..:TQ 4 Being My Followers:..

Friday, September 27, 2013

.:Hematuria/Kencing Berdarah:.


Minum air banyak adelah bagus..
tapi tahan kencing adelah sangat tak bagus..
so kalo minum air banyak silelah rajin2 ke tandas..
jangan jadi macam aku..
minum banyak tapi tahan2 ke tandas..

makenyer terjadilah kencing berdarah..
gi klinik dokter bgtau ade batu karang..
so dokter bg ubat2 untuk pulihkan balik..
dan ubat utk pecahkan batu2 karang tersebut..


kalo still tak sembuh, makenyer terpakselah ke hospital untuk rawatan..

HEMATURIA

what is hematuria

Kehadiran darah di dalam air kencing dinamakan sebagai hematuria.Secara umumnya,hematuria ini terdapat 2 jenis.Jenis  yang pertama ialah masalah di mana anda tidak dapat melihat kehadiran darah di dalam kandungan air kencing dengan mata kasar.Ianya  dapat dikesan hanya apabila dilihat menggunakan mikroskop.Hematuria jenis ini dipanggil sebagai microscopic hematuria.

Jenis yang kedua pula ialah anda dapat melihat dengan jelas air kencing anda berwarna merah.Keadaan yang kedua ini pula dinamakan gross hematuria.Ini bermakna yang anda dapat melihat kehadiran darah di dalam air kencing hanya dengan melihat melalui mata kasar.

Apakah penyebabnya?

Ada banyak sebab terjadinya hematuria.Sesetengahnya tidaklah begitu serius.Bagi sesetengah orang,darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya.Tetapi tidak kepada sesetengah individu yang lain di mana ianya memerlukan rawatan perubatan.Antara penyebab berlakunya hematuria kepada seseorang ialah:
  • Jangkitan pada saluran kencing.Keadaan ini lebih banyak berlaku kepada golongan wanita.Walau bagaimanapun ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki.Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikroorganisma seperti bakteria memasuki saluran kencing anda dan mereka akan berkembang biak di sana di mana ianya akan menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing,ureter atau ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.
  • Batu dalam buah pinggang atau pundi kencing.Beberapa zat di  dalam urin anda, terutamanya bila ia berkumpul,boleh membentuk batu kristal kecil. Kadang-kadang,batu kristal ini dapat menjadi lebih besar bila berada dalam jangka masa yang lama di dalam buah pinggang atau pundi kencing anda.Batu yang terbentuk pada struktur saluran kencing yang lebih kecil boleh menyebabkan rasa sakit dan hematuria.
  • Kanser. Dalam beberapa kes,adanya darah di dalam air kencing mungkin menjadi tanda bahawa terdapatnya sel kenser di dalam salah satu organ perkencingan anda.Namun,sebaiknya berjumpalah dengan doktor kerana merekalah yang akan menentukan adakah hematuria anda disebabkan oleh kanser atau tidak.
  • Ubat-ubatan. Sesetengah ubat boleh menyebabkan berlakunya hematuria terjadi, seperti aspirin, heparin dan antiobiotik tertentu.
  • Senaman. Kadang-kadang,hematuria juga boleh disebabkan dengan melakukan senaman yang berat.Ahli-ahli perubatan juga masih tidak mengetahui mengapa senaman boleh menyebabkan hematuria. Sesetengah dari mereka percaya ianya berlaku mungkin kerana berlaku kecederaan pada pundi kencing.\
Mudah-mudahan berkesan la ubat yg dokter bagi dan tak jadi serius..risau..


Friday, September 20, 2013

.:Anak-anak:.




















syukur pade Allah kerana diberi peluang menjadi ibu..
Dan syukur pade Allah mengurniakan mereka kesihatan yang baik..
Alhamdulillah..

Thursday, September 19, 2013

.:Flat shoe:.


Aku jarang beli flat shoe..
tapi dek teringin pakai sebab tgk org pakai cantik, aku pun beli..


minggu lepas aku pakai mase kuar jalan2..
leh plak cramp jari kaki aku..
mule2 kat jari kaki kanan..
pastu kat jari kaki kiri plak..
pelik plak, pakai flat shoe pun cramp..

hubby kate, mungkin sebab aku tak biase pakai..
 

Wednesday, September 18, 2013

.:Hebat:.


berani tul budak ni..
kadang2 siap joget2 lg atas meja tu..
haishhh..
HEBAT la konon..
 
 

Friday, September 13, 2013

.:Mee goreng pasar tani:.


