..:TQ 4 Being My Followers:..

Tuesday, November 30, 2010

.:harap2 ASTRO dah ok:.



sejak lepas ujan malam td, astro x leh bukak..
mungkin ker kuali astro tu kene petir entah ler..
hubby try tanye kawan2 die yg duk satu building..
memang dieorg pun x leh bukak astro...

tp yg peliknyer..
selalu ari isnin x de channel yg menarik..
even pakai astro pun..
tp malam td leh plak aku layan tv (tanpa astro) sampai nak dekat kul 12..
best2 plak cite malam td...

tp harap2 astro dah ok ler ari ni..

ni bukan kuali astro umah aku..aku amek kat gugle jer..

.:Manjaku, Bangi:.

gi beli baju n barang2 dhia kat manjaku..
beberapa helai baju, toy, diapers, susu n biskut..

x sangka dapat free sample susu anmum..
cam tau2 jer dhia minum anmum..

2 t-shirt pooh tu RM5 each..
amek yg 2 tahun tp kecik la plak..dhia pakai muat2 jer..
hmm..

toy utk dhia..lame x belikan mainan tuk dhia..
prefer belikan benda cam ni drp patung @ teddy bear..

free..

.:Yogurt Nestle :.


memandangkan dhia adelah penggemar yogurt sekarang, so mmg wajib beli tuk dhia..
last week beli barang dapur kat carefour, alamanda..
jd belikan dhia yogurt..
ade plak promosi..
beli 5 percume 1..
ok la tu..
kalo dulu dapat bag
kali ni dapat percume satu..
price pun murah skit dari biase..

.:Khatan Wanita:.

aku jumpe artikel ni kat kosmo.online

saje nak kongsi bersama..
ye la, slalu org cite pasal lelaki bersunat..
jarang sekali dengar cite perempuan sunat..

meh, jom bace..

Khatan wanita masih popular

Bg sebahagian besar masyarakat Islam di negara ini, mengkhatankan bayi perempuan dianggap sebagai satu tuntutan agama walaupun secara dasarnya ia bukan amalan yang wajib dilaksanakan.

Rata-ratanya percaya, bersunat boleh mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat sama ada untuk lelaki mahupun wanita.

“Bersunat bagi wanita bertujuan untuk menjaga kebersihan selain daripada mengawasi kesihatan batin.

“Menurut petua orang-orang lama juga, berkhatan dapat memelihara diri daripada mendapat pelbagai penyakit.

“Ia juga merupakan satu cara untuk mendoakan zuriat menjadi perempuan yang baik dan solehah apabila dewasa nanti,” jelas pengamal perbidanan tradisional, Nikmah Suhaidi, 49, ketika ditemui Jurnal di rumahnya di pekan Dengkil, Selangor baru-baru ini.

Amalan dituntut

Mewarisi kepakaran turun-temurun daripada keluarga sebelah ibunya, wanita berketurunan Melayu Boyan ini sudah 18 tahun menyunatkan kaum Hawa.

“Selain bayi, saya juga menyunatkan wanita dewasa, sama ada wanita Melayu yang tidak pernah bersunat mahupun wanita yang baru memeluk Islam. Ada yang masih muda, ada juga yang sudah beranak-pinak,” ujarnya.

Menurut Nikmah, wanita mualaf memilih untuk berkhatan kerana mereka menganggap ia sebagai ritual pembersihan selain membuktikan kesediaan mereka untuk menjalani kehidupan sebagai wanita Islam.

“Ia bukan paksaan, tetapi amalan yang dituntut. Selain itu, saya juga percaya, berkhatan mampu memelihara gelora nafsu dan mengurangkan rangsangan berlebihan terhadap kaum Adam.

“Saya tidak pasti sama ada terdapat kajian yang jelas tentang sunat mampu mengawal nafsu berahi wanita.

“Namun, menurut pengalaman saya, sudah beberapa kali wanita dewasa yang dikhatankan mengakui lebih mudah mengendalikan rangsangan seksual mereka,” katanya yang pernah mengkhatankan beberapa orang pekerja seks sebelum ini.

Mengupas lebih lanjut kaedah berkhatan bagi perempuan, Nikmah memberitahu, lazimnya bayi perempuan disunatkan ketika masih kecil, seeloknya beberapa hari selepas dilahirkan.

