..:TQ 4 Being My Followers:..

Thursday, March 26, 2015

.:BSP Test, review BSP kali ke- 5 & check up 29 weeks:.

25/3/2015 -  BSP Test

8.00 am : 4.3
11.00 am : 3.6
3.00 pm : 5.8
8.30 pm : 5.4

26/3/2015 - Review BSP, Check-up, Pakar Dietetik

BSP direview oleh nurse lagi..
Check-up kali ni jumpe nurse sahaja..
Dokter x yah, pakar dietetik pun tak payah..
Alhamdulillah..
(^_^)

Result check -up untuk ari ini..

Urin Alb/sugar : Neg/Blue
Hb : 11.4 (makin turun)
Weight : 70.5 kg Naik 1 kg dalam 2 minggu..ok sangat)
BP : 107/64
Nadi : 91
Edema : -/-
Tinggi rahim : 29 cm
Jantung : 155 bpm

Result HBA1C : 4.7% (Alhamdulillah)

Semua result ok..
So next BSP on 8/4/2015..
Jumpe Dokter & pakar dietetik on 9/4/2015

Sepatutnye bile result BSP dah ok (normal), tak yah buat BSP lagi tp bile tanye nurse, nurse kate memang kene buat sampai dekat bersalin..hadoiyaiii!!!

Nurse tegur pasal hb yg makin menurun..
Die tanye ade amek kafein ker??
Dah tentu la ade kan??
Mane leh tinggal kafein..
I'm addicted to indocafe kan??
Kate nurse lagi, pengambilan kafein boleh menurunkan hb dalam darah..
Aku kate, aku akan cube kurangkan pengambilan..
Nak tinggalkan maybe ade sikit susah.. 
kurangkan insyaallah boleh..
Hehehe..
Caiyok yana...

Tuesday, March 24, 2015

.:Baby bump - 29 weeks:.



(^_^)

Tuesday, March 17, 2015

.:Set Berpantang Pilihan:.


Mase pantang Dhia dulu aku pakai set Amway..
Mase pantang Adwa plak aku pakai set mustika ratu..
Tapi 2 2 tak abis pakai pun..
Rase rugi betul..
Beli mahal2 tapi tak pakai..

So untuk anak ke-3 ni, aku pilih yg penting2 saje..
no more jamu2..
Sebab memang sure takkan abis makan..
kan membazir tu kan??

So aku beli ape yg aku rasekan penting..

Aku beli param, tapel & pilis dari hana's choice..
Aku beli kat expo baby & mom kat PICC ari tu..
3 serangkai ni dalam RM78..

Dah siap bancuh, tinggal nak pakai jer..

Pastu untuk dalaman aku pilih Set Berpantang Shaklee..
Aku memang pemakan tegar Vitamin Shaklee..
Maka aku pilih yg ni sebab bukan berasaskan jamu..
Hehehe..
Lagipun lepas abis pantang boleh jer continue makan..
Kan tak membazir..


Ade beberapa benda yg aku add on sendiri..
Macam bengkung, mandian herba, minyak baby, minyak urut, manjakani dan lain-lain (yg basic2 sahaja)..

Ape lagi yer??

Monday, March 16, 2015

.:Char kuew tiau paling sedap di dunia:.


Heheheh..
Itu ikut tekak aku lah..

Chefnyer tak lain dan tak bukan biras aku..


     
                                              Dulu die penah bukak gerai char kuew tiau..
Memang terbaik yg pernah aku makan..
2 pinggan aku makan..
yumm.yum..


Hubby pun nak asah skill masak die..


Masak kat depan umah jer..
Ade gak jiran2 datang makan & bawak balik..
Hehe..


.:BSP Test, review BSP kali ke- 4 & check up 27 weeks:.

11/3/2015 - Ujian BSP

walau ade satu bacaan sedikit rendah, tapi still ok..

8.00 am : 4.3
11.00 am : 3.1
3.00 pm : 5.8
8.30 pm : 4.3

Bacaan jam 11.00 am tu memang rendah (bacaan hypo adelah bawah 3)
Tapi badan aku tak gigil atau alami ape2 simptom hypo..

Nurse kate maybe bacaan gula aku dah normal..
tu yg jadi macam tu..

Mudah-mudahan betul ape yg nurse tu kate..
Aminn..