Hubby kate sedap..
kat tempat char kuew tiau yg sedap tu..
aku slalu makan kuew tiau jer kat situ sebab tak tau ade jual mee goreng..
 aku prefer mee goreng dari kuew tiau goreng sebenarnyer..
tp kalo tak de aku blasah jugak kuew tiau..
dari minggu ke minggu nak try tp tak berkesempatan..

dek kerana teringin, aku gagahi harungi panas terik mentari gi pasar tani sorang diri..
hehe..
finally dapat jugak..
Tada...

mee goreng kering..
ade udang 3 ekor..
2 ekor lagi tersorok bawah mee..
RM4.00 dapat sudu & garfu plastik percume..
(^-^)

yang penting SEDAPPPP...


Thursday, September 12, 2013

.:Karipap:.


dari minggu lepas teringin makan karipap..
alhamdulillah, dapat jugak makan ari ni..

sib baik ade jualan kat kedai dalam kace kat cafe ofi..


.:Kursus 3 Hari:.


Rabu sampai jumaat..
hubby kursus kat Melaka..

maka tinggallah kami 3 beranak..
pagi2 dah bgtau kat Dhia yang Abah gi keje, tak balik umah..
nanti jumaat baru abah balik..
ok lah sampai ke petang die tak tanye..
tapi bile malam Dhia teringat agaknyer, die tanya mane abah..
pelan2 cakap kat die abah keje jauh..
jumaat nanti baru balik..
time nak tido, aku ajak die tido..
pastu die cakap " Dhia nak tunggu abah"..
ah sudah..pelan2 pujuk lg..
abah x balik ari ni..
abah balik ari jumaat..
kite tido dulu la..

ok, balas dhia..
sib baik tak nangis..

bile anak2 rapat ngan abah die, risau jugak bile die kene gi kursus..
yang penting kene banyak2 sabar layan karenah anak..

jenuh gak la malam tadi..
si adik nak melekat jer..
bagi susu, die duk depan tv, cecepat aku settlekan ape yg boleh..
pastu carik aku balik..
suh Dhia ajak die main..
kejap jer mainnyer, pastu cariklah mama die balik..

sib baik semua behave jer semalam..
hopefully ari ni pun ok..
dan hopefully petang ni tak ujan..
kalo tak susah ler kami nak balik..
tak de sape tunggu kat lobi..

Tuesday, September 10, 2013

.:Komputer baru:.


Dulu

Kini

Hehehe..

Monday, September 9, 2013

.:Nasik lembik:.


Adwa hampir menjangkau ke usia 1 tahun 3 bulan..
selera makannye Alhamdulillah..
bak kate orang "pantang sua"..
tapi daripada tak mo makan, lagi risau kan??

Adwa dah boleh makan nasik biase sebenarnyer..
tapi die slalu makan tak abis kalo aku bg nasik..
mungkin susah nak kunyah kot..
untuk makluman, Adwa baru ade 8 batang gigi..
4 bawah dan 4 atas..
jadi aku lg puas bg die makan nasik lembik..
aku campur sayur2 skit & serbuk ikan bilis..

beras + kentang + serbuk ikan bilis
habis semangkuk..

tengok la tu..
tak peduli pun org amek gambar die..
janji dapat makan..

Thursday, September 5, 2013

.:Hujan lak pagi ni:.


erk..alhamdulillah..
selesai sudah sarapan..
makan nasi ngan asam pedas semalam..
kenyang..
pagi2 dah hadap nasik..

hujan lak pagi ni..
hubby dah gi keje..
tapi sib baik tak lebat..
hujan manje2 jer..
tp still kene berpayung..
sian anak2 kang demam kene hujan..
dah ler baru baik demam..

sib baik adik pun tak mengaruk, diam jer duk bawah payung..
masukkan kakak dulu..
pastu baru masukkan adik..
kakak tolong mama pakaikan adik seatbelt..
pastu baru mama masuk..
kene hujan skit tak pe, mama pakai tudung..

note : dah macam tulis diari pulak ayat aku ni..


Wednesday, September 4, 2013

.:Ubat cacing:.


semalam bawak dhia & adwa check up..
alhamdulillah semuanya ok ok sahaja..

dan alhamdulillah tak lame pun kat klinik..
daripada daftar sampai ke sudah ambil mase less than 20 minutes..
hubby pun cakap sekejap jer..
bagus lah tu kan??
dhia semalam adelah last check up kat klinik kesihatan..
ye la, die pun dah 4 tahun..
tahun depan dah sekolah..

Adwa plak berat & tinggi ade kenaikan..
next check up adelah pada 7 Januari 2014 (1 tahun 6 bulan)..
ade suntikan nak kene ambik..

semalam 2 2 dapat ubat cacing..
10ml untuk Dhia & 5ml untuk Adwa..

Adwa tak de hal makan ubat..
batu ngan kayu pun die nganga jer..
hehehe..
cume dhia tu..
setiap kali makan ubat, mesti muntah..
letih aku..
hubby pun fed up nak bg ubat kat dhia..
ish..ish..ish..


nurse kate ubat cacing kene makan 6/12 bulan sekali..