Namun, ada juga ibu bapa yang memilih untuk menunggu hingga setahun sebelum mengkhatankan anak masing-masing.

Kerat 1.3 sentimeter

“Bersunat bagi perempuan ialah dengan memotong sebahagian muncung daging yang tersembul berdekatan saluran kemaluan wanita. Ia terletak di sebelah atas faraj yang kelihatan seakan-akan bonjolan.

Bagi wanita dewasa, daging yang dipotong kira-kira setengah inci (1.3 sentimeter).

“Alat yang digunakan untuk memotong ialah mata pisau cukur yang dipotong empat untuk bayi dan gunting kecil untuk wanita dewasa,” ujarnya.

Selain itu, kelengkapan lain yang diperlukan dalam adat berkhatan ialah kain putih yang bersih, minyak gamat, kain kapas dan duit syiling lima sen.

“Kain putih biasanya akan disediakan sendiri oleh pihak yang ingin dikhatankan. Bagi bayi perempuan, kain yang diperlukan ialah sepanjang satu meter dan dua meter bagi wanita dewasa.

“Kain tersebut akan digunakan sebagai alas punggung selain untuk membungkus duit syiling sebagai pelapik mata pisau cukur bagi mengelak mata pisau menoreh tangan.

“Bagi wanita dewasa pula, selain dijadikan alas, kain putih juga digunakan untuk membungkus daging yang digunting sebelum ditanam,” tambahnya.

Sungguhpun masih mengekalkan berkhatan cara lama, Nikmah tidak pernah berkompromi tentang kebersihan. Setiap peralatan seperti kain, mata pisau dan gunting, akan dicuci bersih sebelum digunakan.

Malah, bekas bidan di klinik swasta ini juga tidak akan menggunakan peralatan yang sama untuk pelanggan berbeza.

“Kain, mata pisau dan gunting akan digunakan sekali saja. Ia akan dibungkus dan ditanam bersama daging yang dipotong tadi. Ini untuk mengelakkan jangkitan kuman dan komplikasi lain.

Tambah Nikmah, untuk memudahkan proses berkhatan, seelok-eloknya kita memulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Tanpa sebarang suntikan bius atau ubat pelali, Nikmah melakukan tugasnya dengan berbekalkan ayat suci al-Quran selain selawat.

“Selesai berkhatan, saya akan memandikan mereka dengan air limau sambil membaca selawat, ia bertujuan untuk membersihkan diri dan menjauhi perkara tidak baik daripada berlaku,” ujarnya yang pernah mengkhatankan bayi yang baru lahir hinggalah wanita dewasa berusia 50 tahun.

note : dhia sunat mase umor 4 bulan x silap aku..buat kat klinik lita alis, presint 9 jer.. dhia nangis skit jer..

.:eee.. berkarat:.


lebih kurang 2 minggu x dibersihkan...
inilah hasilnyer...
berkarat sungguh..
sampai kat penutup die tu...

tp even dah basuh pun, benda x leh jd putih balik cam asal pun..
hhmm..

Monday, November 29, 2010

.:Mee Sup Daging:.


mee sup daging..
hubby yg buat..
ari jumaat malam itu ari, die nak masak mee sup..
aku biarkan saje..
pakai ape yg ade jer..
yg ade cume daging korban, ayam dan tauhu goreng lebihan masak mee goreng pg tdnyer..
sayuran hijau non ado..

hasil masakan..
adelah marveles..
sedap jugak..
dhia pun layan jugak mee ni..
rajin hubby aku..
lapar masak sendiri ek..
hehehe...

.:An Apple a Day Keeps the Doctor Away:.


asalnyer abah dhia yg mau makan apple ni..
bile dhia nmpak, dhia nak apple ni..
pastu langsung x mo bg balik kat abah dhia..

tp x abis pun makan..
bile dah x mo makan, bg balik kat abah dhia...
hehehe

.:Wanita jadi pemilik Matahari?:.


MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.

Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.

Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - harian metro


note : eh hello...Matahari tu hak Allah ler..pandai2 jer kate milik die..siap nak kenekan caj lg..ape hal???

Friday, November 26, 2010

.:Big Apple :.

petang semalam sorang peg. blanje makan donut..
aku ingat donut ape...

big apple katenyer..
awat comel sangat..
setau aku, donut big apple yg bulat kat tengah2..
(aku bukan peminat big apple)

comel sangat donut2 tu...
cantik2 blake...


aku makan satu jer..


note : rase same jer ngan big apple yg bulat kat tengah2 tu..hehehe..

