thailand mari..

Jom cuci mata

Berry

Jubilee

Lilly

Nicky

Tammy

Lilly C2

Crystal

Kimberry

60's


Dan yang ini dan ini telah ku miliki

Berry Black

Berry Gold

And aiming for this plak..

Kalo ade kawan2 yg berminat nak beli, boleh terus ke-
FB : Monobo Shoes
FB : Monobo Comel
@
FB : Kasut online

AKU TAK JUAL

.:Anak bujang saye:.


My baby boy

Dah setahun 7 bulan dah die..
Berat pun dah menghampiri 10 kg..
Patut la lenguh tgn mama dukung..

Tapi masih belum pandai berkate-kate..
 Masih menggunakan bahase isyarat..
Tapi kalo nangis, pandai lak sebut mama..abah.. pelik tul..

Suke sangat bergurau ngan kaka die..
Elok2 kakak dok diam, die plak ngan dok geletek, ketuk2 kakak die..
hehehe..









Kakak yg kuat jeles..
Mama asyik amek gambar adik jer..
Siap suh delete gambar adwa tu..

Ye la kakak, mama amek gambar kakak plak yer..


Monday, January 20, 2014

.:Cuti lame:.


Amek cuti 3 ari tp dapat cuti  9 ari..

Alhamdulillah..
Sudah kembali menjalankan tugas hakiki..

Lame sangat rasenyer cuti..
Nasib baik masih bersemangat nak masuk keje balik..

Cuti lame balik kedah..
Puas skit..

sesambil tengok anak buah baru..
 

Monday, January 6, 2014

.:Dhia dan sekolah baru:.


Alhamdulillah dhia dah masuk sekolah baru bermula 2 januari 2014..
Dhia tak nangis pun!!!
TApi aku yg sebak!!
Hahaha..drama betul..
Name sekolah dhia..
TADIKA ISLAM MUHAMMAD AL-FATEH (TAFIST)
Dekat ngan umah (Sama Fasa dengan umah aku)

Nampak dhia seronok nak gi sekolah baru..
Sebelum masuk sekolah, ari2 mintak nak gi sekolah baru..nak gi sekolah baru..

Sekarang pun alhamdulillah nampak die happy gi sekolah baru..
ye la, banyak belajar perkara baru..
tentulah die seronok..

yang paling die seronok sebab boleh main wee (gelongsor) hari2..
(Rumah transit die ade gelongsor kat tepi umah)

Dhia sekolah sampai tengahari jer..
Tengahari dieorg (perempuan sahaja) akan dihantar (naik van) ke rumah transit..
Alhamdulillah jugak, transport disediakan..
kalo tak kelam kabut jugak nak kluar tengahari gi jemput die..

Pergi aku hantar dan balik abah Dhia yg jemput sebab die balik awal..

Mudah-mudahan Dhia cepat belajar dan happy di sekolah baru die..