12/3/2015 - Review BSP, Check-up, Pakar Dietetik

BSP direview oleh nurse lagi..
Bacaan yg rendah tu nampaknyer tak memberi masalah..
Alhamdulillah..
Result check -up untuk ari ini..

Urin Alb/sugar : Neg/Blue
Hb : tak ambik
Weight : 69.55 kg
BP : 100/68
Nadi : 75
Edema : -/-
Tinggi rahim : 28 cm
Jantung : 143bpm

Nurse bagi tarikh untuk BSP seterusnya..
Pada 25/3/2015..
BSP test dan juga HBA1C sekali..
Dan 26/3/2015 review..

Hampir terlupa, aku kene suntikan kancing gigi sekali..
2 3 ari baru hilang bisanye..
Si Adwa plak rajin betul menepuk2..
Adoilah..
 
Habis jumpe nurse, tunggu utk jumpe dokter plak..
Biasenye kalo jumpe dokter, adelah untuk scan baby..
Tapi kali ni dapat dokter yg berat mulut..
Diam jer, tanye sepatah, jawab sepatah..
Kalo tak tanye, die diam jer..
Hhmm..nasib lah..
Malas nak tanye banyak, aku pun diam jer lah..
Malang kalo dapat dokter yg camni..

Yang penting baby sihat dan sempurna..
Aminn..

Abis jumpe dokter kene jumpe pakar dietetik plak..
Die tanye, aku ikut tak jadual pemakananan yg die cadangkan tu..
Iaitu ibu mengandung kene makan 6 kali sehari utk membekalkan kalori yg cukup utk baby dan ibu..
Memang jarang sangat la aku ikut kan?? Mane nak sempat..

Die kate itu punca berat aku naik tak konsisten..
Sepatutnye dah trimester ke-3 ni berat naik 500gram seminggu..
Tapi berat aku naik sikit sangat..

Ok lah..pasni kene makan 6 kali sehari untuk baby..
(^_^)

Note : Kaki dah mule lenguh..maybe sebab dah tak mampu tampung berat badan yg hampir2 mencecah 70 kg (baru 7 bulan)..
Berat akhir sebelum bersalinkan Adwa 3 tahun lepas adelah 70.4kg..
Huhuhu...

Wednesday, March 11, 2015

.:BSP : Bacaan rendah & bacaan tinggi:.


Ari ni kali ke-4 amik BSP..

Tapi result hhmm..

Yg kul 8 tu ok..normal..
Tapi yg kul 11 tu..
Pelik..


Padahal aku breakfast makan kuew tiau goreng tu..
Maybe tak cukup utk badan aku ni..

Result yg kali-3 tu aku ingat dah rendah dah..
Memang padan lah 3.4 sebab aku makan terlalu sikit..
Dah rase gigil2 tangan dah mase tu..

Tapi yg ari ni memang pelik la..
3.1..hampir2 hypo (bawah 3 adelah hypo)..
Aku tak de lah gigil2 macam sebelum ni..
Cume ade la rase lapar tu..

Tak memasal kene buat BSP lg minggu depan..
(Mintak dijauhkan..)

Tapi nurse kate mungkin gula dalam badan aku dah normal & tak de kencing manis lagi..tu yg result macam tu..
Mintak-mintak gitu lah..

Reminder utk diri sendiri..
Breakfast kene minum air manis (2 sudu gula sahaja)

Rendah salah, tinggi lagilah salah kan..




Thursday, March 5, 2015

.:Pelvic Pain atau Kesakitan Pelvis semasa hamil:.


Memang tengah alami sekarang..
Dah 2 3 ari dah..

Kesakitan makin terasa bila nak bangun dari duduk..
Mungkin sebab aku ade angkat benda2 berat sebelum ni..

Aku google & aku jumpe ni..

Tips Legakan Pelvic Pain Atau Kesakitan Pelvis Semasa Hamil


Sesetengah wanita mengalami kesakitan pelvis (pelvic pain) semasa hamil. Anda mungkin menganggap pelvic pain atau kesakitan pelvis ini adalah perkara biasa yang tidak membahayakan kerana ia tidak membahayaka bayi anda. Walaubagaimananapun pelvic pain atau kesakitan pelvis ini mungkin mengganggu keselesaan anda menjalankan aktiviti harian dan memberikan anda rasa sakit pada tahap-tahap tertentu. Ini kadang-kadang dipanggil pregnancy-related pelvic girdle pain (PRGP) atau symphysis pubis dysfunction (SPD). Mari dapatkan informasi berkaitan rawatan dan tips mengatasi pelvic pain atau kesakitan pelvis semasa hamil.