.:kuar shoping:.

ala ..
shoping kat pasar tani putrajaya jer..
mahu cari tudung..

kat luar pun cuace cam x terik sangat..
alhamdulillah..
babai..

hasil shoping : 2 helai tudung dan sepasang kain ela.ok la tu..

.:Dinner petang semalam:.

dinner petang??
kami laki bini kene benti makan after 7...
tujuan?
nak diet..
tp kalo nak diet, leh ker makan benda2 ni??
x pe, sekali sekale...
di kale teringin jer..

coleslow - home made tau..sedap...
care aku buat...
kobis+carrot+jus limau kasturi+mayoni+sedikit garam n gule..
pastu gaul kasi rate...
sedap..first time aku wat ni...

beger ramly..homemade jugak..
2 for my hubby n 1 for me..
lenguh mulut nak abiskan sebijik..
daging beger lg besar dari roti!!!

makanan tambahan..
aku x usik pun sebab dah kenyang makan beger..

sangat cantik ok...
hubby yg balut daging beger ni ngan telur..
sangat kemas die buat...
kene puji lebih skit, pas ni mesti die nak wat lg...
hahahaha!!!

.:Keluar jugak akhirnyer:.


mereka (seperti gambar di atas) akan keluar jugak akhirnyer..
keluar??dari mane??
dari bilik baby ke bilik budak2 besar...
bermula bulan 12 ni..

ini kisah taska sebenarnyer...
dhia sudah berusia 1 tahun 8 bulan..
sepatutnyer dari usia dhia 1 tahun 5 bulan, dhia dah patut keluar dari bilik baby...
tp disebabkan pengasuh tidah mencukupi, terpakse tangguh...

4 lg kawan dhia (sorang lg x de dalam gambar) akan turut same..

note : mane la aku nak pegi pas ni?? slalu lunch hour akan melepak kat taska..
kalo dhia dah keluar dr bilik baby, aku dah x leh lepak kat taska lg cos x leh tengok time tengahri (time tido budak2 taska, so x leh ganggu anak)

.:Pengasas Facebook..mude lg rupenyer:.


Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg berusia 26 tahun yang kini disenaraikan oleh Forbes sebagai bilionair di tempat ke-212 dengan kekayaan berjumlah AS$4 bilion (RM12.5 bilion).

note : mude lg die..aku ingat pengasasnyer org dalam lingkungan 40-an...terer betul budak ni..mude2 dah kaye..

.:lengang sungguh jalan raye ari ni:.

aku ingat aku kuar umah awal..
tp rasenyer lewat dari slalu..

aku pelik cos jalan sangat lengang..
baru teringat rupenyer cuti sekolah..
mestilah ramai yg cuti ..
lg2 ari ni ari jumaat kan..
mesti ramai yg amek cuti ari ni...
bawak anak balik kampung...

traffic light plak pg ni hijau jer...
dari 5 trafic light yg aku tempuh, cume satu yg merah...
apepun, alhamdulillah dapat sampai ke ofis dengan selamat...

selamat ari jumaat...
penghulu segala hari..

Thursday, November 25, 2010

.:Toncet:.

sangat cumel kalo ikat rambut toncet..
baru nmpk cam gegirl skit...
tp x tahan lame pun..
beberapa minit selepas gambar diambil, dhia dah mule tarik2 getah rambut tu..

dan gambar wajib dhia..
cheeky sangat!!!!

.:Sape suke brand TUPPERWARE???:.

aku!!!
aku suke...
baru berjinak2 ngan tupperware ni...

aku slalu beli dari sini
harge lebih murah dari katalog tau..

ni pun tengah nak pilih barang ni...

ingat nak beli yang ni lah...

