Thursday, October 6, 2011

.:Raja Lawak, Raja Lalok:.

TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.


Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.

note: aku dapat agak tp tak pasti la betul ke tak kan?? korang aga sape???

6 comments:

  1. rasenyer yg kumpulan kechik tuu...sbb dier jer yg juara asal dari sabah...

    ReplyDelete
  2. mamalyna - itulah yg bermain dalam kepale ni ha..

    ReplyDelete
  3. pinkyanie - kemungkinan besar...

    ReplyDelete
  4. kump.kecik kot..dr pg td duk fikir..tp yg mne ek,yg kurus tu ke?b'lakon dlm mimi mencari cinta?dah katenye masih aktif berlawak..yg sorg lg tu x nmpk msuk tv sgt

    ReplyDelete
  5. senyumm - tak diberitahu plak yg mane satu..tp betul la, yg sorang je nmpk aktif berlakon....

    ReplyDelete