Tanda-tanda Kesakitan Pelvis Semasa Hamil


PPGP adalah koleksi gejala tidak selesa yang disebabkan oleh salah jajaran (misalignment) atau kekakuan (stiffness) sendi pelvis anda sama ada di belakang atau hadapan pelvis anda. PPGP tidak berbahaya kepada bayi anda, tetapi ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk di sekitar bahagian pelvis anda dan membuat ia sukar bagi anda untuk bergerak. Setiap wanita mempunyai tanda-tanda yang berbeza, dan bagi sesetengah wanita, PPGP adalah lebih buruk daripada yang lain. Gejala PGGP adalah termasuk:


  • sakit di atas tulang kemaluan di bahagian hadapan tengah
  • sakit di satu atau kedua-dua belah belakang anda
  • sakit di kawasan di antara faraj dan dubur anda (perineum)

Sakit juga boleh dirasai di paha anda, dan sesetengah wanita merasa atau mendengar bunyi klik atau krek di kawasan pelvis.

Kesakitan adalah paling ketara ketika:

  • berjalan
  • menaiki tangga
  • berdiri di atas satu kaki (contohnya apabila anda memakai pakaian atau menaiki tangga)
  • beralih sisi ketika baring

Anda juga mungkin merasa sukar untuk mengangkangkan kaki, sebagai contoh apabila anda keluar dari kereta.

Terdapat rawatan untuk membantu, dan teknik untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika anda mendapat nasihat yang betul dan rawatan awal, PPGP biasanya boleh diuruskan dan simptom boleh dikurangkan. Bagi sesetengah kes, simptom dapat diatasi sepenuhnya. Kebanyakan wanita dengan PPGP boleh melahirkan bayinya secara normal.


Siapa Yang Mungkin Mengalami Kesakitan Pelvis Semasa Hamil?


Dianggarkan PPGP atau SPD kerana ia kadang-kadang tidak dapat dipastikan, tidak memberi kesan kepada wanita hamil tersebut sehinggalah ke tahap yang tertentu. Ia tidak diketahui dengan tepat mengapa sakit pelvis memberi kesan kepada sesetengah wanita, tetapi ia dianggap dikaitkan dengan beberapa isu, termasuk kecederaan pelvis sebelum ini, sendi pelvis bergerak tidak sekata, berat badan ibu dan bayi atau kedudukan bayi.



Faktor-faktor yang boleh membuat seorang wanita lebih cenderung mengalami PPGP termasuk:

  • pernah mengalami sakit belakang atau PGGP
  • pernah mengalami kecederaan pelvis, sebagai contoh akibat terjatuh atau kemalangan
  • mempunyai PPGP dalam kehamilan sebelumnya
  • kerja berat seperti mengangkat barang-barang berat


Bilakah Anda Perlu Mendapatkan Rawatan?


Mendapat diagnosis seawal mungkin boleh membantu mengurangkan kesakitan kepada tahap paling minimum dan mengelakkan kesakitan untuk jangkamasa panjang. Rawatan oleh ahli fisioterapi biasanya dengan menekan secara lembut atau atau menggerakkan sendi yang terjejas. Ia boleh membantu membantu bahagian yang sakit bergerak seperti biasa.

Jika anda merasa sakit di sekitar bahagian pelvis anda, beritahu doktor anda supaya anda boleh dirujuk kepada ahli fisioterapi yang berpengalaman dalam merawat masalah sendi pelvis jika perlu. Masalah-masalah ini tidak cenderung untuk menjadi lebih baik sepenuhnya sehinggalah bayi dilahirkan. Tetapi rawatan dari ahli fisioterapi yang berpengalaman boleh mengurangkan simptom ini semasa hamil.