2/ A407 Eco Bottle Spring (4unit) 500ml each

Retail Price : Rm 64.80
@TupperwareVille Price : RM55

.:popia otak2 n popia sata:.


rabu lepas aku ke food court presit 9...
beli bihun sup n bubur dhia..
sekali ternampak sorang abang tengah jual popia goreng..

nampak cam best jer..
ade popia otak2 ..ade popia sata..
siap ade tester lg...
aku pun test la makan..
sedap..

bistu dah test kan..kene la beli..
aku beli singgit popia otak2 n singgit lg popia sata..
singgit dapat 3 ketul...

popia otak2..

popia sata

Wednesday, November 24, 2010

.:Jadi jugak pengat pisang aku:.

hubby kate ok..
aku rase pun ok..
ok maknenyer sedap ler kot..

sebab slalu kalo aku masak x sedap, , hubby akan bgtau ape kekurangan masakan aku tu..
tp bile die makan pengat tu malam td, katenyer ok..
sedap ler tu...

ade lebih skit aku bawak ke taska pg td..
bg kat pengasuh..

mase lunch td aku turun taska, pengasuh tu kate..
sedap...
alhamdulillah..

walaupun pisang tu x berapa lembik (kalo lembik lg sedap)..
tp masih ade rase manis2 masamnyer..

bahan2 yg digunakan...
santan, pisang(of cos), daun pandan, gula merah & tepung warne warni..

pokok pandan..satu pokok tu...aku dapat free jer..

pisang tanduk yg telah dipotong

hasilnyer...

.:laparnyer:.

makanan dah beli..
tinggal nak ngap jer..
awal sangat plak nak g makan..

aduhai..aku lapar..
pg td makan beberapa suap pengat pisang n secawan CCPP...
sabar yer perut..
sat g aku isi..

.:Cendawan busut..dapnyerrr:.


semalam aku jalan2 kat blog kawan2..
sekali ternampak n3 sorang kakak yg mmg pandai masak..
ade cendawan busut...
dapnyer..

kalo dulu mak n abah g kebun kalo lepas ujan..
mesti bawak balik cendawan ni..
sedap sangat wei...
lg sedap dari cendawan tiram n cendawan kukur tu tau...

cendawan ni slalu tumbuh kat area busut n waktu lepas ujan..
sedap sangat wat tumis air..
mane nak carik ek..
ish..terliur dah ni...
(ngalahkan org ngidam plak...)

masak tumis pedas pun sedap wei..
adoi la..terliur dah ni!!!

note : gambar cendawan tu pinjam dari blog kakak tu..mintak halal ye kak...
gambar cendawan tumis pedas plak aku google jer..

Tuesday, November 23, 2010

.:Gaye Dhia bile tengok tv:.

sangat2 cosentrate dhia tengok tv...
marah bile abah dhia tukar channel lain..
al maklumlah cartoon timmy..
adik kepada shaun the sheep..

sangat comel..
aku pun layan cartoon ni..

mah layan gambar dhia tengok timmy..

suke sangat...

nak nyanyi x pandai..buat bunyi mbeek pun jd la dhia..

cewah..dah gaye cam mandor dah ni..

letih plak tangan letak blakang..
exercise skit...
turun bawah..

naik atas...

note : dhia akan kate mmbbeekk bukan saje bile nmpk kambing..malahan kucing, ikan , burung pun bunyi mmbbeekk jugak... alahai anakku..

.:sekejap dah abis:.


aku beli air anlene coklat kotak ni td..
minum 3-4 sedut dah abis..
x puas...
maklumlah 125 ml sajer...
kecik jer..

kene beli yg bancuh sendiri tu la...
baru puas minum..

abis dah....

.:Pisang oh pisang:.

ade sebiji pisang tanduk kat umah..
bawak dari kampung...
nak goreng dah masak sangat..
kalo goreng jugak mesti lembik..
tak suke..
lg satu pisang masak tu akan serap minyak kalo goreng...

jd wat keputusan nak wat pengat pisang petang ni..
hubby pun suggest begitu jugak..

so tengahari nanti nak ke pasar presint 8..
nak beli santan, gule melaka n daun pandan..
pastu nanti nak buh tepung yg warne warni..
dapnyerrr..
lame x mkn pengat pisang..


.:Terperangkap dalam ujan:.


petang isnin sebelum raye aji tu, ujan lebat giler..
time balik plak tu..
kalo balik umah pun mesti x leh kuar dari kete..
(duk kuarters)
kalo kuar gak, mesti kene ujan..
kalo aku sorang kene x pe..
sian kat dhia..takut demam plak dhia nanti..

abah dhia katenyer gi main bola kat bangi..
malas nak tunggu lame2 kat opis, aku pun gerak balik..
dengan harapan ujan reda bile sampai umah nanti..
tp harapan tinggal harapan..
chewah..ayat x menahan..
ujan masih lebat giler...

dalam 10 - 15 minit terperangkap dalam kete ngan dhia, abah dhia pun sampai..
alhamdulillah...

