Tuesday, August 18, 2009

Masalah besar....

aku ni tengah dalam masalah besar ni.... masalah aku ialah susu badan aku makin berkurangan...huhu..ape nak wat.... minggu ni dah start pose... sian kat anak aku kalo aku tak cukup susu...aku try cari n jengok2 kat blog2...banyak petua yg aku dapat. antaranye... cara2 nak banyakkan susu badan :

1. Halba dan jintan hitam
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

2.Lobak Putih
Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

3. Air Longan
Ramai ibu menyusu memberikan testimoni yang positif tentang kesan air longan kering dalam menambahkan susu badan. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.) - ni aku nak try..cam sedap jer... resepi aku... buah longan + gula batu + kurma merah pastu rebus)

4. Jantung pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

5.Makan banyak sayur-sayuran
Kali pertama diperkenalkan buah pic, bayi yang menyusu badan makan buah pic lebih banyak daripada bayi yang tidak menyusu badan -- jika ibunya makan banyak buah pic semasa menyusu."Kita tahu rasa-rasa daripada makanan ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu badan" - Julie A. Mennella, PhD, biopsychologist di Monell Chemical Senses Center in Philadelphia.Jadi jika anda mahu bayi anda suka sayur, anda yang menyusu, banyakkan makan sayur.

mudah-mudahan berjaye la petua2 ni semua...aminnn..

3 comments:

  1. yana leh amik susu kologen gak dari DCL... nak bli leh order ngan kak ziah... hehehe.. kak ziah pengedar DCL... adehh promote tu...

    ReplyDelete
  2. kalau baby xmo minum susu gak tapi dia nak makan burger cmne?
    ekekekeke.

    ReplyDelete
  3. ha ngarot la ko baby makan beger... tu bapak baby yg makan bege

    ReplyDelete