Rawatan Untuk Kesakitan Pelvis Semasa Hamil


Fisioterapi bertujuan untuk melegakan atau meringankan kesakitan, meningkatkan fungsi otot dan memperbaiki kedudukan dan kestabilan sendi pelvis anda. Aktiviti dalam fisioterapi adalah termasuk:


  • terapi manual untuk memastikan sendi pelvis, pinggul dan tulang belakang bergerak seperti biasa
  • latihan untuk menguatkan lantai pelvis (pelvic floor), perut, belakang dan otot pinggul
  • latihan di dalam air
  • nasihat dan cadangan termasuk posisi bersalin dan penjagaan bayi anda
  • melegakan kesakitan
  • mencadangkan peralatan sokongan jika perlu, seperti tongkat atau tali pinggang sokongan pelvis

Tips Legakan Kesakitan Pelvis Semasa Hamil

Fisioterapi anda mungkin mencadangkan tali pinggang sokongan pelvis untuk membantu meringankan kesakitan anda, atau tongkat untuk membantu anda bergerak. Mereka boleh membantu anda merancang hari anda supaya anda mengelakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan. Sebagai contoh,naik atau turun tangga bila perlu sahaja.

Selain itu anda boleh amalkan tips-tips di bawah:

  • Bergerak aktif tetapi hadkan dengan tahap kesakitan anda
  • Elakkan aktiviti-aktiviti yang membuat rasa sakit lebih teruk
  • Rehat apabila anda boleh
  • Dapatkan bantuan dengan kerja-kerja rumah daripada pasangan anda, keluarga dan rakan-rakan
  • Pakai kasut sokongan bertapak rata
  • Duduk ketika memakai baju- sebagai contoh tidak berdiri di atas satu kaki apabila memakai seluar 
  • Pastikan lutut anda rapat semasa masuk dan keluar dari kereta - letakkan beg plastik di tempat duduk untuk membantu anda berpusing (idea bernas!!)
  • Tidur dalam kedudukan yang selesa, misalnya mengiring dengan bantal di celah kaki anda
  • Cuba cara yang berbeza beralih di tempat tidur, misalnya mengiring dengan dengan lutut yang rapat anda bersama-sama dan menggerakkan punggung anda
  • Naik atau turun tangga satu demi satu, atau naik tangga secara mengundur
  • Jika anda menggunakan tongkat, galas beg kecil di belakang anda dengan barang yang sedikit
  • Jika anda mahu melakukan hubungan seks, pertimbangkan kedudukan yang berbeza 


Anda disarankan untuk mengelakkan atau mengurangkan aktiviti seperti:

  • berdiri di atas satu kaki
  • membongkok dan berpusing untuk mengangkat, atau membawa bayi dengan meletakkan beban di sebelah sahaja pinggul
  • menyilang kaki anda
  • duduk di atas lantai atau duduk bersimpuh
  • duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama
  • mengangkat bebanan berat seperti beg membeli-belah, pakaian yang basah atau kanak-kanak kecil
  • memvakum
  • menolak objek berat seperti troli pasar raya
  • membawa apa-apa dengan satu tangan (cuba menggunakan beg sandang kecil)

Aku ade borak ngan kawan aku yg same pregnant ngan aku..
Aku bgtau yg aku alami SPD ni..
Rupenyer die pun same..

Pastu die bgtau kat dokter mase die gi check-up..
Die kate, dokter naikkan skit perut die..
Baru lega sakit tu..
Mungkin sebab baby dah turun skit kot..

Aku ade dengar jugak, org kate baby tu dah turun skit ke bahagian bawah dan menekan..


Betul atau tidak, aku x sure..
Minggu depan check-up aku tanye nurse dulu..

Bertahanlah yer..


.:Susu naik harga:.



Sejak Adwa tukar ke Dutch Lady, ni lah kali pertama Dutch Lady naik harga..
Bukan saja naik harga malah kuantiti jugak dikurangkan..
Sabor je lah kan??

Persediaan DL untuk GST kah??
Hmm..entah lah..

Tengah berkira2 nak tukarkan Adwa ke Susu Fernleaf..
Dah try bg minum, Adwa cam ok jer..


Tak macam mase tukar dari Anmum ke DL dulu..
Ade plak die kate susu DL tu basi..
Mungkin rase Anmum ngan DL tu beza sgt kot..
Aku buat susu Fernleaf, die minum jer..

Member kate, susu Fernleaf ni lagi sedap berkrim..
Mungkin sebab tu, Adwa ok jer kot..

Harga pun ok jugak..
Alhamdulillah..


Wednesday, March 4, 2015

.:Daftar Kemasukan Tahun 1 2016:.


Awalnyer daftar anak kan..
Bukan ape, takut penuh, baik cepat kan??

Dhia tahun depan dah darjah satu..
Macam tak percaya..
pejam celik, pejam celik, dah nak masuk sekolah rendah dah..
Alhamdulillah..