Monday, November 22, 2010

.:Sambutan Raye Haji:.

tahun ni raye haji giliran kampung N9 plak..
raye pose aritu dah balik kedah..
kami ikut sistem giliran..

sambutan biase2 sajer..
adik aku yg kat lumut pun tak balik..
sib baik abang aku balik..
kami x gi beraye pun...
gambar raye pun tak de..
cume petang raye tu attend besday party cucu jiran aku..

tahun ni hanye meriah dengan makanan sajer..
cam biase adat ngunjung (bertukar2 makanan) masih lg ade..
tu yg istimewanyer raye kat umah mak abah aku..
macam2 lauk boleh makan..
aku pali suke makan sambal goreng jawe....
tp mak aku tak buat..
yg bestnyer ramai jiran yg ngunjung ade masak sambal goreng jawe..
puas ler makan sambal goreng..

gambar dari google..
sambal goreng jawe..

mmg kenyang sampai ke malam..
makan..makan..dan makan lagi..
hehehe..

selalu kalo raye mak aku akan masak rendang daging..
tp tahun ni abah aku yg masak daging..
tapi bukan masak rendang tp beriani..
sampai ke johor abah aku cari rempah nak wat beriani..
abah kate kalo x slalu masak takut lupe...
(abah aku tukang masak kalo ade majlis kenduri kawen kat blok aku..
aku tinggal di rancangan felda)..
makanan yg dimasak ialah..ketupat daun kelapa, beriani daging, ayam masak kicap pedas dan masak lodeh..

gambar raye sekuarge raye haji ni x de..
dhia plak tido mase org balik dr semayang raye..
langsung malas nak snap gambar..
ni gambar mase adik aku kawen bulan 7 ari tu..
kami pakai baju yg same..
hehehe...


ni jer gambar mase raye haji yg ade..


abah tengah bakar ekor lembu..
nak buang bulu2 die..

ketupat daun kelapa..
lum masak lg..

baru balik dari besday party..
dhia n abg luqman

.:Roti canai sedap:.

aku dah lame teringin makan roti canai..
(aku bukan ngidam tau)..
tp nak roti canai melayu buat..
mamak tak mo...

jd ari isnin lepas ckp kat hubby teringin mkn roti canai..
pg selasa sebelum kami bertolak balik ke N9, hubby sempat beli roti canai tuk breakfast...
dan yang pasti melayu yg buat...

nikmat sungguh dapat makan..
mmg sedap giler..
rotinyer lembut dan kuahnyer sedap..
memang kene ngan tekak aku..
sekeping singgit..
aku bedal sampai 2 keping tu...
ish..ish..ish..

nak tau hubby beli kat mane??
dekat jer ngan umah aku..
kat FOOD COURT PRESINT 9...
mmg terbaikkk..

gambar aku google jer..
x sempat nak snap..
dah x sabar nak makan..
hehehe...


“SHOW YOUR TEETH BABY!” CONTEST 2010!


first time aku join contest...


gambar yg aku pertaruhkan..

Nama : Dhia Aryssa binti Mazlanizam
D.O.B dan umur : 30 Mac 2009 (1 tahun 8 bulan)
Hobby : Tengok cartoon (upin & ipin), joget dan menjerit (nyanyi)
Jumlah gigi yang dah ada sekarang : baru 12 batang

meh joint contest ni..

LINK Entri Pertandingan ini:



Tarikh tutup : 3 Disember 2010


.:Malangnyer aku ari ni:.

aduhai...
dah ler kunci umah ilang...
kunci opis plak, org yg pegang kunci tu datang lambat...
(aku cuti last week, so org lain yg tolong pegang kunci bilik)..
berjanggut aku tunggu die datang..

sudahnyer dapat masuk opis dekat kul 9..
bengangnyer aku...
dugaan betul..
sib baik dhia behave pg td..
kalo x maunyer aku tukar kaler ijo...
huhuhu...