.:Kuih Raye PM Bagi:.

 hehehehe...

nampak cam seperit..
tp ia adelah tart nenas..
sedap la wei..
hehehehe..

Monday, September 2, 2013

.:2 bulan:.


setelah 2 bulan masuk keje  WP 1..
maka hari ini bermula masuk WP 2 balik..
lega..

kurangla skit penatnye sebab tak perlu bawak anak2 naik ofis dulu..
tp yg tak bestnyer, bile jalan dah penuh ngan kete..
hari ni punch kad jam 7.56 am..

esok kene kuar awal skit dari ari nih..


..:..Labels..:..

3rd pregnancy (27) 4rd pregnancy (2) Adam demam (1) Adam Mustaqim (14) Adli Mubasyir (1) Adwa (50) Adwa dah setahun (1) adwa punye (4) Adwa tak sihat (9) Aidiladha 2014 (1) air tangan suami (4) alamanda (3) Aloe Vera Gel (1) anak2 (24) anniversary (3) ape yg best (1) ape2 aje (80) Artis (1) award (1) Bangi (4) barang baru (18) batuk (1) BE (2) Bengkak susu (1) Besday Adam (2) Besday Adwa (3) besday aku (6) Besday Dhia (5) best fren (11) bf (13) Big Apple (1) Breastfeeding Journey (19) BSP (2) BSP review (7) BSP Test (5) Buah tangan (1) buddy (2) Buka puasa (5) Cabut Gigi (1) Cameron Highlands (1) cedera (2) Cendol (2) Char kuew tiau terbaik (1) Check up (19) Check up Adam (2) Check up Adwa (3) contest (12) cuace (13) Cuti-Cuti Malaysia (2) Cyberjaya (2) Dentist (3) dhia (234) dhia punye (21) Dhia tak sihat (4) DIY (1) Domino's (5) Drama Korea (10) dunia hiburan (2) Eksiden (2) Family (16) Family Day (2) Fesyen (1) floria (3) Gaji (2) GDM (3) Gigi Dhia (1) Give Away (1) Go.Lokal.Cafe (1) Hadiah (2) Hari pertama sekolah 2017 (1) herbaline (2) Hidung berdarah (1) Hilang (2) hobi (1) Home sweet home (1) Hospital (3) IC (1) Ikan (1) info (54) isi hati (101) jalan2 (22) Jambu (1) Jamuan (1) Jerebu (1) jerubu (2) JJCM (8) K-Pop (1) KAFA (1) Kajang (1) Kedah (5) kegilaan (1) kejadian (17) Kek (1) Kelahiran Adam mustaqim (1) Kerja (3) Kerjaya (2) kesihatan (26) Klinik (4) Klinik Gigi (1) Konvokesyen Dhia (1) kronologi kelahiran Dhia (1) Lagu Best (1) lambat bangun (1) lirik lagu (2) lunch date (4) macam2 Adwa (15) macam2 Dhia (1) macam2 hal (3) majlis (9) Majlis Adwa (3) makan luar (3) makan-makan (134) makan-makan kat ofis (2) Makanan feveret (1) Mama punye (2) masak-masak (72) MASALAH (1) Menang (2) MGTT (1) minat (1) mines (3) nak bg hadiah (2) nak tau.. (1) Nando's (1) Novel (1) ntah ape2 (6) nuffnang (7) ofis (17) order saje (1) Pasar Malam (1) pasar tani (6) PASTI (4) Penang (4) penyakit (20) perayaan (5) perkembangan adwa (15) Pertandingan Azan ALAMRIA (2) Petua (2) Pregnancy (46) Preparation (4) produk (12) Progress Adam (1) Promosi (3) Puri (1) Putrajaya (14) Ramadhan (6) Raya (4) Raya 2013 (2) resepi (6) result (1) Rezeki (3) rezeki ramadhan (1) Rezeki Syawal (1) Rojak (1) Rumah (2) Sakit pinggang (1) saman polis (1) Saman PPj (1) sekolah (2) Sekolah Dhia (2) Selamat Hari Raya (1) Seminar (2) seram (1) serdang (1) Sesemut (1) Set Berpantang (1) Setiausaha (2) Sg. Ramal (2) Shaklee (1) Sharing is Caring (9) shopping (5) Shopping online (3) Simpanan (1) Solid Food (3) souvenir (1) Stevia (1) suami saye (29) suke-suki (27) Susu Formula (3) TAFIST (2) tag (3) Tahun 1 (1) taska (17) things (1) Tragedi (1) Tudung (1) tukar template (1) tupperware (3) tutorial (1) TV drama (9) Umai (1) wordless wednesday (6) Zakat (1)