Daftar kat sekolah yang paling dekat ngan umah..


Mudah-mudahan dapat la sekolah tu..

Sape2 yg belum daftar, sila daftar cepat untuk mengelakkan masalah di kemudian hari..
Yang duduk di Putrajaya sahaja tau..
Klik bawah ni..



..:..Labels..:..

3rd pregnancy (27) 4rd pregnancy (2) Adam demam (1) Adam Mustaqim (14) Adli Mubasyir (1) Adwa (50) Adwa dah setahun (1) adwa punye (4) Adwa tak sihat (9) Aidiladha 2014 (1) air tangan suami (4) alamanda (3) Aloe Vera Gel (1) anak2 (24) anniversary (3) ape yg best (1) ape2 aje (80) Artis (1) award (1) Bangi (4) barang baru (18) batuk (1) BE (2) Bengkak susu (1) Besday Adam (2) Besday Adwa (3) besday aku (6) Besday Dhia (5) best fren (11) bf (13) Big Apple (1) Breastfeeding Journey (19) BSP (2) BSP review (7) BSP Test (5) Buah tangan (1) buddy (2) Buka puasa (5) Cabut Gigi (1) Cameron Highlands (1) cedera (2) Cendol (2) Char kuew tiau terbaik (1) Check up (19) Check up Adam (2) Check up Adwa (3) contest (12) cuace (13) Cuti-Cuti Malaysia (2) Cyberjaya (2) Dentist (3) dhia (234) dhia punye (21) Dhia tak sihat (4) DIY (1) Domino's (5) Drama Korea (10) dunia hiburan (2) Eksiden (2) Family (16) Family Day (2) Fesyen (1) floria (3) Gaji (2) GDM (3) Gigi Dhia (1) Give Away (1) Go.Lokal.Cafe (1) Hadiah (2) Hari pertama sekolah 2017 (1) herbaline (2) Hidung berdarah (1) Hilang (2) hobi (1) Home sweet home (1) Hospital (3) IC (1) Ikan (1) info (54) isi hati (101) jalan2 (22) Jambu (1) Jamuan (1) Jerebu (1) jerubu (2) JJCM (8) K-Pop (1) KAFA (1) Kajang (1) Kedah (5) kegilaan (1) kejadian (17) Kek (1) Kelahiran Adam mustaqim (1) Kerja (3) Kerjaya (2) kesihatan (26) Klinik (4) Klinik Gigi (1) Konvokesyen Dhia (1) kronologi kelahiran Dhia (1) Lagu Best (1) lambat bangun (1) lirik lagu (2) lunch date (4) macam2 Adwa (15) macam2 Dhia (1) macam2 hal (3) majlis (9) Majlis Adwa (3) makan luar (3) makan-makan (134) makan-makan kat ofis (2) Makanan feveret (1) Mama punye (2) masak-masak (72) MASALAH (1) Menang (2) MGTT (1) minat (1) mines (3) nak bg hadiah (2) nak tau.. (1) Nando's (1) Novel (1) ntah ape2 (6) nuffnang (7) ofis (17) order saje (1) Pasar Malam (1) pasar tani (6) PASTI (4) Penang (4) penyakit (20) perayaan (5) perkembangan adwa (15) Pertandingan Azan ALAMRIA (2) Petua (2) Pregnancy (46) Preparation (4) produk (12) Progress Adam (1) Promosi (3) Puri (1) Putrajaya (14) Ramadhan (6) Raya (4) Raya 2013 (2) resepi (6) result (1) Rezeki (3) rezeki ramadhan (1) Rezeki Syawal (1) Rojak (1) Rumah (2) Sakit pinggang (1) saman polis (1) Saman PPj (1) sekolah (2) Sekolah Dhia (2) Selamat Hari Raya (1) Seminar (2) seram (1) serdang (1) Sesemut (1) Set Berpantang (1) Setiausaha (2) Sg. Ramal (2) Shaklee (1) Sharing is Caring (9) shopping (5) Shopping online (3) Simpanan (1) Solid Food (3) souvenir (1) Stevia (1) suami saye (29) suke-suki (27) Susu Formula (3) TAFIST (2) tag (3) Tahun 1 (1) taska (17) things (1) Tragedi (1) Tudung (1) tukar template (1) tupperware (3) tutorial (1) TV drama (9) Umai (1) wordless wednesday (6) Zakat (1)