Monday, November 15, 2010

.:dapat jugak makan rojak yg sedap tu:.

ari tu mase jemput SIL aku yg datang ke sini, kami singgah kat gerai yg dekat ngan uniten tu..
hajat dihati nak beli rojak..
tp bile sampai n aku tanye, ianye telah abis..
padehal masu tu baru kul 5..
sedih tul..

tp alhamdulillah...
ari sabtu lepas aku dapat jugak makan..
awal giler aku sampai..
dalam kul 1 rasenyer...
so dapatlah aku makan rojak yg sedap...

aku makan rojak jer tak de mee..

cendol yg dijual di gerai tu jugak tp aku x beli aritu..
gambar hiasan semata-mata..hehehe...


..:..Labels..:..

3rd pregnancy (27) 4rd pregnancy (2) Adam demam (1) Adam Mustaqim (13) Adwa (48) Adwa dah setahun (1) adwa punye (4) Adwa tak sihat (9) Aidiladha 2014 (1) air tangan suami (4) alamanda (3) Aloe Vera Gel (1) anak2 (24) anniversary (3) ape yg best (1) ape2 aje (78) Artis (1) award (1) Bangi (4) barang baru (18) batuk (1) BE (2) Bengkak susu (1) Besday Adam (1) Besday Adwa (3) besday aku (6) Besday Dhia (5) best fren (11) bf (13) Big Apple (1) Breastfeeding Journey (19) BSP (2) BSP review (7) BSP Test (5) Buah tangan (1) buddy (2) Buka puasa (5) Cabut Gigi (1) Cameron Highlands (1) cedera (2) Cendol (2) Char kuew tiau terbaik (1) Check up (19) Check up Adam (2) Check up Adwa (3) contest (12) cuace (13) Cuti-Cuti Malaysia (2) Cyberjaya (2) Dentist (3) dhia (234) dhia punye (21) Dhia tak sihat (4) DIY (1) Domino's (5) Drama Korea (10) dunia hiburan (2) Eksiden (2) Family (16) Family Day (2) Fesyen (1) floria (3) Gaji (2) GDM (3) Gigi Dhia (1) Give Away (1) Go.Lokal.Cafe (1) Hadiah (2) Hari pertama sekolah 2017 (1) herbaline (2) Hidung berdarah (1) Hilang (2) hobi (1) Home sweet home (1) Hospital (3) IC (1) Ikan (1) info (55) isi hati (100) jalan2 (22) Jambu (1) Jamuan (1) Jerebu (1) jerubu (2) JJCM (8) K-Pop (1) KAFA (1) Kajang (1) Kedah (5) kegilaan (1) kejadian (17) Kek (1) Kelahiran Adam mustaqim (1) Kerja (3) Kerjaya (2) kesihatan (26) Klinik (4) Klinik Gigi (1) Konvokesyen Dhia (1) kronologi kelahiran Dhia (1) Lagu Best (1) lambat bangun (1) lirik lagu (2) lunch date (4) macam2 Adwa (15) macam2 Dhia (1) macam2 hal (3) majlis (9) Majlis Adwa (3) makan luar (3) makan-makan (134) makan-makan kat ofis (2) Makanan feveret (1) Mama punye (2) masak-masak (72) MASALAH (1) Menang (2) MGTT (1) minat (1) mines (3) nak bg hadiah (2) nak tau.. (1) Nando's (1) Novel (1) ntah ape2 (6) nuffnang (7) ofis (17) order saje (1) Pasar Malam (1) pasar tani (6) PASTI (2) Penang (4) penyakit (20) perayaan (5) perkembangan adwa (15) Petua (2) Pregnancy (46) Preparation (4) produk (12) Progress Adam (1) Promosi (3) Puri (1) Putrajaya (14) Ramadhan (6) Raya (4) Raya 2013 (2) resepi (6) result (1) Rezeki (3) rezeki ramadhan (1) Rezeki Syawal (1) Rojak (1) Rumah (2) Sakit pinggang (1) saman polis (1) Saman PPj (1) sekolah (2) Sekolah Dhia (2) Selamat Hari Raya (1) Seminar (2) seram (1) serdang (1) Sesemut (1) Set Berpantang (1) Setiausaha (2) Sg. Ramal (2) Shaklee (1) Sharing is Caring (9) shopping (5) Shopping online (3) Simpanan (1) Solid Food (3) souvenir (1) Stevia (1) suami saye (29) suke-suki (27) Susu Formula (3) TAFIST (2) tag (3) Tahun 1 (1) taska (17) things (1) Tragedi (1) Tudung (1) tukar template (1) tupperware (3) tutorial (1) TV drama (9) Umai (1) wordless wednesday (6) Zakat (1)